Halaman

GMOYZSTUDIO

Ahad, 29 Mei 2011

MAN UTD NEWS: BARCELONA TERLALU HEBAT


Manchaster United yang baru sahaja menjuarai Liga Perdana Inggeris tidak mampu menyekat kehebatan Barcelona dalam usaha untuk mencari kejayaan berganda.

Pada separuh masa pertama Man Utd seperti tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Barcelona yang mendahului jaringan gol daripada Pedro yang kemudiannya disambut dengan jaringan balas daripada Wayne Rooney. Kedua-dua kelab menunjukkan kehebatan masing2 dengan mengatur serangan demi serangan ke atas gawang lawan masing2. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seri 1-1.

Namun, separuh masa kedua menjadi penentu juara sebenar apabila Barcelona membuka jaringan daripada Lionel Messi, dan kemudiannya diteruskan kesinambungannya oleh David Villa. Man Utd nampak seperti tidak mampu bertahan dengan serangan demi serangan yang dibuat oleh Barcelona. Barcelona menguasai saingan pada separuh masa kedua.

Wisel Penamat dibunyikan oleh pengadil selepas masa tambahan selama 4 minit habis dan Barcelona sekali lagi menjadi juara untuk Piala Liga Juara2 Eropah untuk tahun ini.

Rooney (34') Manchaster United 1:3 Barcelona Pedro(27') Messi (54') Villa (69')

Tahniah kepada Barcelona.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan