Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera (not a fan of "salam 1 Malaysia" but i'm a fan of PEACE). Ok, berkenaan isu PTPTN yang semakin hangat di pasaran pendidikan Malaysia sekarang, mahasiswa memberontak meminta supaya kerajaan menghapuskan PTPTN. Wajar atau tidak wajar? Mengapa mesti mansuhkan PTPTN? Adakah dengan memansuhkan PTPTN isu Pendidikan Percuma dapat dicapai?
OK, aku buat satu perkiraan, kita pinjam PTPTN sebab nak bayar yuran pendidikan yang mahal, nak tanggung kos sara hidup sebagai pelajar universiti yang sudah matang dan nak bayar itu, beli ini dan macam-macam lagi. Sekarang, nih kita letak Pendidikan Percuma pulak, kita pinjam PTPTN sebab nak tanggung kos sara hidup dan bla, bla, bla (seperti ayat sebeum ini).
Jadi disini, aku nak tanya, nak mansuhkan PTPTN ke, nak Pendidikan Percuma? Pada pendapat aku, kita boleh dapat Pendidikan Percuma (aku tak kesah kalau percuma ke tak percuma), tapi mansuhkan PTPTN aku tak boleh terima, maaf. Sebab PTPTN tuh bukan buat bayar yuran sahaja. Tak kisahlah siapa buat, siapa yang luluskan cadangan PTPTN, itu serita lain, yang penting kalau benda itu beri faedah kepada pelajar apa salahnya diteruskan, meskipun kerajaan akan bertukar pimpinannya.
Sekarang aku nak perhalusi sikit mengenai PTPTN, sekali lagi aku suarakan pendirian aku, aku tak sokong pemansuhan PTPTN, tetapi Pendidikan Percuma boleh dipertimbangkan. Cumanya, yang sepatutnya disuarakan oleh mahasiswa ialah PEMANSUHAN RIBA PTPTN ataupun pihak PTPTN suka memanggilnya caj perkhidmatan, caj pengurusan atau caj pentadbiran. Mansuhkan yang itu baru betul, berapa anda pinjam, banyak itulah anda bayar. Jangan jadi macam Along pulak, pijam sepuluh sen nak kena pulang balik seringgit, apa kes, tak belajar Pendidikan Islam ke wahai pengurusan PTPTN dan yang seangkatan dengannya.
Satu lagi perkara yang aku nak perjelaskan, PTPTN itu pinjaman...
PINJAMAN...
BUKAN BIASISWA...
JADI, BILA PINJAM KENA BAYAR...
KALAU ANDA TAK NAK BAYAR RIBA, ITU HAK ANDA...
SEBAB AKU PUN TAK NAK BAYAR RIBA TERSEBUT...
AKU NAK BAYAR YANG AKU PINJAM SAHAJA...
Bila sebut pasal pinjaman, sudah mestilah kita mempunyai pilihan untuk memilihnya ataupun tidak. Anda mahu anda pinjam, anda tak mahu tak pyahlah susah-susah nak isi borang perjanjian pijaman tersebut. Senang cerita PTPTN nih pun ibarat Along/Bank jugaklah.
Itu sahajalah pendapat aku mengenai isu nih, apa-apa pun, kepada mahasiswa di luar sana, fikir, fikir dan fikir, anda ada akal dan tafsirkannya dengan hati.