Entry kali nih sungguh terkini dan sensasi macam TV3.
Cuaca yang panas kebelakangan ini membuatkan hari aku sedikit teruji, namun begitu, apa yang lebih menguji sifat aku sebagai manusia biasa ialah KEPANASAN BERITA TV 3. Stesen Televisyen TV 3 yang dikatakan stesen tv no 1 di Malaysia telah memaparkan berita yang agak panas selepas berita tersebut sejuk untuk beberapa ketika sejak mula disebarkan beberapa bulan yang lalu.
Apa sebenarnya motif Buletin Utama TV 3 menyiarkan berita panas tersebut.Ataupun diorang mendapat arahan daripada PIHAK ATASAN. Siapa tahu. Aku pun tak tahu.
Seingat aku TV 3 nih kalau masuk bab2 lucah diorang sensor apa yang patut, contohnya masa buat terjahan kat premis2 pelacuran, muka2 pelacur bukan main blur gila sensor dia. Tapi video yang disiarkan kali ini dan yang sebelum ini tidak pula disensor.
Jadi dengan berat hatinya aku mengutuk Stesen TV3 sebab tujuan diorang menyiarkan berita ini adalah semata2 untuk MENGAIBKAN SESEORANG.
Apa nih TV3, menyesal aku tengok siaran2 korang sampai sekarang, hampeh, katanya stesen no.1 Malaysia. Kalau korang benci sangat kat orang tuh tak payahlah nak aibkan dia sampai macam tuh skali. Korang tunggulah balasan Allah S.W.T...Kalau bukan sekarang mungkin kat akhirat nanti.
p/s:Ini sedutan Buletin Utama yang aku maksudkan tuh: Berita Panas
Aku cuba untuk tidak menyebut nama2 yang terlibat, korang yang membaca paham2 lah sendiri ye, dan rasanya klu tak tengok klip video kat link yang aku bagi kat atas tuh korang pun dah dapat tangkap siapa yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan