Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 14 Februari 2013

#BALIK KAMPUNG #KUCING #REUNION #BBQ

Ho ho ho Balik Kampung...

Siapa tak suka balik kampung memang orang tuh dasar lupa daratan. Balik kampung nih adalah pada aku satu cara melepaskan stress kerana dapat jumpa mak dan ayah, adik-beradik serta saudara mara dan yang paling best jugak ialah dapat hirup udara kampung yang segar-bugar. Flora dan fauna yang menghijau dan meliar tidak jemu mempersilakan kehadiran pendamba ketenangan (ayat tahap novelis..kah..kah..kah).

Memang tidak pernah sia-sia walaupun sekadar seminggu menjengah kampung halaman. Aku nih tak suka tulis panjang-panjang ak cuma nak kongsi sedikit gambar ketika bercuti di kampung.

Kalau balik kampung tak sah kalu tak jengah kambing kat belakang rumah


Kandang kambing di halaman belakang rumah


Nak tambah citer sikit pasal kucing-kucing kat rumah aku, generasi kucing kat rumah aku bermula sejak aku sekolah rendah lagi, dan sampai sekarang kucing-kucing tersebut membiak, ada yang pergi (mati) dan ada yang datang (lahir) tahun demi tahun. Bila aku balik kampung baru-baru nih, memang berseleraklah ibu-ibu kucing berserta anak-anaknya.






Cerita reunion pulak, ini adalah kali ketiga geng-geng budak sekolah rendah aku dulu buat reunion, kali pertama di sekolah, kali kedua di pantai dan untu kali ketiga, di air terjun Lata Tembakah Besut Terengganu, jalan-jalan la skit. Memang seronok la dapat jumpa geng-geng lama yang kalu dulu-dulunya main baling-baling pemadam, main tali dalam kelas...memang tersengih sorang-sorang kalau ingat kembali.




Pengarah Reunion 3 SKK #97#02
Yang datang tetap ramai walaupun sibuk dengan hal masing-masing.

Last sekali ialah berseronok bersama keluarga di tepi pantai, yeah, dan apa yang menariknya ialah bbq reunion dan bbq bersama family berlangsung pada hari yang sama. Yup 2 BBQ dalam satu hari siapa tak puas makan ayam bakar..hahaha.








APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

2 ulasan: