Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 29 Disember 2011

Entry # 99

Wah, tak sangka dah 99 entry aku dah buat kat blog aku nih. Tahniah kepada aku (sambil menepuk bahu sendiri).

Sebenarnya aku saja jer nak post entry kali nih sebab nak suruh cepat sikit sampai ke post yang ke 100.
Wah (kali ke-2), da banyak jugak masa yang aku luangkan kat blog aku nih. Entah berapa kali aku tukar appearance blog aku neh. dan yang terbaru aku baru jer tukar header banner aku. Yang baru nih nampak lebih cool skit.

Kepada pemollow-pemollow yang sudi memollow blog aku nih, terima kasih banyak-banyak, dan kepada yang tak memollowkan diri tapi sekadar menjengah sahaja pun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Nantikan entry yang ke 100. Aku pun tak tahu lah nak buat entry pasal apa, tapi yang pasti akan ada gambar. Gambar apa, kita sama-sama nantikan.

Kalau yang tertanya-tanya, kenapa aku lebih suka letak gambar kat blog berbanding facebook, sebab, tangan aku yang bikin, ikut suka aku la..hahaha..gurau je.. Mungkin takde sebab kot kenapa aku berbuat demikian.

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

My Whishlist #2- PenOgraphy


Rabu, 28 Disember 2011

PAKAT MAI SINI

Ini adalah kesinambungan daripada lawatan ke Kedah aku hujung minggu lepas.
Mak sdara aku yang ajak aku pi jalan-jalan kat Pinang.
(cover, padahal aku yang nak jalan-jalan)
Yela, hujung tahun kan biasa Pinang ada Pesta,
Jadi, nak try pi la sana,
cari pa da kat situ.
mana la tau jumpa calon menantu ka,
sapa tau.
kan ramai pengunjung kt situ.
Ada la sikit sesi joli menjoli, tak banyak.
Ini sedikit gambar-gambar ketika pesta,
dan
gambar-gambar pusing Pinang.
Selamat meng-enjoy-kan diri dengan gambar-gambar kat bawah ek..=)

Ahad, 25 Disember 2011

Pi Kedah

Semalam aku pi Kedah negeri jelapang padi, pi sana sebab sepupu aku kahwin.
Orang Kelantan kahwin ngan orang Kedah.
Loghat Kelantan + Loghat Kedah.
Bobolit la lidoh eko jang oi.
haaa,
tubik doh keh tuh loghat nogoghi.
Cakap pasal loghat nih,
selepas abis main kat kenduri kahwin sepupu aku
My FaMo(disebut FaMa, singkatan Father Mother),
mengajak kami-kami (kesalahan tatabahasa),
pi ke Megat Dewa, Jitra, rumah pak sedara datuk belah mak aku.
ha, dah bau-bau bacan dah tu,
aku pun tak pernah sampai kat sana lagi.
Ni sedikit sedutan gambar-gambar perkahwinan
dan lawatan sampingan ke rumah pak sedara datuk belah mak aku.
ENJOY!!!

Khamis, 8 Disember 2011

ALLAYARHAM TOK WAN


3 Disember 2011,
Tok Wan dah tiada,
Bila aku dengar berita mengenainya, aku terus terdiam sejenak,
Aku terimbas kembali ketika aku masih kecil,
seingat aku ketika itu umur aku hanya 6 tahun.
Ayahku sengaja meninggalkan aku dengan arwah Tok Wan di Kg. Ketil Pgkln Kubor.
Kenangan bersama arwah menimbulkan rasa sebak didada.
Namun yang pergi tak kan kembali.

Al-Fatihah buat arwah Tok Wan...

Khamis, 24 November 2011

UNTITLED

PICTURE BY: FARHAN SHAMIR EDITED BY: TBT
Meluahkan perasaan, is not my cup of tea, tapi kalau dah selalu berlaku keadaan yang membuatkan perasaan ini bergolak, sehingga melahirkan rasa tidak senang dan menyakitkan benak kepala, lebih baik memilih untuk berbuat demikian.

EXPRESS IT LIKE YOU MEAN IT!!!

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!

Ahad, 20 November 2011

HEADER BARU =)

Yay....
header baru da naik....
setelah hampir sejam touch up....
Hasilnya seperti yang anda semua tengok kat atas tuh...

suko sore kawe!!!

hahaha.....jadi, balik kepada kerja dan belajar!!!

sebelum terlupa semalam,
Persatuan Kebajikan Anak Kelantan D'NAIM UPM,
mengadakan satu perjumpaan bersama dengan exco persatuan,
walaupun tidak banyak yang hadir,
namun aku tetap gembira kerana ada yang hadir...=)



APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Sabtu, 19 November 2011

UPM RUGBY 10's OPEN 2011

UPM SERDANG ANGELS (red & black jersey)

UPM SERDANG ANGELS JUNIOR (yellow& green jersey)

Stay tune for more picture, fresh from the field!!!

