Halaman

GMOYZSTUDIO

Ahad, 24 Julai 2011

MAN UTD NEWS: JERSI BARU MAN UTD (AWAY)

Hai die hard fan Manchaster United kat luar sana, untuk entry kali ni, aku nak sharing2 ngan korang semua jersi away The Red Devil untuk season yang akan datang, baru2 nih aku dah buat entry untuk jersi home diorang. Kalau nak tengok skali lagi pegi kat link nih: JERSI HOME MAN UTD.

Ini dia jersi away Man Utd yang baru shaja dilancarkan secara rasmi baru2 nih:


Hadapan
Belakang

Nampak macam retro sikit baju away kali nih, orang nogori kata borbolang-bolang. Pada pandangan aku, jersi away kali nih kira OK la jugak. Anda boleh suarakan pandangan anda di ruangan komen kat bawah. 

Akhir sekali, aku selitkan sikit pasal Kelayakan Piala FIFA antara Malaysia dan Singapura. Semalam baru sahaja selesai perlawanan diorang untuk first leg kt Singapura punya stadium, dan Malaysia tewas 3-5. Untuk second leg nanti, iaitu pada 28 Julai, aku harap Malaysia akan memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri untuk mengalahkan Singapura. Malaysia Boleh. Gomo Malaysia Gomo.

Isnin, 11 Julai 2011

TRW NEWS: DUKA PIALA FA TERUBAT, KELANTAN JUARA LIGA SUPER

Walaupun agak sedikti lambat untuk aku buat entry neh, tapi, aku tetap nak buat sebab aku anak jati kelantan. Kelantan telah membuktikan kehadirannya dalam kancah liga super adalah bukan main2, setelah sekian lama menyepi dalam arena bola sepak tanah air, Kelantan telah membuktikan bahawa mereka bukan calang2 lawan untuk dijinakkan.

Setelah berjaya merangkul Piala Malaysia, dan Piala Sumbangsih, Skuad Kijang Emas ataupun lebih dikenali dengan gelaran The Red Worrior telah merangkul satu lagi piala kemenangan iaitu Piala Liga Super. Kemenangan ini telah mengubat duka kekalahan Piala FA kepada Terengganu sebulan yang lepas.

Gelombang yang dibawa Kelantan dalam kancah bola sepak tanah air sejak akhir2 ini diharap akan berterusan untuk jangka masa yang lama. Jikalau sekiranya jatuh, usah gusar kerana penyokong ibarat buih buih merah di lautan akan berada bersama anda The Red Worrior.

Gomo Kelate Gomo!!!