Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, entry kali nih nak emo banyak-banyak. Jadi 4 tahun sudah berlalu dan bakal mencari titik noktah tidak lama lagi. Titik noktah itu bukan bermaksud penamat cerita, tapi menandakan fasa baru akan bermula selepas itu.
Hubungan yang terjalin dengan sahabat-sahabat tatkala terimbau ketika mula-mula melangkah kaki ke alam Universiti sedikit sebanyak membuat diri ini tersengih keseorangan. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kenangan pahit dan manis. Kenangan-kenangan itu akan menjadi satu lembaran hidup yang akan tertanam dalam benak ini selagi hayat dikandung badan.
Segala apa yang terjadi adalah kehendak-Nya, kita bertemu, kita bermesra, dan kita berpisah. Walaupun kadang-kadang sukar menghadapi perpisahan, tetap jua ia singgah menjengah tali persahabatan yang diikat. Ibarat kata pujangga:
"Kita berpisah hanyalah pada jarak dan waktu, namun pada nyatanya, kita tetap bersama"- Mohd ZulqarnainIngatan tulus ikhlas untuk:
Iqbal, Kimi, Abang, Ryan, Fikri, Elias, Zul, Zati, Wani, Am, Lini, Zila, Iqlima, Teha, Syida, Syakira, Khai, Efamira, Huda, Amy, Lina, Asmaa, Ain, Syafika, Sumaiyah, Fasihah..........
"We do not remember days, we remember moments"- Ryan
Kat bawah ada sedikit gambar "HARI SPORTING MULTIMEDIA" untuk tatapan pembaca, enjoy...
APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan