Halaman

GMOYZSTUDIO

Jumaat, 5 April 2013

DUIT & PEMINTA DUIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian, kali ni nak cerita sikit pasal duit. Semua orang pada hari ini sibuk mencari duit. Duit menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, daripada masuk tandas sehinggalah politik. Zaman sekarang kalau tiada duit memang hidup melarat lintang pukang entah ke mana. Orang yang berduit mahupun yang yang dah memang kurang duit tiak pernah rasa cukup dengan duit yang diorang ada. Itulah kenyataan yang perlu ditelan saban hari.

Gambar kat bawah ni kalu orang Kelantan panggil, pokok duit, masa kecik-kecik main 'jjual' (orang Key El panggil main pondok-pondok) daun-daun pokok menjalar inilah yang dikutip untuk dijadikan sebagai duit, ianya sah digunakan bagi urusan jual beli bagi kanak-kanak zaman sebelum timbulnya smartphone, tablet, Playstation dan X Box.


Budak-budak zaman sekarang, pasir pun tak berani sentuh, sebab sudah terbiasa dengan skrin sentuh yang licin lagi selesa berbanding pasir. Mungkin kat kampung pun sudah berkurangan bilangan kanak-kanak yang selesa bergelumang dengan pasir, tanah dan selut apatah lagi dekat bandar.

Namun, di kawasan bandar terselit satu pemandangan yang boleh kira kurang senag untuk dilihat, iaitu kanak-kanak peminta sedekah. Di setiap ceruk bandar memang akan ada kanak-kanak yang menghulurkan cawan plastik kepada orang-orang yang lalu lalang.

Gamabar kat bawah ni pula menunjukkan seorang kanak-kanak yang aku rasa baru dalam lingkungan umur 6 hingga 9 tahun. Kanak-kanak sebegini biasanya dipergunakan oleh sindiket tertentu untuk mengaut wang daripada orang ramai. Situasi kat bawah memang sudah dikira biasa bagi penduduk bandar



Sedih melihat nasib kanak-kanak dipergunakan untuk kepentingan peribadi. Tapi apa yang menyedihkan ialah, adakah usaha daripada pihak berkuasa untuk membasmi sindiket yang menjalankan kegiatan tidak bermoral ini.

Tahun demi tahun berlalu, semakin ramai rasanya bilangan kanak-kanak peminta sedekah di bibir-bibir laluan pejalan kaki. Aku harap selepas selesai PRU nanti dan kerajaan baru naik memerintah,  mereka akan melihat senario ini dengan lebih serius.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan