Extension tube ni digunakan bagi mendapatkan gambar macro dengan menjauhkan sensor kamera daripada lensa yang anda gunakan. Secara umumnya, semkin jauh lensa daripada sensor kamera, semakin dekat jarak fokus minima yang boleh dicapai.
Terdapat dua variasi extension tube di pasaran, iaitu jenis autofokus, dan manual fokus. Extension tube yang tidak menawarkan autofokus memerlukan anda untuk memegang kamera dengan betul-betul stabil supaya gambar yang anda ambil dalam fokus dan tidak kabur. Dengan latihan pernafasan yang betul dan tangan yang stabil, anda akan memperoleh gambar subjek kecil seperti semut, labah-labah, dan lain lain serangga.
Biasanya extension tube didatangkan dengan tiga saiz, yang dilebelkan 1,2 dan 3. 1 yang paling pendek dan 3 yang paling panjang, dan anda boleh gabungkan ketiga-tiga saiz tersebut untuk memperoleh fokus minima yang amat dekat dengan subjek
Kat bawah ni ada sedikit gambar yang aku ambil menggunakan kombinasi lens EF 50mm f/1.8 ( + extension tube) dan EOS 500D. Enjoy.
APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan