Korang fikir sendirilah perangai2 negatif tuh, sebab aku rasa kalau korang yang tak merokok dan ada kawan yang korang kenal sebelum mereka menjadi perokok, korang boleh meneka sebiji2 perangai negatif diorang yang muncul SEPERTI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN.
Bukan aku ingin mengatakan bahawa aku tidak menyukai perokok, tapi aku tidak menyukai perangai diorang, dan antara perokok2 dibawah pemerhatian aku ialah kawan2 aku sendiri dan juga termasuk ahli keluarga aku sendiri. Ramai kawan2 aku yang dahulunya tidak merokok tidak mempunyai perangai negatif. Namun selepas terjerumus ke dalam kancah PEROKOKAN, perangai negatif mereka tiba2 muncul. Sedar atau tidak sedar tugas kita adalah untuk menyedarkan perokok2 tegar ini.
Stress, boring, adalh alasan semata-mata untuk memulakan kehidupan sebagai perokok. Merokok boleh menghilangkan stress, boring dan lain2???? OMG.
Disini aku ingin menyatakan bahawa aku mengutuk perangai2 negatif perokok2 tegar. Mungkin dengan menyedari bahawa merokok nih hanya membawa kepada KENEGATIFAN semata-mata, perokok2 di luar sana dapat berhenti daripada merokok.
Amaran daripada NON-SMOKERS kepada SMOKERS, MEROKOK membahayakan diri anda dan orang lain.
(p/s: Amaran kerajaan tak leh pakai dah)
Mungkin perokok2 tidak akan menyukai untuk membaca entry ini, tapi ADA AKU KESAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan