Halaman

GMOYZSTUDIO

Isnin, 8 April 2013

KEM PEMANTAPAN ORGANISASI KPZ 1 2013: ALASAN ITU ADALAH HALANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entri kali nih nak berkongsi pendapat mengenai satu perkara yang kita semua sudah terbiasa dengannya iaitu 'ALASAN'. Pepatah Melayu ada mengatakan:

"Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih"
Oleh kerana sudah terbiasa dengan alasan, sedar atau tidak ianya menjadi salah satu halangan besar dalam menentukan sama ada kita mampu atau tidak. Memang tidak dinafikan, kadang-kadang alasan itu perlu dalam sesetengah situasi, tapi dalam kebanyakkan situasi yang memerlukan kita untuk memilih untuk melakukan sesuatu perkara yang kita lihat secara kasarnya tidak memberi apa-apa kepada kita, sedangkan ianya memberi manfaat kepada kita, akan timbul berjuta-juta alasan untuk tidak mahu melakukannya.

"Kita adalah siapa yang kita pilih, Bukan pilihan orang yang menentukan siapa kita"

Ingat, pilihan di tangan kita. Kat bawah ni ada sedikit gambar ketika kem kepimpinan yang aku sertai hujung minggu lepas. Gambar-gamabar tersebut adalah ketika aktiviti merentas halangan. Katakanlah, semua peserta kem memberi bermacam alasan untuk tidak melakukan aktiviti tersebut, sudah semestinya aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan dan segala pengalaman berharga yang sepatutunya diperoleh oleh peserta kem tidak lagi menjadi sebahagian daripada mereka. 

Enjoy, terima kasih kerana sudi baca....=)






































"APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan