Assalamualaikum dan hi kepada semua pembaca, hari ni nak kongsi sedikit mengenai fotografi makro. Aku baru sahaja dalam dunia makro nih, first time aku tengok gambar2 makro kat Internet, terus melekat kat kepala aku, aku nak ambil gambar2 macam yang aku tengok tu. Well, boleh kata fotografi makro nih senang atau susah, bergantung kepada korang sekiranya korang mahu mencuba atau tidak. Pada aku, ianya macam ambil gambar-gambar biasa seperti portrait, landscape, architecture, street dan lain-lain genre, perlu kepada sudut2 yang betul dan komposisi yang menarik dan kreatif.
Aku suka makro terutamanya yang melibatkan subjek serangga-seranggga kecil macam semut, ulat, kumbang, rama-rama, lalat dan macam-macam lagi. Sebab apa, sebab makhluk-makhluk ni tak macam manusia, if you know what i mean.
Memandangkan aku nih masih newbie dalam dunia makro nih, jadi banyak benda yang masih perlu aku belajar. Sekarang satu-satunya aksesori yang aku ada untuk mengambil gambar makro ialah extension tube (Baca Sini), selain daripada sebiji kamera DSLR Canon EOS 500D, kitlens 18-55, dan 50mm f/1.8. Memang ada dalam perancangan untuk beli lens macro, tapi buat masa ni extension tube yang berharga RM35 ringgit sahaja yang aku mampu beli.
Gambar-gambar kat bawah ni, aku ambil pakai extension tube + 50mm f1.8, aperture dia aku set dalam range f8 hingga f16, dan aku pakai flash yang ada kat kamera jer dengan set up yang agak awkward, InsyaAllah, aku kongsikan dalam entri yang seterusnya.
Itu saja untuk entri kali ini, harap korang tak sakit mata tengok gambar2 kat bawah ni. Ok, enjoy.
APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan