Jadi ilmu yang hendak saya kongsi kepada pembaca pada hari ini adalah padahnya bila kita kurang ilmu, terutamanya ilmu agama.
"PU Fakhrul bercerita mengenai sepasangan suami isteri yang mempunyai 3 orang anak yang mana si suami itu tidak pernah menjadi imam sepanjang mereka hidup bersama. Apa yang menariknya mengenai si suami ini, dia menghantar kesemua anak-anaknya ke sekolah agama sehinggalah anak-anak nya itu berjaya dalam bidang agama yang masing-masing belajar sehingga ke luar negara. Sehinggalah satu masa di mana bila anak-anaknya yang sudah besar itu semua sekali ada di rumah dan seraya bertanyakan kepada ibu mereka, mengapa bapa mereka tidak pernah mengimamkan solat. Jadi si ibu segera memberitahu si bapa akan persolan anak-anak mereka itu, terus si bapa rasa tercabar dan kemudian dia bersetuju untuk menjadi imam atas persoalan yang ditimbulkan oleh anak-anaknya itu.
Bila subuh menjelang, si ibu terus mengejutkan si bapa dari tidurnya agar tidak lupa akan janjinya semalam iaitu untuk mengimami solat. Dalam pada itu, si ibu yang selama ini tidak pernah sembahyang berimamkan si bapa merasa begitu teruja sekali. Sesudah mandi dan mengambil wudu', si bapa dengan ego berjalan ke tempat sembahyang seraya menyuruh salah seorang anaknya qamat, dan salah seorang anaknya yakni yang belajar di Pakistan menyahut seruan bapanya itu dengan laungan qamat dalam loghat Pakistan. Selepas itu, terus si bapa mengangkat takbir, dan kemudiannya diikuti dengan bacaan al-Fatihah yang merdu, si ibu yang berada di belakang terkedu mendengar kemampuan si bapa membaca dengan begitu bagus, anak-anaknya turut sama kagum. Setelah selesai al-Fatihah yang disudahi dengan lafaz 'amin', si ibu mula kebingungan tatkala ingin melafazkan 'amin' bersama-sama, ini adalah kerana dia teringatkan bahawa si bapa itu namanya amin, dan di dalam kepalanya teringat-ingat akan kebiasaannya dia memanggil si bapanya itu dengan gelaran 'abang', lain pula ceritanya dengan si anak-anaknya itu yang sudah pasti biasa memanggil bapanya itu dengan gelaran 'ayah'. jadi tatkala sibapa melafazkan 'amin' si ibu dan si anak seraya melafazkan 'abang' dan 'ayah' setelah selesai membaca al-Fatihah.Cerita ini tidak habis disitu, apabila tiba masa untuk membaca doa qunut, si bapa mula menggelabah kerana tidak ingat kesemua doa tersebut. Jadi ketika doa tersebut dibaca dengan tidak semena-mena doa makan pulak yang terpacul."
Begitulah serba sedikit cerita yang diceritakan oleh PU Fakhrul. Kesahihan cerita ini tidak diketahui sama ada benar atau tidak, mungkin hanya sekadar cerita selingan daripada beliau yang ingin menunjukkan apakah yang akan berlaku bila kita tidak mengambil berat akan tanggungjawab menuntut ilmu, tambahan pula ilmu-ilmu yang wajib kita pelajari seperti ilmu untuk solat, membaca al-Quran, berpuasa dan macam-macam lagi.
Akhir kata saya selitkan sedikit gambar-gamabr ketika majlis tersebut berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan