Halaman

GMOYZSTUDIO

Ahad, 24 Jun 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep.8): MAEP STEAMBOAT

Jujurlah tika mana mengikat tali persahabatan,
Jujur dalam kata-kata,
Jujur dalam tingkah laku,
Persahabatan yang erat ditambat dengan tali kejujuran,
Bila mana nilai kejujuran itu terlucut,
Persahabatan jadi goyah,
Bisa kegoyahan akan terserlah tatkala bibit gaduh tengkin mulai kedengaran.
Jadi semailah benih-benih kejujuran,
Nescaya berbuahlah jua persahabatan yang kekal hingga ke akhirnya.


FESTIVAL FILEM VIDEO PELAJAR MALAYSIA 9

Nampak macam gah, mana tak nya artis ramai sampai tak boleh kira pakai jari-jemari di tangan. Namun, jujurnya FFVPM 8 di Universiti Utara Malaysia lebih hebat sekiranya dibandingkan dengan FFVPM 9. Penganjurannya, hebat bukan kerana ramai artis yang hadir memeriahkannya namun hebat kerana kelancaran, kekemasan, aturcara program sepanjang festival berlangsung. Bukan ingin mengutuk FFVPM 9 yang dianjurkan UiTM, tidak sama sekali. Cuma, kalau boleh diharap supaya jangan terlalu memegahkan nama UiTM sangat dek kerana penganjuran yang dikatakan gah ini, sehinggakan  institusi-institusi pengajian lain yang menyertai FFVPM 9 seperti tidak wujud.
Kat bawah ini satu luahan daripada peserta yang menyertai FFVPM 9, diharap pihak penganjur yang akan datang akan mengambil kira beberapa perkara melalui pandangan yang dilemparkan oleh saudara dibawah. Sekian.

PERJALANAN KE TAHUN AKHIR

4 tahun masa yang perlu diambil untuk mendapatkan segulung ijazah. Hari ini genap sudah 3 tahun, hanya tinggal 1 tahun sahaja lagi untuk memegang segulung ijazah, insyaAllah. Ianya bukan satu perjalanan yang mudah, banyak onak duri yang kadang-kadang terselit tatkala mencucuk daging lantas terasa kesakitan. 


Namun, kesakitan itulah yang mengajar erti susah dan payahnya untuk menerpa kejayaan. Apa-apa pun semoga tahun yang mendatang akan membawa cabaran yang mampu mengajar erti kehidupan sebenar, dan semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan. Amin.



APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!

Sabtu, 9 Jun 2012

PENGHARGAAN, PULAU TIOMAN (part 5)

Akhirnya, tamatlah edisi istimewa Pulau Tioman. Pertamanya aku nak berterima kasih kepada penganjur lawatan ini, iaitu PENGURUSAN & MTM KPZ sesi 2011/2012, terima kasih banyak-banyak sebab sudi mempelawa aku untuk bersama korang. Banyak aktiviti menarik yang kita semua lakukan bersama-sama (masuk mode emo), kenangan-kenangan manis bersama aku takkan lupakan. Satu lagi, terima kasih sebab jaga KPZ, terutamanya Bonda. Akhir kata, kat bawah nih ada sedikit gambar, kalau nak amik buat profile picture kat FB amiklah..=)

(P/S: Kepada yang belum tengok lagi part2 sebelum nih, korang boleh cek kat archive kat sidebar blog ni)



Zul

Fauzi

Khamis, 7 Jun 2012

MAKAN MALAM BBQ, PULAU TIOMAN (part 4)

Orang putih kata, "A trip without celebration is an empty trip". Entah ada entah tidak kata2 macam tuh. Tapi walau apa2 pun, bunyinya macam logik jugaklah. Jadi sebelum keberangkatan pulang ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia, malam sebelumnya pihak Resort telah menyediakan makan malam BBQ untuk pelanggannya. Yeah!!! BBQ, masuk yang nih dah kali ke 3 dah BBQ dalam 2 minggu nih. Aduh, rosak program nak diet...=) Apa-apa pun kat bawah nih sedikit gambar masa makan malam tersebut, enjoy..=)



Rabu, 6 Jun 2012

WATERFALL TRIP, PULAU TIOMAN (part 3)

Pulau Tioman terkenal dengan pantai yang indah, namun tersorok satu lagi keindahan anugerah-Nya yang tidak terkira. Air terjun yang sejuk di mata bila melihatnya. Kesejukan air yang mengalir deras menghempas batu-batu besar tatkala mengalunkan bunyi alam yang sedap didengar.



KEHIDUPAN PULAU, PULAU TIOMAN (part 2)

Untuk bahagian 2 ini, aku nak cerita sikit pasal penduduk dan suasana kehidupan disitu. Pengangkutan utama di Pulau Tioman ialah Pacuan Empat Roda, Motosikal dan sudah semestinya kapal2 kecil. Memandangkan di pulau ini terdapat banyak resort, boleh dikatakan majoriti daripadanya bekerja menguruskan resort masing-masing. Ada diantara resort dijadikan sebagai family business, bapa, anak, menantu dan mungkin sekali cucu-cucu.Resort yang menjadi tempat penginapan aku ialah Juara Mutiara Resort. Tempat penginapan yang disediakannya terbaik dan aku rekemen kepada mereka yang ingin bercuti di Pulau Tioman untuk memilih resort nih. Apa-apa pun nantikan bahagian yang seterusnya dalam Tanganku bukan Tanganmu edisi Pulau Tioman. Kat bawah nih sedikit gambar penduduk2 di Juara Mutiara Resort dan Kampung Juara, enjoy:

Jeti ketibaan dari Mersing

Juara Mutiara Resort

ALAM ANUGERAH ALLAH S.W.T, PULAU TIOMAN (part 1)

Berhujung minggu di Pulau Tioman, indahnya alam ciptaan-Nya, lautan bertebaran luas melitupi 2/3 muka bumi dan secebisnya adalah laut Cina Selatan di Pulau Tioman.
Alhamdulillah masih terpelihara lagi keindahan dasar laut dan pulau di situ.
Kawanan ikan2 yang kadang-kadang memukau mata dengan kepelbagaian jenis, bentuk dan warna.
Batu2 karang yang hidup mekar di dasar laut menjadi rumah kepada jutaan haiwan laut.
Syukur kepada-Nya kerana dikurniakan peluang untuk melihat keindahan ciptaan-Nya.

Jeti Kampung Juara, Pulau Tioman

Matahari terbit di sebalik bukit