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Rabu, 9 November 2011

Khamis, 3 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Kepada semua bloggers2 Malaysia dan seantero dunia yang beragama Islam, 
saya inign mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha.
Kepada yang menjalkankan ibadah korban, semoga berjalan lancar hendaknya,
sama-sama kita memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan hari yang baik.
Nantikan gambar-gambar yang menarik yang akan diupload bersempena hari raya ini selepas saya pulang dari bercuti kat kampung.
Nak bawak "AWEK" balik kampung jumpa mak n bapak mertua diorang.

OOO.... BALIK KAMPUNG!
OOO.... BALIK KAMPUNG!
OOO.... BALIK KAMPUNG!


HATI GIRANG....=)

APA-APA PUN SEMUA, TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Ahad, 30 Oktober 2011

EXQUISEED WILL BE EXQUISITE!!!


JOURNALISM ON CAMPUS TEAM FOR NST-EXQUISEED  UPM CAMPUS PAPER.
THE NEW BEGINNING!!!

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Sabtu, 29 Oktober 2011

OLYMPUS E-PL1 SAMPLE 6

ISO-100, 42mm, f/5.6, 1/125 sec, 

ISO-500, 14mm, f/22, 1 sec

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Rabu, 26 Oktober 2011

OLYMPUS E-PL1 SAMPLE 5 :LOGO TESTING

ISO-100, 42mm, f/5.6, 1/30sec

Logo yang tertera pada gambar di atas akan digunakan bagi gambar-gambar (Hak Cipta Terpelihara Pemilik Blog ini) yang akan dimuat naik  pada masa akan datang.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

TALK SHOW GADGET BRAIN


2 HARI 2 MALAM 
berkampung kat 
FBMK 
untuk menyiapkan 
VT 
untuk 
TALK SHOW GADGET BRAIN,
IMPORT,
CUT,
PASTE,
RENDER,
EXPORT,
BURN,
PLAY,
OK...

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!




Khamis, 20 Oktober 2011

OLYMPUS E-PL1: SAMPLE 3 (UPM KONVO DAY)

ISO 100, 34mm, f/5.1 1/40sec 

ISO 100, 31mm, f/4.9, 1/40sec 

ISO 160, 36mm f/5.2, 1/30sec

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

Ahad, 16 Oktober 2011

OLYMPUS E-PL1: SAMPLE 2

 ISO 100, 14mm, f / 3.5. 1/100 sec

ISO 100, 31mm, f / 4.9, 1/100 sec 

ISO 100, 42mm, f / 5.6, 1/100 sec

Apa-apa Pun, Semua Tangan Aku Yang Bikin!!!

Jumaat, 14 Oktober 2011

Olympus E-PL1: Sample 1



1/8, F3.5, ISO 200, WB AUTO

This photo was taken in recording studio in a dim light, I edited a little bit with the software that come in with the E PL-1. I've put some vignetting effect and some soft focus around the "Audio out socket".

Apa-apa pun, Tangan aku yang bikin!!!

Ahad, 9 Oktober 2011

KEKASIH BARU

Yay!
Setelah agak lama aku menantikan kehadirannya dalam hidupku,
akhirnya, penungguanku akhirnya bertemu garis penamat
bukan senang untuk memilikinya memandangkan ia sangat sukar untuk didampingi
segala keringat yang telah aku kerah selama ini telah membuahkan hasil
malahan ibu bapa ku juga telah membantuku sedikit sebanyak dalam usaha aku untuk mendampinginya
sekali gus menjadikannya milikku.

Hahaha!
Double Meaning tul perenggan kat atas tuh,
Apa yang aku maksudkan di sini ialah,
aku telah berjaya memperoleh salah satu benda yang aku inginkan,
iaitu Kamera,
bukan sekadar kamera digital biasa,
tapi kamera yang lebih berprestij berbanding kamera digital biasa,
namun kalau dibandingkan dengan kamera DSLR mungkin sedikit kekurangan,
walau apapun, buat masa ini, itu sahaja yang mampu aku miliki,
Kamera apa yang aku maksudkan tuh?
Inilah kamera tersebut:


Ya, gambar kat atas ni, mewakili kamera aku,
maaflah, satu-satu ni jer kamera yang aku ada,
so gambar sebenar kamera aku xde,
nanti aku upload kemudia yop,


Kesimpulannya,
aku bercadang untuk mengupload gambar-gambar yang telah aku ambil dengan kamera ini untuk tatapan umum,
aku masih berjinak-jinak dengan kamera ini,
jadi aku akan selongkar habis-habis apa yang kamera nih mampu buat,
kepada pengikut blog ini,
nantikan gambar-gambar yang bakal di muat naik dlam tangankubukantanganmu.blogspot.

Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Isnin, 19 September 2011

VLOGGERS

Entry kali nih, aku nak share sikit pasal dunia vloggers.
Bunyi macam bloggers tapi sebenarnya vloggers nih bukan bloggers2 yang belambak wujud kat dalam dunia internet buat masa sekarang nih.
Bloggers nih, 'keje' diorang taip-menaip dan mengupload gambar2 dan juga video2
Tapi Vloggers pulak, keje mereka adalah merakam diri mereka sendiri sambil membincangkan apa2 topik yang mereka rasa mereka nak bincangkan dengan viewers2 yang mahu tengok.
Vloggers sekarang semakin banyak muncul terutamanya dalam kalangan remaja dan muda-mudi
Apa yang menarik mengenai vloggers ialah cara mereka menarik minat viewers untuk terus menonton video mereka. Kalau menarik, menariklah, kalau tak tengok 10 saat jer dah rasa tak nak tengok. Aku pun minat tengok vloggers neh sebab diorang 'cool'. ingat senang nak ngadap kamera dan cakap, pastuh nak upload kat internet untuk tatapan umum, kulit muka vloggers2 tak payah cakap, memang tahan segala-galanya...bukan setakat malu, maki, hamun dan macam2 lagi....Ini adalah antara vloggers2 yang aku subscribe kat youtube:


List kat atas nih adalah antara yang ada kat youtube, diorang semua nih juga boleh dikira antara yang terfamous, dan jika anda perasan, terdapat dua nama melayu dalam list yang aku bagi. Ye, kedua-dua mereka adalah rakyat Malaysia. Aku pun suka tengok video diorang...anda cuba tengok dan nilai sendiri la ye...

Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Jumaat, 16 September 2011

23 & BADMINTON

Tertanya-tanya apa 23 tuh, dan kenapa BADMINTON?
Nope, bukan umur aku,
Tunggu la 2 tahun lagi baru sampai 23,
23 tuh, Jam Kredit yang aku amik semester nih kat UPM,
Banyak kan, Tapi mungkin ada yang lbih daripada aku kot.
Apa2 pun, sekarang nih tengah tunggu kelulusan Dekan bagi membenarkan aku mengambil sejumlah kredit tersebut.
Sibuk tak sibuk pon, terpaksa aku harungi demi masa depan aku,
cewah...ayat skema pulak dah.
Harapnya aku dapat concentrate study aku untuk semester nih,
Study, study gak, BADMINTON lain citer.
Memandangkan hobi aku main BADMINTON so, walaupun 23 jam kredit aku tetap tak dapat tinggalkan BADMINTON.
Aku da spend banyak sangat untuk badminton semester nih, dan of course lah aku tak menyesal,
Dan aku tak kisah pun, sebab aku memang minat sangat main BADMINTON.
Minat jer tapi main tak hebat sangat pun, ala kadar jer.
Gambar kat bawah nih equipment yang aku pakai,
Kasut asic, Raket Yonex, Fleet, Apec....

Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Jumaat, 9 September 2011

jom join segmen !

Jom kawan2 join segmen/contest/giveaway
RM5 menjadi hadiah, yang tak lama lagi akan naik harga disebabkan cukai 6% oleh kerajaan.

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

ANWAR IBRAHIM (dulu)



BERSIH 2.0 (dulu)



PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR (dulu)



6% CUKAI PEK SIM & TAMBAH NILAI PRABAYAR (kini)


APA LAGI LEPAS NIH?


Ape-ape pun, tangan aku yang bikin!!!

Rabu, 7 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Selasa, 6 September 2011

TRW NEWS: KEMPEN PIALA MALAYSIA, KELANTAN KUTIP 3 MATA

Kumpulan C menyaksikan Kelantan dan Felda Utd mengutip mata penuh dengan mengalahkan Sarawak dan Johor FC. Kelantan mendahului carta kumpulan C dengan kelebihan jaringan berbanding Felda Utd.


Keputusan semasa Piala Malaysia 2011:                         

Sarawak 0 - 2 Kelantan
Johor 0 - 1 Kedah
Sime Darby 0 - 2 Terengganu
Pkns 1 - 2 N.Sembilan
Johor Fc 0 - 1 Felda Utd
Pdrm 0 - 1 K.Lumpur
T-Team 0 - 0 Selangor
Sabah 0 - 0 Perak

Isnin, 5 September 2011

TRW NEWS: MISI KELANTAN MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN

Ya, seperti yang anda semua ketahui, pada 6/9 Piala Malaysia akan mula berlangsung, dan Kelantan akan berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada kejohanan sebelum ini. Adakah Kelantan mampu menunjukkan kehebatannya seperti kejohanan yang sudah? Kita sama-sama nantikannya. Kali ini Kelantan telah diundi dan berada dalam kumpulan C bersama Johor FC, Felda United, dan Sarawak.

KUMPULAN C







Isnin, 29 Ogos 2011

BIG BREAKFAST(BUKA PUASA) DENGAN BIG FAMILY


Hari nih, genap 28 hari berpuasa di bulan Ramadhan,
keluarga belah ayah aku buat buka puasa beramai ramai,
antara hidangan yang tersedia ialah,
kerabu kaki ayam, gulai itik, ayam goreng, ulam-ulaman + budu, ikan bakar,
kueh-mueh (akok, beledo nangka, murtabak)
jadi, Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana mengurniakan rezeki-Nya,
majlis ini juga telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami semua.

Countdown Hari Raya: 2 hari lagi!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan juga selamat berpuasa 6 =)..

MAN UTD NEWS: HATRIK ROONEY

DANNY WELBECK
ASHLEY YOUNG
WAYNE ROONEY
LOUIS NANI
WAYNE ROONEY
PARK JI SUNG
WAYNE ROONEY
ASHLEY YOUNG

GLORY MANCHASTER UNITED!!!

Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


selamat hari raya aidilfitri,
kepada semua muslimin & mulimat seluruh dunia,
maaf zahir dan batin,
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,
moga2 Allah S.W.T merahmati kita semua,
INSYA'ALLAH.

Selasa, 23 Ogos 2011

Isnin, 15 Ogos 2011

MAN UTD NEWS: PERMULAAN BAIK


Manchaster United menunjukkan kehebatannya sebagai pemenang sebanyak 19 kali liga BPL dengan memenangi perlawanan pertama menentang West Bromwich. Kemenangan 2 gol berbalas satu membuktikan bahawa pemburuan kejuaraan liga sudah bermula, dan harapnya akan berterusan.
Manakala, kehadiran Ashley Young, De Gea dan muka2 baru dalam skuad Sir Alex Ferguson telah membantu dalam kemenangan pasukannya itu.

GGMU!!!

YONEX BWF WORLD CHAMPIONSHIP 2011 WRAP UP

RESULTS:
Overalls, the matches were still dominated by the China players, even though there were unseeded fighter in the final of mixed double final from Britain, they couldn't withstand the overwhelming power and skills of China player, after they've already beaten the 2nd seeded and 4th seeded in the semi and quarter final.
The single representative of Malaysia, Lee Chong Wei, once again fail to overpowered his well known enemy on the court, Lin Dan. The match between these two are so intense, full of adrenaline.

Rabu, 10 Ogos 2011

Wordless Wednesday #2

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Ahad, 7 Ogos 2011

MAN UTD NEWS: JUARA PERISAI KOMUNITI; NANI JADI HERO


Piala yang pertama sudah berada dalam tangan,
Satu permulaan yang baik buat The Red Devil,
Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama,
hasil gol sumbangan Dzeko dan Lesscot
Sumbangan 2 gol dari Nani dan 1 gol dari Smalling sudah cukup untuk membenam Man City pada separuh masa kedua,
Manchaster United 3-2 Manchaster City
Glory, Glory Manchester United



Rabu, 3 Ogos 2011

Segmen | Singgah Sahur Pucukandubi


Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak buat semua warga blogger dan blog-walker kat luar sana. 
Merujuk kepada gambar kat atas yang COMEY tuh, saudara pemilik blog PucukandUbi telah mempelawa aku untuk menyertai segmen yang digelar Singgah Sahur PucukdanUbi.

Jadi straight to the point.
Ramadhan neh aku x berpuasa kat KAMPONG TERCINTA =(
So, kalau nak cerita pasal sahur aku, rsanya simple mimple jer,
kadang2 makan kt rumah(sewa) (masak sendiri),
kadang2 kalau malas skit, pi makan kt luar,
kalau malas & budget tinggi skit, makan kat McD tempat aku kerja =)
BUJANG LER KATAKAN.

Ermm...
Tak tau nak tulis pe lg, memandangkan nama segmen pon singgah sahur, rasanya x perlulah aku nk citer pasal berbuka kan, nanti kene wat la segmen Singgah Berbuka plak =).

Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat,
last but not least,
jangan buka tudung periuk tengah2 hari buta ep...