Halaman

GMOYZSTUDIO

Rabu, 8 Oktober 2014

RAYA HAJI 2014

Assalamualaikum dan selamat menyambut Hari raya Aidiladha, dan selamat menunaikan haji kepada seluruh umat Islam yang menunaikannya.

Raya haji tahun ini tak sama dengan tahun lepas, di mana tahun lepas mak dan ayah pergi menunaikan haji di Makkah, jadi tahun ni, beraya bersama mereka lah. Tahun ni juga, ibadat korban dilangsungkan di tempat yang sama seperti tahuan-tahun sudah yakni di rumah atok.

2 ekor lembu dikorbankan tahun ni. Agak ganas sedikit salah seekor lembu yang dikorbankan tahun nih, namun Alhamdulillah, kedua-duanya disembelih tanpa ada sesiapa ditendang mahupun ditanduk lembu tersebut. Suasana meriah sebab ramai ahli keluarga besar ada bersama.

Dan seperti biasa tak sah kalu setiap entry tidak disertakan bersama gambar. Assalamualaikum... ;)


Mak sedara jadi model sat

Ahad, 28 September 2014

(LONG EXPOSURE + ND FILTER) AIR TERJUN SUNGAI PISANG

Menggunakan shutter speed pada julat 6 saat pada siang hari bukanlah satu teknik yang betul melainkan anda menggunakan Natural Density (ND) filter. Tanpa ND filter mungkin gambar yang anda ambil hanyalah sekeping gambar putih.

ND filter akan menyekat jumlah cahaya dari luar yang memasuki kamera anda, ia mempunyai banyak tahap antaranya ialah ND2, ND4, ND 32, ND64, ND256, ND 400 dan banyak lagi. Nombor dibelakang abjad ND menggambarkan tahap sesebuah ND filter itu menyekat cahaya. Makin tinggi, makin banyak jumlah cahaya yang disekat.



Satu kekurangan apabila menggunakan ND filter yang tinggi kemampuannya untuk menyekat cahaya sebagai contoh ND512, anda tidak akan dapat melihat melalui Viewfinder (Optical) kamera kerana ND filter menyekat banyak cahaya dari memasuki kamera anda, justeru menjadikan Viewfinder anda gelap. Jadi satu cara untuk mengatasi perkara ini ialah dengan menggunakan fungsi Live View, yang membenarkan anda menggunakan skrin belakang kamera untuk melakukan komposisi pada subjek anda. 


Gambar dibawah adalah hasil daripada menggunakan ND filter yang membenarkan penggunaan shutter speed yang perlahan dan menghasilkan gambar air terjun yang lebih dramatik.

EOS 600D, Tamron 17-50mm, f/8, 6sec. ISO 100  with ND FILTER

EOS 600D, Tamron 17-50mm, f/8, 6sec. ISO 100 with ND FILTER

EOS 600D, Tamron 17-50mm, f/8, 6sec. ISO 400 with ND FILTER

Jumaat, 15 Ogos 2014

MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN AZMI & NAIMI

Assalamualaikum dan rasanya masih sempat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog tangankubukantanganmu yang serba daif ini. Beribu kemaafan dipohon kiranya ada melakukan kesilapan dan mengguris hati pembaca sekalian.

Hari raya kali ini tidak seperti yang sudah, kali ini mendapat tugas untuk menjadi jurugambar untuk majlis perkahwinan sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi. Jujurnya pada mulanya diminta untuk menjadi jurugambar tersebut ada rasa kurang keyakinan, kerana pengalaman mengambil gambar perkahwinan, spesifiknya, boleh dikatakan sekangkang kera. Namun kerana ada rasa ingin mencuba dan menimba pengalaman maka terimalah jugak permintaan sahabat tersebut.

Bukan senang tapi tak susah. Itulah ayat yang paling sesuai boleh digambarkan sepanjang menjadi jurugambar untuk majlis tersebut. Dengan ilmu yang sekangkang kera tadi, tugas yang diberi, dijalankan dengan sepenuh hati.

