Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 14 Februari 2013

#BALIK KAMPUNG #KUCING #REUNION #BBQ

Ho ho ho Balik Kampung...

Siapa tak suka balik kampung memang orang tuh dasar lupa daratan. Balik kampung nih adalah pada aku satu cara melepaskan stress kerana dapat jumpa mak dan ayah, adik-beradik serta saudara mara dan yang paling best jugak ialah dapat hirup udara kampung yang segar-bugar. Flora dan fauna yang menghijau dan meliar tidak jemu mempersilakan kehadiran pendamba ketenangan (ayat tahap novelis..kah..kah..kah).

Memang tidak pernah sia-sia walaupun sekadar seminggu menjengah kampung halaman. Aku nih tak suka tulis panjang-panjang ak cuma nak kongsi sedikit gambar ketika bercuti di kampung.

Kalau balik kampung tak sah kalu tak jengah kambing kat belakang rumah


Kandang kambing di halaman belakang rumah

Ahad, 3 Februari 2013

MANCHESTER UNITED MENANG & FAN MANCHESTER UNITED KAHWIN (AZFAR & ATIKAH)

Semalam baru lepas tengok Manchester United menang, dengan kemenangan itu maka beradalah pasukan favorite aku di atas carta liga EPL  mendahului jiran tetangganya Manchester City yang mana akan bertemu dengan Liverpool malam ini...come on Liverpool jangan jadi BANGANG untuk malam ni (bak kata Sukan Star- Laman Berita Sukan Yang Diulas Dengan Kaki).

Rooney menjaringkan gol kemenangan ke atas Fulham
Hari ini pulak, aku berserta satu rombongan member-member sehidup semati menghadiri Walimatulurus salah seorang Die Hard Fan MU, dan juga member kamcing aku di Batu Pahat, Johor. Berkalung-kalung tahniah dikalungkan kepada saudara Azfar dan Isteri, semoga cepat-cepat dapat anak dan InsyAllah dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Berbincang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi

Berehat menyahut seruan alam di Hentian Pagoh

Mempelai membelah kek pulut kuning, bagai pinang dibelah dua.

Bergambar kenang-kenangan bersama mempelai

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!