Halaman

GMOYZSTUDIO

Isnin, 19 September 2011

VLOGGERS

Entry kali nih, aku nak share sikit pasal dunia vloggers.
Bunyi macam bloggers tapi sebenarnya vloggers nih bukan bloggers2 yang belambak wujud kat dalam dunia internet buat masa sekarang nih.
Bloggers nih, 'keje' diorang taip-menaip dan mengupload gambar2 dan juga video2
Tapi Vloggers pulak, keje mereka adalah merakam diri mereka sendiri sambil membincangkan apa2 topik yang mereka rasa mereka nak bincangkan dengan viewers2 yang mahu tengok.
Vloggers sekarang semakin banyak muncul terutamanya dalam kalangan remaja dan muda-mudi
Apa yang menarik mengenai vloggers ialah cara mereka menarik minat viewers untuk terus menonton video mereka. Kalau menarik, menariklah, kalau tak tengok 10 saat jer dah rasa tak nak tengok. Aku pun minat tengok vloggers neh sebab diorang 'cool'. ingat senang nak ngadap kamera dan cakap, pastuh nak upload kat internet untuk tatapan umum, kulit muka vloggers2 tak payah cakap, memang tahan segala-galanya...bukan setakat malu, maki, hamun dan macam2 lagi....Ini adalah antara vloggers2 yang aku subscribe kat youtube:


List kat atas nih adalah antara yang ada kat youtube, diorang semua nih juga boleh dikira antara yang terfamous, dan jika anda perasan, terdapat dua nama melayu dalam list yang aku bagi. Ye, kedua-dua mereka adalah rakyat Malaysia. Aku pun suka tengok video diorang...anda cuba tengok dan nilai sendiri la ye...

Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Jumaat, 16 September 2011

23 & BADMINTON

Tertanya-tanya apa 23 tuh, dan kenapa BADMINTON?
Nope, bukan umur aku,
Tunggu la 2 tahun lagi baru sampai 23,
23 tuh, Jam Kredit yang aku amik semester nih kat UPM,
Banyak kan, Tapi mungkin ada yang lbih daripada aku kot.
Apa2 pun, sekarang nih tengah tunggu kelulusan Dekan bagi membenarkan aku mengambil sejumlah kredit tersebut.
Sibuk tak sibuk pon, terpaksa aku harungi demi masa depan aku,
cewah...ayat skema pulak dah.
Harapnya aku dapat concentrate study aku untuk semester nih,
Study, study gak, BADMINTON lain citer.
Memandangkan hobi aku main BADMINTON so, walaupun 23 jam kredit aku tetap tak dapat tinggalkan BADMINTON.
Aku da spend banyak sangat untuk badminton semester nih, dan of course lah aku tak menyesal,
Dan aku tak kisah pun, sebab aku memang minat sangat main BADMINTON.
Minat jer tapi main tak hebat sangat pun, ala kadar jer.
Gambar kat bawah nih equipment yang aku pakai,
Kasut asic, Raket Yonex, Fleet, Apec....

Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Jumaat, 9 September 2011

jom join segmen !

Jom kawan2 join segmen/contest/giveaway
RM5 menjadi hadiah, yang tak lama lagi akan naik harga disebabkan cukai 6% oleh kerajaan.

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

ANWAR IBRAHIM (dulu)



BERSIH 2.0 (dulu)



PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR (dulu)



6% CUKAI PEK SIM & TAMBAH NILAI PRABAYAR (kini)


APA LAGI LEPAS NIH?


Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Rabu, 7 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Selasa, 6 September 2011

TRW NEWS: KEMPEN PIALA MALAYSIA, KELANTAN KUTIP 3 MATA

Kumpulan C menyaksikan Kelantan dan Felda Utd mengutip mata penuh dengan mengalahkan Sarawak dan Johor FC. Kelantan mendahului carta kumpulan C dengan kelebihan jaringan berbanding Felda Utd.


Keputusan semasa Piala Malaysia 2011:                         

Sarawak 0 - 2 Kelantan
Johor 0 - 1 Kedah
Sime Darby 0 - 2 Terengganu
Pkns 1 - 2 N.Sembilan
Johor Fc 0 - 1 Felda Utd
Pdrm 0 - 1 K.Lumpur
T-Team 0 - 0 Selangor
Sabah 0 - 0 Perak

Isnin, 5 September 2011

TRW NEWS: MISI KELANTAN MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN

Ya, seperti yang anda semua ketahui, pada 6/9 Piala Malaysia akan mula berlangsung, dan Kelantan akan berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada kejohanan sebelum ini. Adakah Kelantan mampu menunjukkan kehebatannya seperti kejohanan yang sudah? Kita sama-sama nantikannya. Kali ini Kelantan telah diundi dan berada dalam kumpulan C bersama Johor FC, Felda United, dan Sarawak.

KUMPULAN C