Halaman

GMOYZSTUDIO

Jumaat, 27 Mei 2011

PIALA SUDIRMAN: MALAYSIA TERSINGKIR LAGI


Sekali lagi Malaysia gagal membawa pulang Piala Sudirman untuk pertama kalinya . Sejak mula2 diperkenalkan pada tahun 1989, sehingga sekarang hanya China, Indonesia dan Korea Selatan sahaja yang pernah membawa pulang trofi tersebut ke negara masing2 sebagai juara. China adalah negara yang paling banyak memenangi Piala Sudirman iaitu sebanyak 7 kali, manakala Korea Selatan 3 kali dan Indonesia hanya 1 kali.

Kegagalan pada tahun ini, dan juga pada tahun2 sebelum ini menunjukkan Malaysia agak lemah dalam Badminton untuk kategori berkumpulan jika dibandingkan dengan ketiga-tiga negara yang pernah memenangi Piala Sudirman.

Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia mempunyai pemain no.1 dunia bagi perseorangan lelaki iaitu Datuk Lee Chong Wei dan untuk beregu lelaki, kita mempunyai tiga pasangan yang berada dalam 10 terbaik dunia iaitu Koo Kien Keat & Tan Boon Heong (3), Zakry Latif & Hoon Thien How (9), dan Fairuzizuan Tazari & Ong Soon Hock (10). Namun itu semua pemain2 lelaki, pemain2 wanita kita agak pula agak terkebelakang berbanding pemain2 lelaki.

(Untuk Ranking Dunia bagi setiap kategori, anda bolehlah klik link ini: Ranking BWF .)

Apa yang perlu diperhatikan oleh BAM adalah pemain2 Wanita kita. Bukan ingin mengatakan pemain2 wanita kita lemah, tapi BAM hendaklah memberi lebih perhatian kepada pemain2 wanita kita.

Berikut adalah keputusan Malaysia sepanjang Piala Sudirman 2011 berlangsung:
Sekadar memberi pendapat, tiada niat untuk menjatuhkan semangat pemain2 negara dan juga penyokong2 Malaysia. Malaysia Boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan