Halaman

GMOYZSTUDIO

Selasa, 31 Mei 2011

CERITA ARTIS: SALIH & YANG KE-4


Ya, yang ke-4. Salih Yaacob dan Samihah Sheikh Ali berjaya diijabkabulkan.
Bukan senang nak jumpa orang yang berpoligami macam Salih nih,
kehidupannya bahagia disamping isteri2 nya yang tercinta,
Moga2 jodohnya bersama isteri ke-4 nya itu berkekalan,
sehingga akhir hayat.

Klik link ini unutk baca berita selanjutnya:

MAN UTD NEWS: JERSI BARU MAN UTD

Assalamualaikum semua, kepada peminat2 Manchaster United kat luar sana, jersi baru Man Utd telah pun dikeluarkan secara rasmi. Cuma kat Malaysia rasanya takde lagi kot. Ini adalah Home Kit Man Utd untuk season 2011/2012.

Untuk mengexplore secara lebih mendalam anda bolehlah ke link ini: Jersi baru Man Utd

Pandangan:
Design nampak OK, tapi jujurnya, aku lebih suka yang ada kolar.
Hahaha, tak kisahlah.

Glory Glory Manchaster United, walaupun bru kalah ngan Barcelona, tapi takpe, dah menang EPL pon OK dah.


Aku nih bukannya DIE HARD FAN sgt pun kat MU nih, tapi dah memang aku minat kat diorang, nak wat camner. Mungkin sebab dia warna merah kot, bukan UMNO ek, tapi KELANTAN THE RED WORRIOR.

Jom Join Bloglist Jamaluddin.net

Well, it is obvious from header and the entry title.

It is a contest from jamaluddin.net,
you can check out the prizes on jamaluddin.net,
There are pretty interesting prizes.

It means a lot for me to enter this contest as my blog aren't so jam packed with the visitors,
I updated my blog quite often,
And i'm going to update it as often as I can,
I'm hoping to really win this contest,
Well, if I couldn't, at least I try though.

For the bloggers out there,
You can try entering this contest,
Just visit jamaluddin.net,
And you can read about this contest.

HAVE A NICE DAY.

Ahad, 29 Mei 2011

MAN UTD NEWS: BARCELONA TERLALU HEBAT


Manchaster United yang baru sahaja menjuarai Liga Perdana Inggeris tidak mampu menyekat kehebatan Barcelona dalam usaha untuk mencari kejayaan berganda.

Pada separuh masa pertama Man Utd seperti tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Barcelona yang mendahului jaringan gol daripada Pedro yang kemudiannya disambut dengan jaringan balas daripada Wayne Rooney. Kedua-dua kelab menunjukkan kehebatan masing2 dengan mengatur serangan demi serangan ke atas gawang lawan masing2. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seri 1-1.

Namun, separuh masa kedua menjadi penentu juara sebenar apabila Barcelona membuka jaringan daripada Lionel Messi, dan kemudiannya diteruskan kesinambungannya oleh David Villa. Man Utd nampak seperti tidak mampu bertahan dengan serangan demi serangan yang dibuat oleh Barcelona. Barcelona menguasai saingan pada separuh masa kedua.

Wisel Penamat dibunyikan oleh pengadil selepas masa tambahan selama 4 minit habis dan Barcelona sekali lagi menjadi juara untuk Piala Liga Juara2 Eropah untuk tahun ini.

Rooney (34') Manchaster United 1:3 Barcelona Pedro(27') Messi (54') Villa (69')

Tahniah kepada Barcelona.

Jumaat, 27 Mei 2011

MAN UTD NEWS: GARY NEVILLE BERSARA


Perlawanan persahabatan antara Man Utd dan Juventus pada 24/5/2011 menjadi perlawanan terakhir untuk pemain Man. Utd. Gary Neville yang merupakan pemain yang tidak pernah bersama kelab bola sepak lain selain Man. Utd. Dia merupakan pemain terlama untuk Man. Utd selepas Ryan Giggs.
Dia memulakan kerier profesional bola sepaknya bersama Man Utd pada tahun 1992 sehingga 2011. Memegang peranan sebagai Bek Kanan, dia adalah salah seorang pemain pertahan terbaik yang pernah Man Utd ada.


GLORY! GLORY! MANCHASTER UNITED




Profil Gary Neville:
Info peribadi:
Nama PenuhGary Alexander Neville
Tarikh Lahir18 Februari 1975 (umur 36)
Tempat lahirBury, Greater Manchester, England
Tinggi5 ft 11 in (1.80 m)
PosisiBek Kanan
Karier awal
1991–1992Manchester United
Karier Profesional
TahunKelabpenampilanGol
1992–2011Manchester United400(5)
Pasukan Nasional
1995–2007England85(0)

(P/S: KLIK LINK INI UNTUK MENONTON VIDEO YOU TUBE MAN UTD VS JUVENTUS)

PIALA SUDIRMAN: MALAYSIA TERSINGKIR LAGI


Sekali lagi Malaysia gagal membawa pulang Piala Sudirman untuk pertama kalinya . Sejak mula2 diperkenalkan pada tahun 1989, sehingga sekarang hanya China, Indonesia dan Korea Selatan sahaja yang pernah membawa pulang trofi tersebut ke negara masing2 sebagai juara. China adalah negara yang paling banyak memenangi Piala Sudirman iaitu sebanyak 7 kali, manakala Korea Selatan 3 kali dan Indonesia hanya 1 kali.

Kegagalan pada tahun ini, dan juga pada tahun2 sebelum ini menunjukkan Malaysia agak lemah dalam Badminton untuk kategori berkumpulan jika dibandingkan dengan ketiga-tiga negara yang pernah memenangi Piala Sudirman.

Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia mempunyai pemain no.1 dunia bagi perseorangan lelaki iaitu Datuk Lee Chong Wei dan untuk beregu lelaki, kita mempunyai tiga pasangan yang berada dalam 10 terbaik dunia iaitu Koo Kien Keat & Tan Boon Heong (3), Zakry Latif & Hoon Thien How (9), dan Fairuzizuan Tazari & Ong Soon Hock (10). Namun itu semua pemain2 lelaki, pemain2 wanita kita agak pula agak terkebelakang berbanding pemain2 lelaki.

(Untuk Ranking Dunia bagi setiap kategori, anda bolehlah klik link ini: Ranking BWF .)

Apa yang perlu diperhatikan oleh BAM adalah pemain2 Wanita kita. Bukan ingin mengatakan pemain2 wanita kita lemah, tapi BAM hendaklah memberi lebih perhatian kepada pemain2 wanita kita.

Berikut adalah keputusan Malaysia sepanjang Piala Sudirman 2011 berlangsung:
Sekadar memberi pendapat, tiada niat untuk menjatuhkan semangat pemain2 negara dan juga penyokong2 Malaysia. Malaysia Boleh.

CAMERA: Panasonic Lumix G3

Small, Cute, Catchy, the new rumored Panasonic Lumix G3, it is said to be released during the Olympic next year. The new generation camera that have been introduced by Panasonic. A micro four-third system camera, It is the predecessor of the Lumix G10 and G2 from the Lumix G Micro System family.

I like this Camera.

check out the specification here: Panasonic Lumix G3 Spec.

check out the video review on You Tube: Panasonic Lumix G3 video review


Sabtu, 21 Mei 2011

Review: Maharaja Lawak Minggu 8

TERBAIK, Itu sahaja yg mampu aku katakan untuk Maharaja Lawak minggu ke-8, aku kategorikan sebagai minggu terbaik dari minggu2 yang lain, mungkin sebab Amir dah keluar kot, kih kih kih!!! jahat sungguh aku cakap camtuh, tapi ada betulnya jugak rasanya. Ataupun mungkin disebabkan undi masuk semula yang telah dimenangi oleh R2. Tahniah R2.

Layan ramai2 kat kedai semalam membuatkan keadaan sungguh meriah dengan gelak ketawa. Huih, memang aku tak nafikan lah persembahan2 yang ditunjukkan oleh peserta2 Maharaja Lawak memang 1st class, terutamanya Jambu, Jozan dan Sepah. Ketiga-tiga kumpulan ini mempersembahkan lawak yang terbaik dari kalangan peserta lain.

  1. Peserta pertama yang membuat persembahan adalah Nabil yang mempersembahkan Stand Up Comedynya yang menjadi trademarknya. Mungkin disebabkan topiknya kurang menyangkut menyebabkan persembahannya mendapat sorakan yang sedang2 sahaja. Kejap ada gelak kejap takde. Tapi all teh best untuk dia sebab bukan senang nak wat cam dia tuh. Daripada 5 bintang aku bagi 3.5 bintang.
    Persembahan Nabil.

  2. Jambu pula membuat persembahan mereka dengan membawa topik yang FUTURISTIK skit katakan. Mereka seperti biasa berpakaian merah jambu yang menjadi warna tema mereka sejak minggu pertama lagi. Persembahan mereka mendapat pujian daripada Ahmad Idham sebagai pengkritik. Mereka mengekalkan kesinambungan lawak mereka dari minggu ke minggu, dan Jambu juga adalah salah satu peserta favourite aku untuk memenangi takhta Maharaja Lawak. Untuk persembahan mereka aku bagi 4.5 bintang.
    Persembahan Jambu.

  3. Jozan, peserta TERfavourite aku. Setiap minggu mereka cuba membawa satu lawak jenaka yang lain dari yang lain, dan mereka berjaya membawa lawak mereka pada minggu ini dengan jayanya. Dari mula persembahan hingga akhir persembahan, penonton tak henti2 ketawa punchline demi punchline dikeluarkan. Dengan ini aku bagi 4.5 bintang jugak untuk mereka.
    Persembahan Jozan.

  4. R2, peserta yang berjaya masuk semula melalui undi masuk. Mereka tidak mengecewakan pengundi2 yang mengundi masuk mereka semula dengan mepersembahkan lawak yang agak menjadi. mereka membawa scene seorang pemuda sedang menuggu bas dan ditegur oleh orang kurang siuman. Punchline yang mereka bawa menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk memenangi takhta Maharaja Lawak walaupun setelah tersingkir dan diundi masuk semula. Untuk persembahan mereka aku beri 4 bintang.
    Persembahan R2.

  5. Sepah, apa aku nak kata ek, bagi aku, TERBAIK. Persembahan yang TERBAIK untuk minggu ke-8. Sorry Jozan. Membawa persembahan lawak tradisi orang2 melayu yang aku kira sangat menjadi. Mendapat pujian daripada Apek sebagai juri. Untuk ini, aku bagi 5 bintang.
    Persembahan Sepah.

  6. Man, peserta yang tidak kurang hebatnya, namun pada minggu ini Man tersingkir. Lawaknya menjadi, cuma topik yang dibawa agak KLISE, jadi juri Ahmad Idham kurang menyukai persembahannya kerana kurang isi. Walaupun Man tersingkir aku bagi jugak bintang sebanyak 3 bintang..
    Persembahan Man

  7. Balas, peserta yang agak panas dengan topik2 yang mereka bawa setiap minggu, begitu juga untuk minggu ini, mereka seakan-akan tidak boleh membuang part2 panas dalam lawak mereka. Walaupun mendapat banyak kritikan daripada juri supaya mengurangkan part2 panas tersebut, namun Balas tetap dengan identiti mereka. Untuk persembahan balas aku bagi 4 bintang.
    Persembahan Balas.

Jadi itu sahaja untuk review Maharaja lawak minggu 8. Aku terfikir untuk buat review pada minggu ini kerana minggu ini adalah minggu yang terbaik sejak bermulanya maharaja lawak minggu pertama.


Rabu, 18 Mei 2011

Maharaja Lawak: Penonton Studio Jadi Maharaja


Entry kali nih agak lain sikit dari entry2 yang pernah aku tulis. Aku agak bengang ngan sikap penonton kat studio tuh, takde rasa hormat langsung kat peserta2 sejak kebelakangan ini. Memang betul sesetengah peserta tuh memang lawaknya kurang bagus, dalam erti kata lain tak menjadi, tapi, janganlah anda (penonton kat studio) sesuka hati anda melaungkan ketidakpuasan hati anda masa orang tengah perform, ingat, bukan anda sorang yang tengok kat studio tuh, anda ingat penonton kat sebelah kiri, kanan, hadan dan belakang anda suka dengan kelakuan anda yang tak berapa MATURED tuh.
Bukan nak menghalang anda dari menunjukkan rasa tidak puas hati, tetapi, cuba fikir2kan lah orang lain yang menonton rancangan ini, termasuk aku sendiri, cuba kalau anda yang berada kat atas pentas dan penonton2 bersikap macam anda, mesti anda rasa TERUJA untuk melempar sesuatu kat penonton kan.

Anda mungkin kata:
"Aku bayar tiket kot nak masuk tengok persembahan lawak dan nak gelak sampai pecah perot"

Aku kata:
Ya, anda memang bayar tiket nak tengok dan gelak , tapi apa yang anda buat tuh "TENGOK" dan "GELAK" ker. Aku dan seluruh rakyat malaysia pun bayar gak nak tengok siaran TV Astro tuh, tapi AKU RASA yang tengok depan TV nih lebih BEHAVE lagi daripada penonton studio.

Apa2 pun anda pikir lah sendiri ek, jangan sampai penerbit rancangan Maharaja Lawak tuh panggil GUARD usung anda keluar dari studio tuh. Kelakuan anda hanya merosakkan kualiti rancangan Maharaja Lawak. Aku pun tak berapa suka kat peserta2 yang tidak berjaya menghasilkan lawak2 yang bagus, tapi aku takde lah nak melaungkan ungkapan2 yang mengganggu konsentrasi peserta dan penonton lain, yelah kalau aku laungkan pun, orang kat dalam TV tuh bukannya dengar pun...

(P/S: kepada penonton studio yang BEHAVE tuh Alhamdulillah jangan jadi macam orang sebelah-sebelah anda)

Isnin, 16 Mei 2011

Journey to Redang Island

SubhanAllah!!!
The beauty of Allah creation,

The wide open sea,

The smooth breezy beaches,

The unique creature,

The captivating scene,

It was so wonderful to witness such beauty panorama,
Hope it will be preserved for the next generation.

Isnin, 9 Mei 2011

Part Time Cameraman Seminggu Cuti

Semiggu cuti,
balik ke negeri Kelantan tercinta,
ingat boleh lepas gian nak mancing,
tanah kering hujan berminggu-minggu tak turun,
apa kaitan dengan tanah kering ngan mancing,
aku biasa guna umpan cacing,
jadi disebabkan tanah kering cacing pun kurang,
tambahan pula air kat sungai pun tak seberapa, ikan pun tak seberapa jugak,
memang tak kene time lah aku balik,
tapi takpe,
sekurang-kurangnya dapat jumpa ibu bapa sekeluarga TERCHINTA...
Tiba2,
ayah aku ajak pi tengok bola baling peringkat negeri kat SMK Tg. Mahmud Muhyidin,
kat Wakaf Baharu,
amik pukul 9(dari Kota Baharu) kat roundabout lepas SMK Wakaf Baharu,
dan tiba2 gak aku terjadi cameraman secara sukarelawan,
memang best (Mata ke atas, Tanagn ke bahu),
gelap sikit kulit aku yang dah gelap nih,
pepe pon aku enjoy tengok budak2 sekolah rendah main,
pelapes2 untuk pasukan kebangsaan InsyaAllah.
Yang paling best daerah Bachok (daerah aku) kategori perempuan bawah 12 tahun dpt juara,
sedikit gambar2 yang aku amik:









p/s: dapat baju sehelai...=)

Isnin, 2 Mei 2011

Panas: Artis Malaysia Panas dan Memanaskan

Hmmm...
Macam2 lah sekarang nih, isu video seks tak habis2 lagi...
Timbul pulak satu perosak bangsa yang lain...
Sape yang dimaksudkan tu?
Kalau kat Korea dipanggil K-Pop, kumpulan2 wanita SEKSA menyanyi dan berjoget
sambil menunjukkan bahagian yang tak perlu ditunjuk...
Sekarang kat Malaysia pun dah ada macam tuh, kalau tak percaya tengok lah gambar-gambar nih...

SEKSA gila pakai, pose2 pon agak MENYEKSAKAN mata memandang..
Aku rasalah orang2 yang uruskan industri hiburan tanah air nih kena sedar tatasusila
berpakaian bagi artis...
Kalau sebelum nih boleh je melarang artis2 dari HOLLYWOOD atau WOOD2 yang lain berpakaian sopan semasa buat persembahan kat Malaysia nih, tapi bila artis Malaysia pakai entah apa2, takde pulak sound diorang...
Takkan nak tunggu TSUNAMI landa Malaysia dulu baru nak buat hukum Allah macam kat Acheh tuh...
Aik!!!
Rasenyer dah landa beberapa tahun lepas...
Mungkin nak kene tunggu yang kuat lagi, sampai separuh Malaysia jer yang tinggal, 1 Malaysia jd 1/2Malaysia...
Aku taknak lah komen panjang2 pasal nih, kita ada otak kita pikir, yang mana baik, yang mana buruk!!!
Inikah idola2 anak2 muda?
Inikah kemajuan yang ingin dicapai?
Inikah 1 Malaysia?

Inilah Dunia Akhir Zaman!!!
(P/S:Kalau nak buat dosa jangan ajak orang, kalau nak buat pahala ajak2 lah orang)