Halaman

GMOYZSTUDIO

Rabu, 22 Jun 2011

ISTIMEWA

3 minggu lepas aku mula bekerja kat McD Semenyih, tapi hari ini aku nak buat entry pasal kerja aku nih, sebab 3 minggu sebelum nih takde sesuatu yang ISTIMEWA yang menarik perhatian aku untuk menulis blog berkenaan kerja aku.

Kelmarin aku dipertemukan dengan hamba Allah yang sangat ISTIMEWA. Beliau merupakan seorang yang cacat pendengaran dan bisu. Jujurnya, inilah kali pertama aku berkomunikasi secara face-to-face dengan seorang yang berkeadaan sedemikian.


Dia baru sahaja diterima untuk bekerja di McD Semenyih kelmarin, dan aku SALUTE McD sebab sanggup terima dia untuk bekerja disitu. Aku juga menSALUTE beliau sebab mempunyai semangat untuk bekerja.
Aku harap beliau akan bekerja untuk masa yang lama di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan