Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 2 November 2013

SEMUA TENTANG KONVOKESYENKU

Seminggu yang lepas merupakan salah satu tanda aras penting dalam hidup aku. Setelah 4 tahun bertungkus-lumus memerah otak, melempias tenaga, bersengkang mata dan macam-macam lagi yang dibuat, akhirnya dengan kehendak Yang Maha Esa, aku telah bergelar graduan, dan secara automatiknya Alumni Universiti Putra Malaysia.

Jujurnya, keraguan itu tetap ada dalam usaha untuk menggapai kejayaan, namun, kerana berkat doa ibu bapa dan sedikit sebanyak usaha aku berserta keyakinan terhadap qada' dan qadar Allah S.W.T, keraguan itu mendatangkan salah satu anugerah Allah yang aku amat syukuri.

Bergelar graduan bukanlah satu perkara luar biasa pada zaman sekarang memandangkan terlalu banyak graduan-graduan sebelum ini yang masih belum mencapai keperluan mereka yang utama selepas bergraduat, iaitu berkerja. Masih ramai graduan yang 'menanam anggur' kerana kurang peluang pekerjaan atau ada kemungkinan juga kurang rajin mencari peluang kerjaya. 

Apa-apa pun yang penting aku perlu berusaha, yakin dan tawakkal dalam perjalananku menempuhi alam pekerjaan nanti yang aku pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran, dan aku berharap agar Allah S.W.T mempermudahkan segala urusanku serta sahabat-sahabatku yang turut sama menghadapai cabaran-cabaran mereka.

Akhir sekali aku nak ucap berjuta-juta terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang bertungkus-lumus memberi kuliah, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa ada ketika diperlukan, termasuk juga pihak pengurusan Kolej Pendeta Za'ba yang turut memberi semangat dan dorongan dan yang paling penting ialah kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, dan semua ahli keluaga yang sentiasa menjadi pemberi semangat kepada aku. Kat bawah ni ada sedikit gambar-gambar bersama sahabat-sahabat yang turut bergelar graduan, ketika konvokesyen di Universiti Putra Malaysia,











APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!