Halaman

GMOYZSTUDIO

Isnin, 1 April 2013

YANG TERLUPA

Assalamualaikum kepada semua pembaca, sudah fitrah manusia untuk terlupa akan sesuatu perkara, tambah-tambah pula lelaki. Kalau korang dah tengok Lawak Ke Der 2, bahagian Harith Iskandar, ada menceritakan tahap ingatan seorang lelaki. Betullah apa yang dikatakan oleh Harith tuh, orang lelaki memang akan ingat benda-benda yang sangat penting berbanding benda-benda yang penting, sebab yang sangat penting itu lebih penting daripada benda-benda penting. Walaupun kedua-duanya bunyi macam penting, tapi perkataan 'sangat' perlu diambil kira dalam menentukan sesuatu perkara yang perlu diingat.

Bukan nak kata lelaki ni lemah sebab susah sangat nak ingat banyak perkara, tetapi ada kalanya benda-benda yang kurang penting hanya akan menyerabutkan kepala dan menyebabkan sakit kepala dan rasa malas nak pegi kuliah. Inilah merupakan salah satu sebab bilangan lelaki saban tahun semakin kurang di universiti, sebab sakit kepala memikirkan benda yang tidak berapa penting.....LOL

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa, saja menghabiskan masa tulis entry blog...hahaha... Kalau korang rasa perkara yang aku utarakan kat atas tu penting, korang fikir-fikirkan lah ye. Kalau rasa tak penting tak payanh pikir nanti sakit kepala pulak.

OK. Kat bawah nih ada sedikit gambar ketika aku balik kampung hujung minggu lepas, sebab aku baru sahaja kehilangan Datuk Saudara aku yang aku kira antara saudara-mara yang sangat rapat dengan aku, gambar-gambar kat bawah hanyalah sekadar hiasan. Jadi sebelum berundur mari sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepadanya, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman....amin.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan