Halaman

GMOYZSTUDIO

Selasa, 25 Januari 2011

SILATURRAHIM

Pergaduhan,
Fitnah -menfitnah,
Menipu,
Memulau,
Dengki (jahat),
Prasangka buruk,
Dan banyak lagi...

Perlakuan-perlakuan di atas sebenarnya telah banyak merosakkan hubungan silaturrahim antara kita sesama Islam. Sesungguhnya silaturrahim yang utuh adalh salah satu perkara yang MENGAGAHKAN perjuangan umat Islam di muka bumi Allah S.W.T.
Sedar tidak sedar, kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan. Tetapi kita sebagai umat-Nya, adakah kita sanggup merancang untuk memutuskan tali silaturrahim, MASYAALLAH, moga-moga dijauhkan dari perancangan itu.
Banyak hadis2 Rasulullah S.A.W melarang kita daripada memutuskan tali silaturrahim antara saudara seagama dengan kita, antaranya ialah:

Hadis 1:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata: "Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama Baginda s.a.w. tiba-tiba Baginda s.a.w.bersabda: "Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w.sendiri, tetapi tidak lama ia kembali maka ditanya oleh Baginda s.a.w.: "Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun kecuali engkau?" Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil sekali kedatangan mu ini?" Maka saya beritahukan apa yang saya dengar daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga membaca istighfar untuknya." Baginda s.a.w. bersabda: "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."

Hadis 2:
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Adhdhahaak bin Muzakim ketika menafsirkan ayat yang berbunyi: "Yamhu Allahu maa yasya'u wayuts bitu." (Tafsirannya) "Sesungguhnya seorang itu adakalanya menyambung kekeluargaannya padahal umurnya sudah tinggal tiga hari, tiba-tiba Allah s.w.t. menambah umurnya hingga tiga puluh tahun, dan adakalanya ia memutuskan hubungan kekeluargaan sedang umurnya masih sisa tiga puluh tahun, maka dipotong oleh Allah s.w.t. menjadi hanya tiga hari."


Allah S.W.T juga telah banyak berfirman berkenaan ikatan silaturrahim dalam al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W untuk kita semua membaca dan menghayatinya, antaranya ialah:

Firman Allah S.W.T, maksudnya "Apakah ada kemungkinan jika kamu telah menjadi wali (pemimpin) diatas bumi ini lalu kamu merosak dan memutuskan hubungan kerabat. Mereka yang berbuat demikian itu, orang-orang yang dikutuk oleh Allah sehingga dipekakkan telinga mereka dan dibutakan mata mereka." (Surah Muhammad ayat 22-23)

Sesungguhnya, marilah kita sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. InsyaAllah hidup kita akan mendapat berkat-Nya.


Khamis, 20 Januari 2011

SAINSCOM OH MASSCOM

Entry nih sebenarnya dah lama aku nak buat tapi tak terbuat,
Apa yang aku nak cakap dalam entry nih sebenarnya ialah,
Pertukaran kursus daripada SAINS KOMPUTER MAJOR MULTIMEDIA kepada KOMUNIKASI MAJOR PENYIARAN,
Sebenarnya aku dah bergelut dengan kursus SAINS KOMPUTER tuh selama 3 sem,
Asyik dapat pointer rendah jer,
Jadi pikir punya pikir,
Rasanyer ke
ne tukar kursus lah,
Aku pilih kursus KOMUNIKASI MAJOR PENYIARAN sebab ada benda yang aku minat nak belajar kat dalam tuh,
InsyaAllah,
Aku harap apa yang aku nak belajar kat dalam kursus baru nih tercapai,
Kepada semua ex-coursemate aku,
Harap-harap korang berjaya dengan jayanya dalam kursus SAINS KOMPUTER tuh,
Harap-harap korang dapat doakan aku jugak...


Rabu, 19 Januari 2011

21 TAHUN


WAH...
Dah semakin tua aku yer...
moga-moga Allah panjangkan umurku...
sempat kahwin n dapat 3 orang anak pon da kira okey...
ANYWAY...
Bila dah semakin tua neh...
kenelah bersikap ketua-tuaan...
tak bolh nak bersikap kebudak-budakkan lagi...
BUT...
Aku jenis yang x suka serius sangat...
serius boleh tapi tengok keadaan lah...
mungkin boleh lagi bersikap kebudak-budakkan...
WALAU APA-APA PUN...
Aku tetap aku...
walau umur da 21 tahun...
Amiruddin tetap Amiruddin...
perangai masih sama...
mungkin yang buruk boleh buang ...
dan tambah yang baik...


