Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 30 Mac 2013

SATAY UK!

Assalamualaikum sedara sedari pembaca blog, dengan segala hormatnya saya menjemput sedara sedari untuk menikmati gambar-gambar makanan yang saya kira sungguh enak untuk dimakan. Bukan gambar yang saya maksudkan enak dimakan tapi makanan dalam gambar. Siapa tak pernah pegi Satay UK dekat Bangi memang tak rugi lah, sebab apa, sebab kalau dah tak pergi memang tak keluar la duit, jadi secara teorinya memang tak rugi lah ye.

Haha, apa yang ada kat Satay UK nih? Mestilah satay takkan la pecel lele pulak. Tapi di sebalik sajian sataynya yang bleh dikira sedap sampai gigit batang lidi, terjual juga disitu sup. Bukan calang-calang sup sedara-sedari, terdapat aneka pilihan isi untuk disertakan bersama sup tersebut daripada perut sehinggalah ke ekor. Haha, dan sup yang paling aku minat ialah Sup Ekor.

Kalau korang nak rasa macam mana rasa makanan-makanan yang aku nyatakan di atas boleh lah bergegas ke sana, aku lupa kat syeksyen mana terletaknya kedai tersebut, kalau nak tahu korang tanyalah Pak Cik Google yang sedia menjawab pertanyaan anda bila-bila masa sahaja sekiranya anda mempunyai internet. 

OK, kat bawah nih ada sedikit gambar santapan aku ngan sorang lagi member aku yang suka makan. Enjoy. 


Sup ekor, untuk pengetahuan korang dia takde pekej yang sekali ngan bulu...=)

Sedap sungguh!

Ini lah dia Satay UK, ada nampak cam orang UK tak....=)

Ni lah dia member aku yang suka sangat makan tuh, nih time dia pose tengok gambar kat bawah masa dia melahap...

Puakkk!!!

Hi..cak...=)

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan