Entry kali nih agak lain sikit dari entry2 yang pernah aku tulis. Aku agak bengang ngan sikap penonton kat studio tuh, takde rasa hormat langsung kat peserta2 sejak kebelakangan ini. Memang betul sesetengah peserta tuh memang lawaknya kurang bagus, dalam erti kata lain tak menjadi, tapi, janganlah anda (penonton kat studio) sesuka hati anda melaungkan ketidakpuasan hati anda masa orang tengah perform, ingat, bukan anda sorang yang tengok kat studio tuh, anda ingat penonton kat sebelah kiri, kanan, hadan dan belakang anda suka dengan kelakuan anda yang tak berapa MATURED tuh.
Bukan nak menghalang anda dari menunjukkan rasa tidak puas hati, tetapi, cuba fikir2kan lah orang lain yang menonton rancangan ini, termasuk aku sendiri, cuba kalau anda yang berada kat atas pentas dan penonton2 bersikap macam anda, mesti anda rasa TERUJA untuk melempar sesuatu kat penonton kan.
Anda mungkin kata:
"Aku bayar tiket kot nak masuk tengok persembahan lawak dan nak gelak sampai pecah perot"
Aku kata:
Ya, anda memang bayar tiket nak tengok dan gelak , tapi apa yang anda buat tuh "TENGOK" dan "GELAK" ker. Aku dan seluruh rakyat malaysia pun bayar gak nak tengok siaran TV Astro tuh, tapi AKU RASA yang tengok depan TV nih lebih BEHAVE lagi daripada penonton studio.
Apa2 pun anda pikir lah sendiri ek, jangan sampai penerbit rancangan Maharaja Lawak tuh panggil GUARD usung anda keluar dari studio tuh. Kelakuan anda hanya merosakkan kualiti rancangan Maharaja Lawak. Aku pun tak berapa suka kat peserta2 yang tidak berjaya menghasilkan lawak2 yang bagus, tapi aku takde lah nak melaungkan ungkapan2 yang mengganggu konsentrasi peserta dan penonton lain, yelah kalau aku laungkan pun, orang kat dalam TV tuh bukannya dengar pun...
(P/S: kepada penonton studio yang BEHAVE tuh Alhamdulillah jangan jadi macam orang sebelah-sebelah anda)
ader jugop ak perasan nak2 time persembahan amir tp bukan amiruddin..i'm sorry.....
BalasPadam