Isnin, 17 Januari 2011

SANGGUPKAH KITA?

Sanggupkah kita berkorban untuk orang yang langsung tidak ada kena mengena dengan kita, tidak mempunyai pertalian darah dengankita, dan tidak pula mengenali antara satu sama lain?
ya,
tidak sama sekali,
atau ragu-ragu.

Setelah mendengar ceramah yang agak menyentuh hati dan perasaan, persoalan ini timbul dalam kotak pemikiran aku. Beliau, Ahmad Khairiri Md. Yusop, penceramah, adalah seorang penderma hati kepada seorang kanak-kanak, Mohd Yohitt Mohd Farhan Kutty Krishnan, yang langsung tiada pertalian darah dengannya. Kanak-kanak tersebut telah disahkan menghidap penyakit yang memerlukannya membuat pemindahan hati dengan segera.

Ahmad Khairiri mendapat panggilan daripada ayah kanak-kanak tersebut yang memintanya untuk menjadi penderma hati kepada Mohd Yohitt. Selepas membuat beberapa pertemuan dengan keluarga Mohd Yohitt, Ahmad Khairiri bersetuju menderma hatinya kepada kanak-kanak tersebut.

Beliau sebenarnya telah bernekad untuk menjadi penderma hati selepas satu kejadian yang telah menimpa anaknya, dimana anaknya perlu membuat pembedahan untuk memasukkan balik usus besar yang terkeluar, dan pembedahan tersebut memerlukan sejumlah wang yang besar. Setelah belaiu secara tidak sengaja menceritakan masalahnya itu kepada bosnya, bosnya dengan ringan tangan menghulurkan sejumlah wang berbentuk cek untuk menanggung kos pembedahan anaknya itu.

Dari situlah timbul satu perasaan dalam diri Ahmad Khairiri untuk membantu orang lain, dan insan yang bertuah yang mendapat batuan daripada beliau ialah adik Mohd Yohitt. Walaupun setelah berjaya membuat pemindahan hati, adik Yohitt mengalami beberapa komplikasi dan dia pergi menyahut seruan Ilahi setelah tiga minggu membuat pemindahn hati.

Itu adalah cerita seorang rakyat biasa yang perihatin akan kesusahan yang dialami orang lain. Mampukah kita menjadi sepertinya? Mampukah kita menjadi perihatin sepertinya? Sebenarnya, kebanyakkan kita mampu untuk menjadi perihatin, tapi persoalannya "SANGGUPKAH KITA?"

Selasa, 11 Januari 2011

SEMINGGU DEMAM


Mula-mula Doktor kata suspek DENGGI,
Lepas buat "BLOOD TEST" dia kata macam DENGGI,
Rasa macam taknak hidup,
Makan tak lalu,
Mandi pon tak lalu jugak,
Berat dah turun hampir 5 kilo,
Nak wat camner, makan nasi 2 mulut dah loya,
Suhu badan bukan main panas,
Paling panas berjaya direkodkan 40 darjah celcius,
Gila panas,rasa badan aku nih macam nak cair jer,
Nak citer pasal ubat baik tak payah,
Bukan main banyak panadol aku telan,
Sampai kene "REFILL",
Selepas 7 kali kene cucuk,
5 kali amik darah n 2 kali masuk air,
Barulah doktor mengesahkan bukan DENGGI,
Apakah penyakitku ini sebenarnya,
Doktor tanya pernah masuk hutan,
Dia takut ada kuman yang masuk tubuh aku ini,
Jadi ANTIBIOTIK ialah penyelesaiannya,
Selepas 2 hari 2 malam makan ANTIBIOTIK,
Keadaan aku bertambah baik,
Jadi pada pandangan aku sendiri memang badan aku dah dimasuki kuman,
Kuman yang tak tahu dari mana datangnya.
Harap-harapnya penyakitku ini sembuh,
Supaya aku dapat belajar dengan selesa dan tenang di semester baru ini.