Berbekalkan kamera yang tidak se'PRO' yang biasa digunakan jurugambar-jurugambar perkahwinan profesional di luar sana, maka Alhamdulillah, selesailah sudah tugas termasuklah proses suntingan gambar-gambar.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Pengantin Baru, Azmi & Naimi, Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga berkekalan sehingga ke Jannah. Cepat-cepatlah dapat anak ye.



Ahad, 13 Julai 2014

SENYUM

Senyum merupakan satu perbuatan yang memerlukan kita menggerakkan otot di bahagian muka kita. Bila ianya dilakukan dengan betul anda akan kelihatan comel. Tidak kira siapa anda, dengan hanya satu senyuman anda mungkin akan membuatkan orang di sekeliling anda turut tersenyum dan sudah semestinya akan membuatkan saat tersebut lebih indah dan ceria.

Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar). 
Jadi kepada anda semua senyumlah....



Sabtu, 12 Julai 2014

RIADAH DI RAMADHAN

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca, turut disertakan ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Pejam celik pejam celik kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan, sekejap sungguh masa berlalu. Diharapkan amalan puasa dan amalan-amalan ibadah kita pada bulan ini diterima Allah S.W.T, ameen.

Sperti yang dinyatakan dalam tajuk, entri kali ini adalah berkenaan salah atu hobi yang paling aku minat, iaitu bersukan/riadah, sepsifiknya main Badminton. Yup, walaupun tubuh ku montel, bukan halangan untukku  jumping smash shuttlecock itu...hahaha

Bulan Ramadhan bukan menjadi penghalang untuk beriadah, seminggu sekali cukuplah, sekadar ingin mengeluarkan peluh dan melepaskan gian. Ditemani beberapa orang sahabat yang sememangnya mempunyai minat dan hobi yang sama, kami sama-sama membasahkan court hijau dengan peluh dan deruan bunyi pukulan shuttle dan hentakan kaki.

Seperti biasa setiap entri tak sah kalau tiada gambar, jadi gambar2 berikut diambil ketika aktiviti riadah berbadminton. Selamat beramal...


Isnin, 16 Jun 2014

PERSAHABATAN SEBUAH PENGHARGAAN

Persahabatan bukanlah sebuah Kesempatan
Yang bila senang diambilnya, bila susah dibuangnya

Persahabatan adalah sebuah Penghargaan
Yang bila-bila sahaja dihargai, tidak kira senang atau susah

Bukan senang untuk memiliki sahabat baik
Yang tidak jemu bersama, juga petah melayan perangai

Orang kata bersahabat biar seribu, berkasih biar satu
Namun, yang satu itu dikasihi, yang seribu itu juga haruslah dikasihi

Orang kata bila bersahabat, ketika bertemu senang dihati, saat berjauhan rindu-rinduan,
Namun, sebenarnya bila berjauhan, terasa semakin dekat.



Gambar-gambar di bawah dirakam semalam ketika ber'BBQ, meraikan sahabat-sahabat yang bakal bergraduasi tahun ini.

Isnin, 12 Mei 2014

ABANG DUIS ABANG NEN IN MEMORY



An early morning news that really put my heart and thought to a halt for a moment because my dear best friend has died. It was hard to believe at first, I had to make a confirmation with my other friend about the news.

Accepting the news was one of the hardest thing I had to do in my life.

The first day I met him was during the registration day of the new students intake of Universiti Putra Malaysia in 2009. We officially become friend after knowing that he was taking the same course as I was.

He was a cheerful guy, his smile always  accompanied him wherever he went.

He is a very smart guy and he weren't stingy to share what he know especially about study. My friends and I were very grateful to have him back then, he helped us a lot. Not only us, course mates, he also was very helpful to other people around him. Easily said that he was a very comforting guy to have around.

For me personally, I assume him as my brother, that sometimes, back then, I'll be taking his advice on anything necessary.

Last but not least, May Allah bless his soul… forgive him of his sins… make his grave a garden and grant him jannah....ameen...



Selasa, 18 Mac 2014

MAJLIS PERASMIAN MAKE IT RIGHT CAMPAIGN 4 & CERAMAH PERDANA PENCETUS UMMAH FAKHRUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya peroleh ketika mana menghadiri majlis ilmu (seperti tajuk) baru-baru ini. Penceramah yang tidak asing lagi di Malaysia, yang baru lepas sahaja menyertai rancangan Pencetus Ummah, iaitu rancangan realiti Islamik yang mencari bakat penceramah versatile.

Jadi ilmu yang hendak saya kongsi kepada pembaca pada hari ini adalah padahnya bila kita kurang ilmu, terutamanya ilmu agama.

"PU Fakhrul bercerita mengenai sepasangan suami isteri yang mempunyai 3 orang anak yang mana si suami itu tidak pernah menjadi imam sepanjang mereka hidup bersama. Apa yang menariknya mengenai si suami ini, dia menghantar kesemua anak-anaknya ke sekolah agama sehinggalah anak-anak nya itu berjaya dalam bidang agama yang masing-masing belajar sehingga ke luar negara. Sehinggalah satu masa di mana bila anak-anaknya yang sudah besar itu semua sekali ada di rumah dan seraya bertanyakan kepada ibu mereka, mengapa bapa mereka tidak pernah mengimamkan solat. Jadi si ibu segera memberitahu si bapa akan persolan anak-anak mereka itu, terus si bapa rasa tercabar dan kemudian dia bersetuju untuk menjadi imam atas persoalan yang ditimbulkan oleh anak-anaknya itu.
Bila subuh menjelang, si ibu terus mengejutkan si bapa dari tidurnya agar tidak lupa akan janjinya semalam iaitu untuk mengimami solat. Dalam pada itu, si ibu yang selama ini tidak pernah sembahyang berimamkan si bapa merasa begitu teruja sekali. Sesudah mandi dan mengambil wudu', si bapa dengan ego berjalan ke tempat sembahyang seraya menyuruh salah seorang anaknya qamat, dan salah seorang anaknya yakni yang belajar di Pakistan menyahut seruan bapanya itu dengan laungan qamat dalam loghat Pakistan. Selepas itu, terus si bapa mengangkat takbir, dan kemudiannya diikuti dengan bacaan al-Fatihah yang merdu, si ibu yang berada di belakang terkedu mendengar kemampuan si bapa membaca dengan begitu bagus, anak-anaknya turut sama kagum. Setelah selesai al-Fatihah yang disudahi dengan lafaz 'amin', si ibu mula kebingungan tatkala ingin melafazkan 'amin' bersama-sama, ini adalah kerana dia teringatkan bahawa si bapa itu namanya amin, dan di dalam kepalanya teringat-ingat akan kebiasaannya dia memanggil si bapanya itu dengan gelaran 'abang', lain pula ceritanya dengan si anak-anaknya itu yang sudah pasti biasa memanggil bapanya itu dengan gelaran 'ayah'. jadi tatkala sibapa melafazkan 'amin' si ibu dan si anak seraya melafazkan 'abang' dan 'ayah' setelah selesai membaca al-Fatihah.Cerita ini tidak habis disitu, apabila tiba masa untuk membaca doa qunut, si bapa mula menggelabah kerana tidak ingat kesemua doa tersebut. Jadi ketika doa tersebut dibaca dengan tidak semena-mena doa makan pulak yang terpacul."

Begitulah serba sedikit cerita yang diceritakan oleh PU Fakhrul. Kesahihan cerita ini tidak diketahui sama ada benar atau tidak, mungkin hanya sekadar cerita selingan daripada beliau yang ingin menunjukkan apakah yang akan berlaku bila kita tidak mengambil berat akan tanggungjawab menuntut ilmu, tambahan pula ilmu-ilmu yang wajib kita pelajari seperti ilmu untuk solat, membaca al-Quran, berpuasa dan macam-macam lagi.

Akhir kata saya selitkan sedikit gambar-gamabr ketika majlis tersebut berlangsung.

Sabtu, 1 Mac 2014

SUKZA 14: FLYING WITHOUT WING

Today, I am honored to be allowed to take picture of a sports day held by Kolej Pendeta Za'ba UPM. The sports day was known by a short form, SUKZA, which is also known with a longer name as Sukan Za'ba.

This is my first experience shooting a sports day, from the beginning until the end of it. Usually I would be playing or supporting wholeheartedly  by screaming or waving flags and banner along the sideline. Therefore I am sorry if the photo I'm about to share here are terrible, as I mentioned before, It's the first time for me.

I wont be sharing all of the picture taken, since you might be scrolling your mouse down until it broke down. But, I'll be sharing only a few pictures with the theme mentioned in the title of this blog post, which is 'Flying Without Wing'

So here are the pictures, hope it will satisfy all of you. These picture was taken with EOS 600d and EF 28-135 F/3.5-5.6, and most of it was taken at 135mm with aperture F/5.6.



Selasa, 4 Februari 2014

SESI MELEPASKAN STRESS: MACRO DI BELAKANG RUMAHKU

Ianya sangat menenangkan fikiran bila kita dapat buat apa yang kita suka dan kita menikmati setiap saat yang kita luangkan untuk melakukannya. Pada cuti tahun baru cina lepas, keinginan untuk meluangkan masa mengambil gambar Macro, iaitu genre fotografi yang paling aku minat, akhirnya terlaksana jua. 

Seperti biasa, lapang sasar aku ialah belakang rumah aku sendiri yang ditumbuhi pokok-pokot renek yang menjadi kawasan tumpuan serangga-serangga kecil, dan kelengkapan yang aku gunakan juga masih sama iaitu extension tube (manual) cuma lensa yang berlainan, kalau sebelum ini aku menggunakan EF 50mm f1.8, dan EF-S 18-55 kitlens, tapi kali ini aku cuba menggunakan lens EF 28-135 f3.5-5.6.

Info tambahan:
1) Lens diset kepada f8 sebelum disambung kepada extension tube
2) Pencahayaan tambahan Flashgun Yongnuo YN565EX
3) Penggunaan tripod untuk mengurangkan gegaran

Buat masa sekarang hanya itu yang mampu aku miliki, dan sudah semestinya aku akan cuba untuk miliki EF 100mm f2.8 USM Macro.

Jadi kat bawah nih hasil 2 jam menyelongkar pokok-pokok, dan rumput-rampai di belakang rumah aku, enjoy.

Lapang sasar fotografi macro
Dibasahi embun

REUNION S.K. KETING 1997/ 2002 KALI KE-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali nih, nak kongsi sedikit mengenai budak-budak Sekolah Kebangsaan Keting batch 1997/ 2002. Cerita ini bermula dengan konflik! Yep, setelah tamat darjah enam, aku telah terbuang dari kampung dek kerana dihantar belajar ke tempat yang sedikit jauh dari kampung, tambahan pula terpaksa tinggal di asrama. Jadi hubungan persahabatan antara kawan-kawan aku dengan aku ketika di seklolah rendah renggang sedikit. Tatkala balik kampung bercuti, aku hanya sekadar melambai dan tersengih sekiranya terserempak dengan mereka.

Reunion pertama ketika, Hari Raya Aidilfitri, September 2011, di halaman Sekolah Kebangsaan Keting

Reunion kali kedua, pada Ogos 2012, di Pantai Melawi

Asalnya, ketika di darjah enam boleh dikatakan masing-masing berkawan rapat. Walaupun terdapat dua kelas yang memisahkan kesemuanya, Kelas Amanah & Kelas Ikhlas. Namun dek kerana tinggal sekampung, masing-masing ibarat adik beradik. Di pihak aku pula, seperti yang telah diterangkan, aku sedikit terasa kehilangan, walaupun mendapat kawan-kawan baru di tempat baru.

