Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 21 Mei 2011

Review: Maharaja Lawak Minggu 8

TERBAIK, Itu sahaja yg mampu aku katakan untuk Maharaja Lawak minggu ke-8, aku kategorikan sebagai minggu terbaik dari minggu2 yang lain, mungkin sebab Amir dah keluar kot, kih kih kih!!! jahat sungguh aku cakap camtuh, tapi ada betulnya jugak rasanya. Ataupun mungkin disebabkan undi masuk semula yang telah dimenangi oleh R2. Tahniah R2.

Layan ramai2 kat kedai semalam membuatkan keadaan sungguh meriah dengan gelak ketawa. Huih, memang aku tak nafikan lah persembahan2 yang ditunjukkan oleh peserta2 Maharaja Lawak memang 1st class, terutamanya Jambu, Jozan dan Sepah. Ketiga-tiga kumpulan ini mempersembahkan lawak yang terbaik dari kalangan peserta lain.

  1. Peserta pertama yang membuat persembahan adalah Nabil yang mempersembahkan Stand Up Comedynya yang menjadi trademarknya. Mungkin disebabkan topiknya kurang menyangkut menyebabkan persembahannya mendapat sorakan yang sedang2 sahaja. Kejap ada gelak kejap takde. Tapi all teh best untuk dia sebab bukan senang nak wat cam dia tuh. Daripada 5 bintang aku bagi 3.5 bintang.
    Persembahan Nabil.

  2. Jambu pula membuat persembahan mereka dengan membawa topik yang FUTURISTIK skit katakan. Mereka seperti biasa berpakaian merah jambu yang menjadi warna tema mereka sejak minggu pertama lagi. Persembahan mereka mendapat pujian daripada Ahmad Idham sebagai pengkritik. Mereka mengekalkan kesinambungan lawak mereka dari minggu ke minggu, dan Jambu juga adalah salah satu peserta favourite aku untuk memenangi takhta Maharaja Lawak. Untuk persembahan mereka aku bagi 4.5 bintang.
    Persembahan Jambu.

  3. Jozan, peserta TERfavourite aku. Setiap minggu mereka cuba membawa satu lawak jenaka yang lain dari yang lain, dan mereka berjaya membawa lawak mereka pada minggu ini dengan jayanya. Dari mula persembahan hingga akhir persembahan, penonton tak henti2 ketawa punchline demi punchline dikeluarkan. Dengan ini aku bagi 4.5 bintang jugak untuk mereka.
    Persembahan Jozan.

  4. R2, peserta yang berjaya masuk semula melalui undi masuk. Mereka tidak mengecewakan pengundi2 yang mengundi masuk mereka semula dengan mepersembahkan lawak yang agak menjadi. mereka membawa scene seorang pemuda sedang menuggu bas dan ditegur oleh orang kurang siuman. Punchline yang mereka bawa menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk memenangi takhta Maharaja Lawak walaupun setelah tersingkir dan diundi masuk semula. Untuk persembahan mereka aku beri 4 bintang.
    Persembahan R2.

  5. Sepah, apa aku nak kata ek, bagi aku, TERBAIK. Persembahan yang TERBAIK untuk minggu ke-8. Sorry Jozan. Membawa persembahan lawak tradisi orang2 melayu yang aku kira sangat menjadi. Mendapat pujian daripada Apek sebagai juri. Untuk ini, aku bagi 5 bintang.
    Persembahan Sepah.

  6. Man, peserta yang tidak kurang hebatnya, namun pada minggu ini Man tersingkir. Lawaknya menjadi, cuma topik yang dibawa agak KLISE, jadi juri Ahmad Idham kurang menyukai persembahannya kerana kurang isi. Walaupun Man tersingkir aku bagi jugak bintang sebanyak 3 bintang..
    Persembahan Man

  7. Balas, peserta yang agak panas dengan topik2 yang mereka bawa setiap minggu, begitu juga untuk minggu ini, mereka seakan-akan tidak boleh membuang part2 panas dalam lawak mereka. Walaupun mendapat banyak kritikan daripada juri supaya mengurangkan part2 panas tersebut, namun Balas tetap dengan identiti mereka. Untuk persembahan balas aku bagi 4 bintang.
    Persembahan Balas.

Jadi itu sahaja untuk review Maharaja lawak minggu 8. Aku terfikir untuk buat review pada minggu ini kerana minggu ini adalah minggu yang terbaik sejak bermulanya maharaja lawak minggu pertama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan