Halaman

GMOYZSTUDIO

Isnin, 27 Februari 2012

LUOHE HATI GHATYAT KLATE



Sedih bilo pemimpin sdighi ghoyat negeghi ambo nih negeghi paling miskin di Malaysia. Sapo2 hok dok Klate mesti naek angin termasok kawe sdighi. Tau la nok provoke ghatyat Klate sughuh undi parti demo. Tapi bilo demo ghoyat belah tuh gak, kawe hok tok bghapo suko demo, jadi koho beci. Demo sedak lah kecek pok peng, pok peng, awo Klate dipghintoh pembangke demo sedak2 mulot jah nyo gi behe negeghi kawe paling miskin kat Malaysia.

Boh,
Slamo kawe dok Klate, kawe tok traso aura kemiskine hok demo maksudke tuh. Demo kecek maen bedal jah. Kawe ghaso demo kecek ikut prasae buke ikut fakta. Hok tuh kawe bghaso pelek tuh, bakpo demo buleh terpilih jadi pemimpin. Sepatutnya pemimpin nih berjiwo ghatyat tok kiro lah ghatyat tuh sokong parti gapo pun.

Boh,
Kawe suko demo wat pembangunan sinih, wat developement sano.
Kawe suko demo gi tepat2 rakyat susoh denge membawok bantue ko pok2 dio.
Kawe suko bilo demo wat kebajike.
Tapi bilo demo pilih kasih kawe tok brapo nok suko. Sebab, sikap demo tuh buleh wat ghatyat keno tindih.


Boh,
Mungkin sebab gaji demo besar.
Mungkin sebab demo tok beso paka keto kancil, keto dutson woh ulu.
Mungkin sebab demo tok brehi make nasi dale bukuh sughat kaba.
Mungkin sebab demo tok rajin tido atas lata pape rumoh kayu.
Mungkin sebab demo tlajok sene, sapa tok ingat lagu mano braso susoh.


Boh,
Kawe tok tahu lah demo tok puah ati gapo nge negeghi Klate nih. Setahu kawe, dale Malaysia nih takdop eh negeghi maju nge tok maju, hok kawe tahu Malaysia nih negagho membangun. Jadi, pado pendapat kawe lah, negeghi-negeghi kat Malaysia nih adalah negeghi2 membangun blako.

Sekie sajo lah stakat nih luohe hati kawe, kawe takdok niat nok sakitke hati sapo2, tapi hok kawe buleh ghoyat, demo jange dok jolok saghe tebue, namoke tok pasal2 kene nyengat.

Sabtu, 25 Februari 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep. 2)

"Saing nih , oghe kato, bendo paling penting antara bendo-bendo penting hok lain. Buke sene nok caghi saing hok buleh lekat nge kito gi mari sapa ko mati. Buke sene nok caghi saing hok jenih pghanga molek, ghama hok pghanga molek tapi ghama jugok hok pghanga tok molek. Ssakut nge hok jenih tok molek gak, pah kito jadi tok molek. Bergantung jugok lah kepada keadaan, mungkin hok tok molek tuh buleh jadi molek sebab ssaing nge kito."




Khamis, 23 Februari 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep. 1)

MAK PESAN,
"kalau nak kawan, cari kawan yang elok-elok, kawan yang boleh bawa sampai akhir hayat, kawan yang suka menegur yang salah, kawan yang bila susah dan senang selalu bersama, dan yang penting sekali kawan yang tidak tinggal Solat 5 waktu"

MAK PESAN LAGI,
"kalau kau nak berkawan dengan orang, kau kena jaga tingkah laku, jangan sampai kawan kau tinggal kau, jangan sesekali khianati diorang, susah sama susah, senang sama senang, dan yang penting sekali kau jangan tinggal Solat 5 waktu"


Jumaat, 17 Februari 2012

KG. KETING, GUNUNG, BACHOK KELANTAN


TAKDOP TEMPAT HOK PALING BEST SELAIN DARIPADO KAPONG,
AMAN,
DAMAI,
UDARA SEGAR,
BURUNG-BURUNG BERKICAUAN,
DAN BANYOK LAGI.

LABO LUTONG 
KERENGGA

Khamis, 16 Februari 2012

TUA: USIA DAN PENAMPILAN

 Usia anda sudah tua, atau penampilan anda nampak tua
Bagi kambing di atas, tua tidak membawa makna apa-apa selagi mana ia dapat meragut rumput dan menghasilkan zuriat yang sihat kepada tuan yang memeliharanya.
Tua itu sudah menjadi lumrah hidup,
Anda akan nampak tua sekiranya usia anda sudah tua,
Namun,
Sekiranya usia anda tua, tidak semestinya anda akan nampak tua.

Bagi kita, sebagai manusia,
perkataan tua menjadi satu perkara yang agak sensitif terutamanya kepada kaum hawa,
terlalu ingin mengekalkan kemudaan yang pada hakikatnya tetap akan pudar dari fizikal mereka.
bukan mahu merendah-rendahkan kaum hawa,
tetapi dek kerana pendapat umum yang menyatakan tua itu tidak secantik muda pada fizikalnya,
ramai kaum hawa pada hari ini menggunakan berbagai-bagai produk kecantikan untuk mengekalkan kemudaan yang telah dikecapi selama beberapa abad.
Tapi,
betulkah tua itu tidak cantik?

Apa yang lebih penting sebenarnya bukanlah usia dan penampilan,
yang lebih penting ialah iman dan ilmu di dada.

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Isnin, 13 Februari 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Intro)

Rakan, kawan, sahabat, gu, saing adalah satu slot di mana saya akan mengekspresikan maksud perkataan yang telah disebut tadi.Tidak kiralah dari segi pendapat saya sendiri atau pendapat orang lain yang tiada kaitan dengan saya. Turut serta dimuat naik ialah gambar-gambar kengangan bersama kawan-kawan dari bangku sekolah dahulu sehinggalah sekarang.

Khairi