Reunion kali ke 3, pada Februari 2013, di Lata Tembakah

Jumaat, 24 Januari 2014

SESI MELEPASKAN STRESS: feat. SOHAIMI JENIANG @ PUTRAJAYA

Tu dia!
Dia dah mai!
Kali nih, sesi melepaskan stress, aku bersama bakal pengantin baru, yakni member aku, Sohaimi Jeniang. Jeniang merujuk kepada nama tempat di Kedah, sebab dia asal orang Kedah. Dia pakai Nikon aku pakai Canon, dua-dua beginner level, takde konflik takde gaduh dan tiada apa-apa masalah.

Sebut pasal jenama kamera nih, teringat aku pasal soalan-soalan yang diajukan tatkala seseorang yang baru ingin melangkah ke alam fotografi DSLR nih, iaitu soalan yang paling epic sekali, "Nikon atau Canon?". Soalan tersebut membawa makna lebih kurang, "yang mana patut saya beli, Canon atau Nikon?". Kedua-duanya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan kalau diterangkan kepada mereka yang bertanya, biasanya aku akan jawab "errmmmm!.....errmmmmm!.....tak tau lah....". Bukan apa, sebab aku nih bukan jenis BRAND-MANIAC sangat, paling tidak aku akan jawab, Olympus, Lumix, Pentax, Sony pon OK jugak.

Tak kisahlah anda beli dan pakai kamera jenama apa pun, yang penting, kata Mat Granger, "GET YOUR GEAR OUT", dan satu lagi kata-kata daripada Chase Jarvis, "THE BEST CAMERA IS THE ONE THAT'S WITH YOU".

Kat bawah ni ada sedikit gambar hasil outing ngan orang kedah, tiada apa-apa yang special, hanya gambar bunga dan pemandangan, enjoy.



Sohaimi Jeniang beraksi

Rabu, 22 Januari 2014

SESI MELEPASKAN STRESS: FOTO ALAM SEMULA JADI

Wow! lama gila tak update blog. Bila dah sibuk bekerja memang inilah makan dia! Apa-apa pun, semenjak dua menjak nih aku cuba mencari masa untuk melepaskan stress melalui salah satu hobi aku iaitu, fotografi. Memandangkan aku baru tukar gear fotografi aku, jadi dengan rasa gembiranya, aku dapat melaksanakan hobi aku itu yang aku kira hampir sebulan lebih jugak lah tidak terlaksana.

Sedikit maklumat mengenai kamera dan lens yang aku pakai, kedua-duanya baru diangkat daripada trusted seller, melalui laman sesawang lowyat forum garagesale, dan mudah.my. kamera yang aku guna ialah Canon 600D, dan lens pula, Canon EF 28-135 f3.5/5.6  IS USM.

Kombinasi kedua-dua lens dan kamera ini, sememangnya lebih memuaskan berbanding menggunakan kombinasi kitlens EF-S 18-55, walaupun kehilangan sedikit keluasan sudut pandang, yakni 28mm berbanding 18mm, aku rasa untuk setakat ini, bukanlah faktor yang besar yang perlu dirisaukan. seperti salah seorang senior aku yang juga menggunakan lens yang bermula dengan 28mm, dan untuk pengetahuan, setakat ni, dalam sebulan mesti ada sahaja yang panggil dia untuk ambil gambar majlis perkahwinan, dan dia mampu bertahan selama 3 tahun sejak daripada dia mula-mula membeli lens tersebut.

Kat bawah ni ada sedikit gambar semasa sesi melepaskan stress, lokasinya di UPM Serdang, belakang Kolej Pendeta Za'ba. Enjoy...