Korang ingat tak masa sekolah dulu-dulu, masa hari sukan. Sememangnya hari sukan adalah hari antara hari yang paling ditunggu-tunggu selain cuti sekolah. Begitulah juga apa yang berlaku di tempat aku nih, bukan di sekolah tapi kolej kediaman di UPM, Kolej Pendeta Za'ba.
Digelar sebagai SUKZA (Sukan Za'ba), program ni memang antara program yang paling meriah pernah aku sertai sepanjang berada di KPZ nih. Semangat kepasukanan yang membara-bara. Yang menariknya, kalu masa sekolah dulu dinamakan dengan nama-nama tertentu, begitu juga kat sini, ada 4 rumah sukan semuanya iaitu NIKE, ADIDAS, PUMA, DIADORA.
Daripada sukaneka sehinggalah olahraga, dan yang penting aku turut memenangi salah satu acara sukan yang dipertandingkan, iaitu pecut 100 meter...hahaha! Takdelah gurau jer, tak ke pecah trek lumba lari kalu aku yang memecut. Aku menang acara sepak takraw, dan acara favorite aku iaitu badminton, hanya terkandas di separuh akhir sebab terpaksa berdepan dengan anak didik Lin Dan...hahaha!
Memang seronok tahap nak berguling 100 meter berganti-ganti. Setiap masa kegembiraan yang dihabiskan bersama memang tidak ternilai. Semoga tradisi SUKZA dapat diteruskan dengan cemerlang pada masa akan datang.
|
NIKE ( RUMAH SUKAN AKU) |
|
DIADORA |
|
ADIDAS |
|
PUMA |
|
KREDIT GAMBAR: BONDA FARINAZLEEN GHAZALI & AYAHNDA |
APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan