Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 29 Disember 2012

MASALAH SYILING BARU & NOSTALGIA SYILING LAMA

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca, nak cerita sikit pasal syiling baru 20 sen yang warna keemasan tuh. Kalau difikirkan, kenapakah syiling 20 sen dihasilkan dengan warna keemasan? Kalau aku, aku jawab lantaklah diorang nak buat warna apapun. Tapi baru-baru nih ak ad berbual dengan seorang pemilik kedai runcit dekat The Mall bersebelahan dgn PWTC kalau korang tak tahu, dia cakap syiling 20 sen dan 50 sen skang kadang-kadang kalau terlepas pandang boleh tertukar antara kedua-dua syiling tersebut.
Hmmm...Seems Legit!




Nak buat macam mana, saiz kedua-dua syiling berkenaan pun lebih kurang sama, cuma syiling 50 sen mempunyai beberapa lekuk di sisinya. Begitu juga dengan syiling 10 sen dan 5 sen.
Sebenarnya, aku rindu dengan syiling RM1 dahulu yang telah dimansuhkan penggunaannya beberapa tahun lepas. Kalau diingatkan kembali, masa sekolah rendah dulu, mak aku bagi duit syiling RM 1 jer buat bekal pegi sekolah.
Hmmm...Nostalgic nyer...

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!


Rabu, 26 Disember 2012

SUNGAI LEPOH, HULU SELANGOR

Sungai Lepoh, itulah namanya. Nak sampai ke air terjunnya kena daki bukit dulu, dan dalm banyak-banyak bukit yang pernah didaki, bukit menuju air terjun Sungai Lepoh lah yang paling menguji fizikal. Telah menjadi keinginan aku untuk berkunjung ke setiap air terjun yang wujud kat Malaysia nih.
Kat bawah ada sedikit gambar sepanjang trip ke Sungai Lepoh.

Perjalanan ke air terjun bermula.
Kalu nak tahu, mtosikal honda cup menjadi kenderaan mendaki bukit untuk penduduk di situ.

Selasa, 25 Disember 2012

FOTOGRAFI: TEKNIK REVERSE LENS (LUMIX 20mm f/1.7)

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca, kali ni nak kongsi sikit mengenai fotografi. Kepada yang mempunyai kamera yang boleh tukar lens saya ada satu tips untuk anda sekiranya anda nak ambil gambar macro, cara nih sudah conventional bagi mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan lens macro yang harganya agak mahal berbanding lens kit anda.

Apa yang anda perlu ada hanyalah kamera dan lens serta tahap ke-steady-an tangan anda yang utuh, gambar-gambar kat bawah ni diambil dengan menggunakan kamera M4/3 Olympus Pen E-PL1 dan lens Lumix 20mm f/1.7. Untuk pengetahuan pembaca, lens 20mm yang digunakan adalah lens biasa bukan lens macro, jarak minima normal antara lens ini dengan subjek ialah lebih kurang 0.2m, tetapi sekiranya lens ini dipasang secara reverse (terbalik) pada kamera, result seperti macro akan terhasil.

Seperti yang diberitahu anda perlu mencubanya dengan tekun dan sabar untuk memfokus gambar subjek yang anda ambil supaya tidak kabur, cuba sampai dapat ye kepada yang berminat. Kat bawah ni ada sedikit gambar yang diambil menggunakan kaeda Reverse Lense, kecuali gamabr pertama.



Selasa, 11 Disember 2012

KECOMELAN YANG TERLEBIH

"2,3 Kucing Berlari,
Manakan Sama Dengan Si Kucing Belang,
2,3 Boleh Kucari,
Manakan Sama Dengan Yang Hilang"



Apa-apa Pun Semua Tangan Aku dan Dia Yang Bikin!

Ahad, 9 Disember 2012

KERJA DI HUJUNG MINGGU & PC FAIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Semalam (sabtu) bukanlah cuti biasa buat aku dan The Zul. Semalam kami ditugaskan untuk membuat liputan mengenai Pesta Akademik di PWTC dan juga membantu kru MyTV menyiapkan sebuah drama pendek. Dalam kata lain kami tak cuti lah.

Letih tetap letih bila dari pagi sampai ke petang kesana dan kemari berpusing-pusing bekerja. Kaki terasa macam nak tercabut, tapi Alhamdulillah tak tercabut lagi. Apa yang menambahkan lagi kepenatan ialah bila kami bercadang untuk berkunjung ke PIKOM PC Fair di KLCC. Punya lah besar PC fair tuh sampai tak larat nak berjalan rasa nak merangkak pegi dari booth ke booth.

Kat bawah nih ada sedikit gambar sepanjang hari sabtu yang agak produktif dan meletihkan.


Isnin, 26 November 2012

SUNGAI CHILING AKU DATANG


Jambatan gantung
Bersedia sebelum meredah hutan dan sungai deras
Paku-pakis, penghias semula jadi hutan rimba

Selasa, 6 November 2012

PENGUBAT KELETIHAN

Bila tengok orang pergi kerja sehari suntuk pagi keluar, dekat gelap baru sampai rumah, tertanya-tanya pada diri, bila la pulak giliran nak jadi macam diorang.
Jadi, pada semester nih, Latihan Industi telah meletakkan diri yang serba kekurangan ini berada pada keadaan diorang.
Letih tuh memang lah letih tapi kadang kadang letih itu terubat bila terbit suasana yang menenangkan jiwa. Kat sini aku nak kongsi gambar tatkala selepas habis waktu pejabat kat KL tempat aku praktikal.

Layan!



APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Isnin, 29 Oktober 2012

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILADHA 2012

Assalamualaikum wbkt.

"Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan Haji"

"Di hari yang penuh dengan keberkatan ini sama-samalah kita bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah S.W.T. Sama-sama kita mensyukuri nikmat yang dikurnia oleh-Nya kepada kita"- Wan Amiruddin

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)."-Surah al-Kauthar : ayat 1-2



Ahad, 21 Oktober 2012

KELATE WAT KELIK PIALO MALAYSIA PULOP!

HUJE LEBAT SANGGUP DIREDAH,
SORO HILE SEBAB NEPIK KUAT TLAJOK,
LIGA SUPER SUDAH PIALA FA PON SUDAH,
SEMALE WAT KELIK PIALO MALAYSIO LA PULOK.




TERKETAR-KETAR SUPO MESIN NGURUK,
TEHE SEJUK SAPA KO TULE,
LAUTE MEROH MEMENUHI SEGENAP CERUK,
MELAUNG-LAUNG TANDO SOKONGE




APA APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Jumaat, 19 Oktober 2012

AIR CENDOL

"Setiap sedutan membuahkan kenikmatan"- Wan Amiruddin


"Nikmat santan dan nisan cair menggoda kerongkongku, all time favourite drink"- Wan AMiruddin

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN

Ahad, 14 Oktober 2012

PESTA KONVOKESYEN UPM 2012

Sekali lagi UPM mengadakan Pesta Konvokesyen yang merupakan salah satu program tahunan bagi memeriahkan lagi Konvokesyen UPM. Pesta tahun ini lebih kurang sama dengan tahun lepas. dan seperti tahun lepas jugak member aku yang sama turut menemani aku berjalan-jalan sambil isi perut dan cuci mata. Bila cakap pesta, semua benda lah ada, dari pameran sampailah ke menunggang kuda. Tapi aku tak tunggang lah, jalan-jalan amik gambar jer. Kat bawah nih ada sedikit gambar-gambar yang sempat aku ambil.

Bila jejak kaki jer kat bukit ekspo aku terbau Uncle Bob, perghh, memang feveret aku, tibai la sikit.

Dan segelas minuman untuk melancarkan salur oesofagus aku

Mokhtar, sahabat peneman

Kuda nih main lepas jer najis dia kat tengah jalan, semerbak jugak ah bau kat situ.

Mini Bulldozer, ase macam nak try naik jer.

Jumaat, 12 Oktober 2012

CUP OF COIN

"Coins! It's there when you need it, if you keep it"- Wan Amiruddin


"Coins for cleaning cloths"- Wan Amiruddin 

"APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN"

Ahad, 7 Oktober 2012

TAHNIAH BUAT MAHYUDDIN

Tadi aku berkesempatan menziarahi sahabat yang dahulunya tinggal satu blok di Kolej Pendeta Za'ba. Tahniah dihulurkan kepada Mahyuddin dan isteri kerana dikurniakan cahaya mata yang pertama. Diharap semoga cahaya matanya itu membesar dengan sihat dan insyaAllah menjadi anak yang solehah.

Mahyuddin dan Insyirah




Sabtu, 6 Oktober 2012

KL PhotoFest 2012

Festival Fotografi Kuala Lumpur yang diadakan saban tahun menjadi destinasi untuk keluar jalan-jalan dan menenangkan otak setelah seminggu penat ber-LI.
Seronok dan teruja! Itulah perasaan bila hadir ke festival sebegini memandangkan pada tahun ini banyak pengeluar-pengeluar kamera yang tersohor seperti Sony, Fujifilm, Nikon, Canon, Olympus dan Panasonic mengeluarkan produk terbaru masing-masing.
Namun, yang paling mencuri perhatian ialah Sony, yang menghasilkan kamera bersensor Full frame, antaranya ialah Alpha 99 (D-SLT), RX-1 (Compact) dan VG 900 (Kamkoder).
Walaubagaimanapun, Nikon dan Canon tidak ketinggalan dengan mengeluarkan D600 dan 6D, iaitu kamera bersensor Full Frame.
Kat bawah nih sedikit gambar sekitar KLPF 2012.



Pintu masuk Mid Valley Exhibition Centre


Mencuba Canon 1D

Zooming dan Focusing!!!


Tidak ketinggalan untuk mengambil gambar model

Di atas pentas pula...


Click...click...click...

Selasa, 2 Oktober 2012

MENCARI NAFKAH

"Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang"- Peribahasa Melayu





Sabtu, 29 September 2012

Jumaat, 28 September 2012

DEMI KELUARGA

"Kita akan buat apa sahaja yang termampu demi keluarga"- Wan Amiruddin

Wan Aiman Nasruddin Wan Pa a.k.a Osman
"Apa-apa pun, semua tangan aku dan dia yang bikin"- Wan Amiruddin