Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 29 Disember 2012

MASALAH SYILING BARU & NOSTALGIA SYILING LAMA

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca, nak cerita sikit pasal syiling baru 20 sen yang warna keemasan tuh. Kalau difikirkan, kenapakah syiling 20 sen dihasilkan dengan warna keemasan? Kalau aku, aku jawab lantaklah diorang nak buat warna apapun. Tapi baru-baru nih ak ad berbual dengan seorang pemilik kedai runcit dekat The Mall bersebelahan dgn PWTC kalau korang tak tahu, dia cakap syiling 20 sen dan 50 sen skang kadang-kadang kalau terlepas pandang boleh tertukar antara kedua-dua syiling tersebut.
Hmmm...Seems Legit!




Nak buat macam mana, saiz kedua-dua syiling berkenaan pun lebih kurang sama, cuma syiling 50 sen mempunyai beberapa lekuk di sisinya. Begitu juga dengan syiling 10 sen dan 5 sen.
Sebenarnya, aku rindu dengan syiling RM1 dahulu yang telah dimansuhkan penggunaannya beberapa tahun lepas. Kalau diingatkan kembali, masa sekolah rendah dulu, mak aku bagi duit syiling RM 1 jer buat bekal pegi sekolah.
Hmmm...Nostalgic nyer...

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!


Rabu, 26 Disember 2012

SUNGAI LEPOH, HULU SELANGOR

Sungai Lepoh, itulah namanya. Nak sampai ke air terjunnya kena daki bukit dulu, dan dalm banyak-banyak bukit yang pernah didaki, bukit menuju air terjun Sungai Lepoh lah yang paling menguji fizikal. Telah menjadi keinginan aku untuk berkunjung ke setiap air terjun yang wujud kat Malaysia nih.
Kat bawah ada sedikit gambar sepanjang trip ke Sungai Lepoh.

Perjalanan ke air terjun bermula.
Kalu nak tahu, mtosikal honda cup menjadi kenderaan mendaki bukit untuk penduduk di situ.

Selasa, 25 Disember 2012

FOTOGRAFI: TEKNIK REVERSE LENS (LUMIX 20mm f/1.7)

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca, kali ni nak kongsi sikit mengenai fotografi. Kepada yang mempunyai kamera yang boleh tukar lens saya ada satu tips untuk anda sekiranya anda nak ambil gambar macro, cara nih sudah conventional bagi mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan lens macro yang harganya agak mahal berbanding lens kit anda.

Apa yang anda perlu ada hanyalah kamera dan lens serta tahap ke-steady-an tangan anda yang utuh, gambar-gambar kat bawah ni diambil dengan menggunakan kamera M4/3 Olympus Pen E-PL1 dan lens Lumix 20mm f/1.7. Untuk pengetahuan pembaca, lens 20mm yang digunakan adalah lens biasa bukan lens macro, jarak minima normal antara lens ini dengan subjek ialah lebih kurang 0.2m, tetapi sekiranya lens ini dipasang secara reverse (terbalik) pada kamera, result seperti macro akan terhasil.

Seperti yang diberitahu anda perlu mencubanya dengan tekun dan sabar untuk memfokus gambar subjek yang anda ambil supaya tidak kabur, cuba sampai dapat ye kepada yang berminat. Kat bawah ni ada sedikit gambar yang diambil menggunakan kaeda Reverse Lense, kecuali gamabr pertama.



Selasa, 11 Disember 2012

KECOMELAN YANG TERLEBIH

"2,3 Kucing Berlari,
Manakan Sama Dengan Si Kucing Belang,
2,3 Boleh Kucari,
Manakan Sama Dengan Yang Hilang"



Apa-apa Pun Semua Tangan Aku dan Dia Yang Bikin!

Ahad, 9 Disember 2012

KERJA DI HUJUNG MINGGU & PC FAIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Semalam (sabtu) bukanlah cuti biasa buat aku dan The Zul. Semalam kami ditugaskan untuk membuat liputan mengenai Pesta Akademik di PWTC dan juga membantu kru MyTV menyiapkan sebuah drama pendek. Dalam kata lain kami tak cuti lah.

Letih tetap letih bila dari pagi sampai ke petang kesana dan kemari berpusing-pusing bekerja. Kaki terasa macam nak tercabut, tapi Alhamdulillah tak tercabut lagi. Apa yang menambahkan lagi kepenatan ialah bila kami bercadang untuk berkunjung ke PIKOM PC Fair di KLCC. Punya lah besar PC fair tuh sampai tak larat nak berjalan rasa nak merangkak pegi dari booth ke booth.

Kat bawah nih ada sedikit gambar sepanjang hari sabtu yang agak produktif dan meletihkan.