Alhamdulillah, akhirnya setelah 25 tahun hidup di bumi Allah S.W.T., berjaya menjelajah ke semua 13 negeri di Malaysia. Wilayah Persekutuan, tinggal Labuan sahaja yang belum berkesempatan singgah.
Jadi, berkenaan percutian di Semporna, ianya diatur pada bulan 9 2014, dan turut bersama adalah 4 orang sahabat, 2 orang darinya ialah penduduk asal Semporna, jadi, kami tinggal di rumah mereka sepanjang 5 hari 4 malam di sana.
Pemandangan dari atas kepala sungai Kinabatangan |
Jeti di Pekan Semporna menuju ke Pulau Bum Bum |
Jeti Pulau Bum Bum |
Rumah penduduk di Pulau Bum Bum |
Rumah En. Roslan, Kg. Tampi, Pulau Bum Bum, Semporna |
Hari pertama bila tiba disana, En. Roslan menghidangkan lauk ikan buntal dan kari ketam. Memang sedap gilalah kedua hidangan tu. Tapi mula-mula nak cuba ikan buntal tu, rasa takut sikit, sebab pernah baca berita pasal orang mati makan ikan buntal, tapi bila dah rasa, memang tak ingat dah pasal cerita tuh.
Belah petang sikit, tuan rumah naik poko kelapa plak. Memang A, layan air kelapa segar di tepi laut.
Masuk hari kedua, kami bersiar-siar dia pekan Semporna, mencari sedikit barang untuk dibawa ke trip snorkeling esoknya. Banyak istilah perkataan baru dipelajari bila sampai di negeri orang. Contohnya, di semenanjung, murtabak adalah roti yang didalamnya berintikan daging atau ayam, tapi di sini, murtabak adalah roti canai. Pisang goreng pula dipanggil sanggar.
Ada satu kawasan yang dikenali sebagai Floating oleh orang tempatan, disitu terdapat kedai-kedai cenderamata dan ada juga dijual permata.
Kedai cenderamata di Floating |
Bakso Special Pekan Semporna |
ABC Milo Tabur |
Pada hari ketiga, kami bertolak dari jet di Pekan Semporna menuju ke pulau-pulau sekitar Semporna, memang cantik, terutamanya pemandangan dari atas bukit di Pulau Bohey Dulang. Selepas selesai mendaki bukit yang setinggi 300 meter dari paras laut, layan pulak snorkeling di pulau-pulau lain.
Pemandangan dari atas Bukit di Pulau Bohey Dulang |
Hari keempat pula, kami berkunjung ke bandar Tawau, yang memakan masa 2 jam dari Pekan Semporna. Tiba disana, hujan lebat membasahi bumi Tawau, namun masih sempat membeli sdikit buah tangan, Amplang dan Kueh Cincin, iaitu makanan segera Tradisional orang Sabah. Disamping itu sempat mencuba Nasi Lalap yang sangat mengenyangkan.
Nasi Goreng Lalap |
terbaik bro...
BalasPadamkemah2...teringin nok g sana... -MG
BalasPadamTahniah sebab dah sampai ke bumi Semporna
BalasPadamTahniah sebab dah sampai ke bumi Semporna
BalasPadamsalam...memandangankn bos dh ke sana.. sy nak tanya anggaran harga bajet trip ke pulau2 sekitar semporna tu brp ye? ikut kepala..atau ikut sewa bot?huhu
BalasPadamWslm, bajet masa tu Dlm rm200-400,trmasuk ticket flight (promosi air asia murah), bot tu Sewa on the spot rm50-100 trmsuk set anorkeling, sbb msa tu brcuti rumah kawan so penginapan free, klu penginapan aggr2 dlm harga rm150/mlm (mungkin lebih), lgpun kt semporna nih bnyk pilihan penginapan, bawah Rm100 pon ad, mcm bilik backpakers(single). So total mgkin lbih dri total bajet sy pnya, mgkin dlm rm600-700.
PadamSalam.. nak tanya la nak sewa bot tu dari agen pelancongan ke or ada tempat sewa bot sahaja? saya nak pegi sana dlm bulan Nov 2017 nnti. nak amik day trip to pulau2.. tp xtau nak booking dulu ke ataupun bole terus sewa on the spot.. lagi 1, kalau nak pegi sana bulan nov ok ke? nov nanti musim hujan x?
BalasPadam