Halaman

GMOYZSTUDIO

Selasa, 4 Februari 2014

REUNION S.K. KETING 1997/ 2002 KALI KE-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali nih, nak kongsi sedikit mengenai budak-budak Sekolah Kebangsaan Keting batch 1997/ 2002. Cerita ini bermula dengan konflik! Yep, setelah tamat darjah enam, aku telah terbuang dari kampung dek kerana dihantar belajar ke tempat yang sedikit jauh dari kampung, tambahan pula terpaksa tinggal di asrama. Jadi hubungan persahabatan antara kawan-kawan aku dengan aku ketika di seklolah rendah renggang sedikit. Tatkala balik kampung bercuti, aku hanya sekadar melambai dan tersengih sekiranya terserempak dengan mereka.

Reunion pertama ketika, Hari Raya Aidilfitri, September 2011, di halaman Sekolah Kebangsaan Keting

Reunion kali kedua, pada Ogos 2012, di Pantai Melawi

Asalnya, ketika di darjah enam boleh dikatakan masing-masing berkawan rapat. Walaupun terdapat dua kelas yang memisahkan kesemuanya, Kelas Amanah & Kelas Ikhlas. Namun dek kerana tinggal sekampung, masing-masing ibarat adik beradik. Di pihak aku pula, seperti yang telah diterangkan, aku sedikit terasa kehilangan, walaupun mendapat kawan-kawan baru di tempat baru.

Reunion kali ke 3, pada Februari 2013, di Lata Tembakah


Rutin melambai dan tersenyum tatkala terserempak dengan kawan-kawan aku ketika di seklolah rendah di kampung berterusan sehinggalah aku masuk ke IPT. Sehinggalah satu masa di mana laman sosial Facebook menjadi kegilaan masyarakat, terdetik dihati ingin menubuhkan sebuah group untuk mengumpulkan semula budak-budak Sekolah Kebangsaan Keting batch 1997/ 2002. Jadi, pada tahun 2011, tertubuhlah group Facebook yang mengumpulkan budak-budak Sekolah Kebangsaan Keting batch 1997/ 2002.

Reunion kali ke 4, pada Ogos 2013, di Pantai Melawi

Setelah lebih kurang 3 tahun group ini ditubuhkan, 43 orang ahli telah terkumpul, yang mana mewakili hampir kesemua jumlah budak-budak Sekolah Kebangsaan Keting batch 1997/ 2002. Dengan tertubuhnya group ini, maka tiada lagi rutin melambai dan tersenyum tatkala terserempak dengan mereka, kerana setiap tahun akan diadakan majlis reunion, dan kadang-kadang dalam setahun 2 kali diadakan. Dari sinilah terbentuk semula hubungan persahabatan yang diharapakan akan berkekalan sehingga ke akhirnya.

Gambar-gambar yang terselit antara perenggan di atas ialah gambar-gambar aktiviti reunionsebelum ini, dan kat bawah nih ada sedikit gambar ketika aktiviti reunion kali ke-5, yang terbaru, yang diadakan di Pantai Melawi. Bye.

Ajmal, controll machoo!

Faiz, Pantai Melawi, Peace Yo!

Wadi, sengihan menggoda!

Apih, tengah kutip buah limau!

Dari kiri, Ani, Fatin, Mida, Surita, Wani, Azlin, dan Awek Sofian Aseri!

Ralik berborak-borak, ayam tak masak-masak!

Didi, hensem sungguh abang nih!

Fatin dan Hasmida muka baru untuk Reunion kali nih!

Wadi dan belon terpisah tiada!

Wadi, Apih, Bergurau-senda!

Nasi Lemak + Ayam Bakar.....SODAP!

REUNION THE MOVIE 5


APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan