Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 19 Januari 2012

22 TAHUN SUDAH BERADA DI BUMI-NYA

Tanggal 19/1 buat kali ke 22 nya dalam hidup aku. Rasa macam da tua pun ada, tapi realitinya muda lagi. Sempena meraikan hari lahir yang ke-22 nih, aku berkunjung ke tempat yang tak pernah aku pergi lagi seumur hidupku iaitu. Taman Tasik Shah Alam.

Selasa, 17 Januari 2012

MENYENDIRI

Orang putih kata lonely. Kalau ikut bahasa tinggi extrovert. Kalau nak pakai bahasa yang tinggi sikit lagi, koya seko.

ibarat mata lepas, badan terkurung 

kesunyian menghantui 

hanya mampu mengintai dari jauh


APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Isnin, 16 Januari 2012

BERAKHIR SUDAH SEMESTER 5 DI UPM


Habis sudah semester 5 aku di UPM. Seperti biasa barang kene kemas, bilik kene kosongkan, lepas tu, baru pulang ke kampung halaman. Semester nih boleh aku katakan banyak yang berlaku yang tanpa sedar sedikit sebanyak mencorak hidup aku sebagai manusia biasa. Banyak perkara baru yang aku belajar, dan banyak teman baru yang aku kenali (skema pulak ayat aku nih).


Tak sabar rasanya nak masuk semester 6. Rasa cepat gila masa berlalu meninggalkan kita semua. Tinggal 1 tahun setengah lagi nak habiskan pengajian. Pejam celik, rasanya tak lama dah tuh.

(p/s: gambar tiada kaitan dengan entry, saja nak menyedapkan mata)
APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Sabtu, 14 Januari 2012

PECAL DI BANGI

Hantu pecal. Lepas kene 2 kali baru terasa penangan sambal pecal + ayam goreng. Aku nih anti skit dengan belacan, tapi tidak dengan sambal pecal yang semestinya mengandungi campuran belacan. Tulis pasal nih pun dah kecur air liur aku.

Sebelum makan, muka bersungguh-sungguh nak pi makan...=)

Jumaat, 13 Januari 2012

WHITE COFFEE; KOPI PUTIH


Aku merupakan penggemar white coffee.
Mug dalam gambar kat atas nih aku baru dapat hasil belian Kapal Api white coffee.
Comel jugak la mug tuh..=)

Dah banyak jenama white coffee yang aku dah cuba,
antaranya termasuklah Old Town, Super dan Power Root.
Antara banyak-banyak jenama yang dah aku minum,
yang paling sangkut ialah jenama Super.

Kalau nak tahu, pi kedai runcit yang besar-besar, cari sendiri,
memang terbaik ah kopi dia..


APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Jumaat, 6 Januari 2012

KEKASIH GELAPKU

Olympus E-PL1 + M.Zuiko 14-150mm f/4.0-5.6 (Heliopan Filtered)





My babies
Setelah hampir 4 bulan bersamanya, hari ini aku tunjukkannya kepada khalayak pembaca dan pengikut-pengikut blog TBT 'semua tangan aku dan dia yang bikin'

Selama aku bersamanya, tidak banyak karenah yang ditunjukkannya,
sekadar tenaganya cepat habis dan tahap tumpuan perhatian yang agak lemah,
kadang-kadang juga, dia terlalu bising kalau tak cukup cahaya.

Namun begitu,
Ia tidak menjadi masalah bagiku kerana aku sudah terbiasa dengan masalah tersebut.
Memilikinya sahaja sudahpun memuaskan hatiku.

Mungkin ramai yang kat luar sana lebih selesa dengan yang bertubuh hitam dan yang bercalit merah,
Ada aku kisah..hahaha..

Apa-apa pun, semua tangan aku dan dia yang bikin!!!


Ahad, 1 Januari 2012

TAHUN BARU BERSAMA HIMPUNAN MAHASISWA MENUNTUT PEMBEBASAN MAHASISWA

Tanjung Malim, pertama kali aku bersama-sama teman mahasiswa-mahasiswa dari pelbagai IPTA berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjung Malim. Ini bukan lagi isu kecil yang tidak perlu dipandang serius oleh pihak berwajib. Tujuan perhimpunan tersebut adalah unutk menuntut pembebasan mahasiswa yang telah ditahan oleh pihak berkuasa pada malam tahun baru 2012.

17 orang pelajar ditahan di balai polis tersebut, dan yang amat menyedihkan lagi ialah ada peserta himpunan pada malam tahun baru mengalami cedera parah dan sekarang sedang dirawat di hospital. Mengikut sumber, himpunan tersebut adalah himpunan aman semata-mata bagi menuntut pemansuhan AUKU, yang mana seperti diketahui umum telah lama menjadi satu isu yang hangat dalam negara kita.

Penglibatan unit FRU unutk mengekang himpunan aman tersebut telah mencetuskan kekecohan dan dari situlah 2 orang pelajar dipukul oleh pegawai-pegawai FRU sehingga pecah mulut dan pelbagai kecederaan fizikal lagi.

Salah seorang yang ditahan di balai polis Tanjung Malim ialah Adam Adli, iaitu pelajar yang menurunkan cebisan kain bergambar Perdana Menteri Malaysia yang tergantung di tiang bendera dan menaikkan kembali cebisan kain tersebut dengan kain yang dibawanya.

Berikut ialah gambar-gambar pehimpunan di hadapan Balai Polis Tanjung Malim: