Assalamualaikum dan hai kepada pembaca, kali ni nak kongsi sikit mengenai fotografi. Kepada yang mempunyai kamera yang boleh tukar lens saya ada satu tips untuk anda sekiranya anda nak ambil gambar macro, cara nih sudah conventional bagi mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan lens macro yang harganya agak mahal berbanding lens kit anda.
Apa yang anda perlu ada hanyalah kamera dan lens serta tahap ke-steady-an tangan anda yang utuh, gambar-gambar kat bawah ni diambil dengan menggunakan kamera M4/3 Olympus Pen E-PL1 dan lens Lumix 20mm f/1.7. Untuk pengetahuan pembaca, lens 20mm yang digunakan adalah lens biasa bukan lens macro, jarak minima normal antara lens ini dengan subjek ialah lebih kurang 0.2m, tetapi sekiranya lens ini dipasang secara reverse (terbalik) pada kamera, result seperti macro akan terhasil.
Seperti yang diberitahu anda perlu mencubanya dengan tekun dan sabar untuk memfokus gambar subjek yang anda ambil supaya tidak kabur, cuba sampai dapat ye kepada yang berminat. Kat bawah ni ada sedikit gambar yang diambil menggunakan kaeda Reverse Lense, kecuali gamabr pertama.
APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan