Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 23 Mac 2013

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog, kali ni, nak cerita sikit pasal seni mempertahankan diri. Memandangkan dunia hari ini sudah moden dan membangun, seni mempertahankan diri semakin dipandang remeh. Pada aku, setiap orang perlu ada kaedah masing2 untuk mempertahankan diri daripada segala bentuk ancaman kepada mereka. Aku sendiri telah melengkapkan diri aku dengan salah satu dalam beribu-ribu seni mempertahankan diri yang wujud dalam dunia.

Ianya bukan persoalan tentang seni mempertahankan diri jenis apa yang kau ada, tapi persoalannya kau tahu atau tidak cara atau kaedah untuk mempertahankan diri, tidak kiralah Taekwando, Kung Fu, Silat, Capoeira, Karate, Ninjutsu, Taijutsu, Tinju, Muay Thai, Mixed Martial Art (MMA) dan banyak lagi.

Disebalik persoalan di atas, terselit beratus-ratus alasan untuk tidak mahu melibatkan diri dengan pembelajaran seni mempertahankan diri antaranya ialah tiada masa, tidak merasa ianya penting, seni pertahankan diri kuno sebab sekarang orang pakai pistol, rifle, mesingan dan beribu-ribu lagi senjata moden serta banyak lagi alasan yang kalau ditulis kat sini memang entry blog aku nih akan pecah rekod dunia sebab jadi entry blog yang terpanjang.

Bukan nak membangga diri kerana tahu seni mempertahankan diri, tapi sekadar ingn menyedarkan ramai pihak yang menganggap seni ini tidak releven untuk dipelajari pada zaman sekarang. Allah SWT menyuruh kita menjaga nyawa kita, dan pada aku salah satu cara dan kaedah untuk menjaga nyawa kita ialah mempelajari seni mempertahankan diri. Memang betul ketentuan Ilahi itu sudah tertetap dalam qada' dan qadar, tapi kena ingat Allah SWT juga ada berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
OK. Habis sesi motivasi. hahaha.

Sebelum berhenti menaip, kat bawah ni ada sedikit gambar ketika persembahan demo Silat Cekak Ustaz Hanafi dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Putra Malaysia. Assalamualaikum








APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

1 ulasan: