Halaman

GMOYZSTUDIO

Selasa, 28 Mei 2013

EKSPIDISI MAHASISWA 3: PROGRAM ANAK ANGKAT, SANGLANG, PERLIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, kali ni nak ceghita sikit pasai program yang baru sahaja ce' selesai join hujung minggu lepaih. Ce' pi Utara untuk program anak angkat kat sempadan Kedah-Perlis, iaitu Sanglang, dekat Kampung Rama dan Kampung Permatang Keriang (bukan Permatang Pauh na).

Seghonok habaq hang dapat keluarga angkat yang sempoi lagi friendly kat Perlis nih. Tuu Diaa!, baru tiga hari kat utara, loghat pon dah tertukaq na.

Mula-mula memang sedikit janggal sebab tiba-tiba kena tidoq kat rumah orang yang tak dikenali, tapi lepas mendapat layanan ibarat anak sendiri ce' rasa macam dok rumah sendiri dan macam bermesra dengan mak abah kandung. Makan tak payah habaq la, kena paksa makan, tambah-tambah dengan lauk pauk kampung yang first kelaih na, pajeri rebung, ikan pekasam dan macam-macam lagi. Ce' tulih ni pun kecuq ayaq liur nih.

Tang nak balik UPM plak terasa la sedih sebab terpaksa meninggalkan keluarga yang pada mulanya terasa janggal tinggal bersama, namun dalam masa yang singkat terikat ukhuwah yang diharapkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kat bawah nih ada sedikit gambaq masa program tuh, enjoy na.

Keluarga angkat tercinta dari kir Zul, Masyitah, Mak, Abah, Ce'

Khamis, 9 Mei 2013

FOTOGRAFI MAKRO BHG. 3: De'BELAKANG RUMAH, w. EXTENSION TUBE + 18-55 KITLENS

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca, kali ini seperti yang dijanjikan dalam entry mengenai fotografi makro sebelum ini, saya akan kongsikan sedikit mengenai teknik pencahayaan yang saya guna untuk mengurangkan shadow kat subjek. Anda perhatikan betul2 gambar kat bawah nih, seperti yang saya beritahu, nampak agak AWKWARD, tapi ianya berkesan.



Kat bawah ni ada sedikit gambar yang diambil ketika cuti PRU13 yang lalu, dengan menggunakan kaedah pencahayaan kat atas, cuma saya menukarnya kepada botol air mineral sebab kalau pakai kertas cepat rosak sebab basah. Apa-apa pun semoga gambar kat bawah ni tidak menyakitkan mata anda dan akhir sekali....#BLACKOUT#...lol