Halaman

GMOYZSTUDIO

Ahad, 24 Jun 2012

FESTIVAL FILEM VIDEO PELAJAR MALAYSIA 9

Nampak macam gah, mana tak nya artis ramai sampai tak boleh kira pakai jari-jemari di tangan. Namun, jujurnya FFVPM 8 di Universiti Utara Malaysia lebih hebat sekiranya dibandingkan dengan FFVPM 9. Penganjurannya, hebat bukan kerana ramai artis yang hadir memeriahkannya namun hebat kerana kelancaran, kekemasan, aturcara program sepanjang festival berlangsung. Bukan ingin mengutuk FFVPM 9 yang dianjurkan UiTM, tidak sama sekali. Cuma, kalau boleh diharap supaya jangan terlalu memegahkan nama UiTM sangat dek kerana penganjuran yang dikatakan gah ini, sehinggakan  institusi-institusi pengajian lain yang menyertai FFVPM 9 seperti tidak wujud.
Kat bawah ini satu luahan daripada peserta yang menyertai FFVPM 9, diharap pihak penganjur yang akan datang akan mengambil kira beberapa perkara melalui pandangan yang dilemparkan oleh saudara dibawah. Sekian.




"Azimin Daud Rahsiajejakabitara

Tahniah diucapkan kepada UiTM Shah Alam dengan Penganjuran Festival Filem & Video Pelajar ke-9 dari 21 hingga 23 Jun 2012. Acara pelancaran cukup gah dan gemilang. Tahniah! Penganjuran kali ini amat hebat kerana berjaya mengumpulkan 250 penyertaan, menwujud satu kategori tokoh yang insyaAllah akan diikuti oleh penganjuran seterusnya. Pengiktirafan Book of Recod yang diketengahkan amat membangga persada seni filem di Malaysia. Acara Perasmian yang cukup gemilang memukau semua peserta. Inilah penanda aras bagi FFVP ke-9 di UiTM. TAHNIAH SEKALI LAGI UiTM. Sungguhpun begitu masih wujud kelompangan dan kelemahan yang amat ketara perlu diambil kira untuk kebaikan bersama demi masa depan FFVP khasnya dan seni filem dan video tempatan umumnya. Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memantapkan lagi penganjuran yang akan datang.


1. Setiap deligasi dari IPTA/IPTS ditdak dilayang sebagai peserta dan penyertaan - Terbiar begitu sahaja tanpa ada Urus Setia yang menjadi wakil UiTM untuk sebagai penyelia dan memaklumkan apakah yang patut para peserta dan penyertaan patut lakukan. Semuanya diusahakan sendiri. Sepatutnya perkara kecil seperti ini tidak berlaku kerana ia perkara asas dalam setiap aktiviti seperti ini. Terima kasih kepada UUM kerana mesra dan tip tops dari segi pengurusan tetamu dan deligasi.


2. Pendaftaran peserta amat lemah. Setiap peserta yang berdaftar tidak diberikan pas sebagai peserta sehingga ada Urus Setia yang berinteraksi dengan peserta dan pegawai pengiring serta peserta bebas dari agensi awam dan swasta sedikit biadap kerana mereka beranggapan yang bertanya itu ialah kawan-kawan dai UiTM yang ingin ikut serta FFVP ke-9. Sebabnya semua peserta tidak diberikan pas sebagai peserta. Ini juga perkara biasa dan asas dalam mana-mana aktiviti di peringkat inter-Universiti. Terima kasih kepada pihak UUM yang membekalkan semua peserta dan penyertaan dengan cenderamata yang cukup ringkas tetapi menghargai peserta yang terlibat dan penyertaan dari semua universiti.


3. Tahniah kepada UiTM menyediakan bengkel dan seminar. Menarik tetapi sayang seribu kali sayang tidak seperti penganjuran sebelum ini setiap seminar atau bengkel diberikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang mengikutinya. Kali ini semua bengkel dan seminar tidak diberikan sijil penyertaan. Agak simpati kepada pserta yang hadir. Ya diakui mereka memperoleh ilmu tetapi tidak mendapat bukti bahawa mereka telah berjaya mengikuti acara-acara tersebut. Kasihan juga kepada mereka kerana dari segi kesan masa depan, mereka tidak mempunyai sijil yang mungkin boleh jadi sijil sokongan untuk mendapatkan jawatan di Sektor Awam atau Swasta.


4. Sejurus selesai sesi bengkel atau seminar semua peserta tidak diberikan jamuan, malah digalak untuk membeli makanan sendiri di gerai-gerai yang dibuka sekitar ruang legar Dewan Sri Budiman (jual barangan kecantikan dan buku-buku serata kicap dan sos) dan diluar dewan (jual Kenny Rogers, Koleksi Baju & Tudung, dan makanan lain - Nasi Lemak sambal udang biasa RM5.50). Para peserta dan deligasi terpaksa mencari sendiri lokasi gerai makan yang menjual dengan harha yang berpatutan. FFVP ini terdiri daripada pelajar bukan artis hebat yang berpendapatan tinggi. Tahniah kepada UUM kerana menghidangkan semua deligasi dengan hidangan yang sungguh sedap dan lazat.


5. Semua peserta dan penyertaan digalakkan membeli buku program (semua penyertaan untuk tahun 2012) RM10. Sepanjang penyertaan FFVP ini belum ada penganjur menjual buku tersebut yang sepatutnya diberikan secara percuma kepada peserta dan penyertaan. Jika nak jual boleh, jual kepada artis yang datang dan orang awam yang tidak terlibat dengan penyertaan dan peserta.
6. Pada kali ini pihak penganjur memaklumkan bahawa tiada top list untuk setiap kategori. Penyertaan 250 daripada semua universiti. Pameran karya FFVP kali ini tidak dipamerkan semua karya yang meyertai festival kali ini. Ada beberapa deligasi dari universti lain bertanyakan "Adakah yang dipamerkan ini shot listed atau calon-calon sahaja?" - Pihak Urus Setia memaklumkan bahawa dipilih secara rawak dengan melihat kualiti warna, layout, dan terang-gelap gambar. Jika gambar itu tidak menarik pihak penganjur tidak memilihnya untuk dipamerkan. Tahiah diucapkan kepada UUM kerana mempamerkan semua penyertaan. Mereka mempamerkan semua CD, skrip dan poster tanpa mengira cantik atau tidak tetapi menghargai semua penyertaan dengan mempamerkan tanpa tercicir satu pun.


7. Tahniah kepada UiTM kerana berjaya mengumpulkan 250 penyertaan. Amat hebat kerana memecahkan rekod penyertaan sejak kali pertama dianjurkan. Tetapi timbul rasa kemusykilan dengan kenyataan yang diumukan kerana setiap kategori tak cukup 5 pencalonan. Ada yang 3 dan ada yang 5 sedangkan penyertaan kali ini paling banyak penyertaan. Semasa ucapan daripada Dekan Fita UiTM ada mengatakan bahawa pada kali ini kualiti pembikin amat luar biasa hebat. Tetapi kenapa situasi 3 calon dan 5 calon untuk setiap kategori. Setidak-tidaknya berikan penghargaan dari segi motvasi psikologi dengan meyeragamkan semua kategori dengan 5 pencalonan.


8. Isu "Sirih pulang ke ganggang" berjaya dan cukup gemilang hanya pada acara perasmian dan Malam Gala FFVP setaraf FFM yang diktiraf sendiri oleh FINAS. Tetapi dari segi AKADEMIK FFVP kali ini seolah-olah bertindak untuk memenuhi syarat saja, ibaratnya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.


9. Secara peribadi penganjuran kali ini sungguh gah dan gemilang sepertimana yang disaksikan depan mata kaya dengan pengisian seni tetapi pengisian akademik seperti melukut di tepi gantang. Seharusnya pengisian akademik diutamakan kerana UiTM memanmg hebat dari segi Filem, Video dan seumpamanya yang berkaitan seni. Para peserta ternanti-nanti hidangan seperti itu untuk dikongsikan dan dijadikan contoh apabila pulang semua ke universiti masing-masing.
10. Pemilihan tempat amat bijak dipilih oleh pihak penganjur. Dapat mempromosikan universiti kepada peserta yang hadir. Tahniah UiTM.Secara peribadi ribuan kemaafan dipinta sekiranya perkongsian ini mengundang kontroversi dan rasa tidak selesa kepada penganjur. Perkongsian pendapatan hanyalah untuk kebaikan bersama-sama. Terima kasih." 


Nasib baik la ada Nescafe Free, kira OK la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan