Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 26 Mei 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep.7): JAMUAN BLOK PINTAR, KPZ

Sahabat baik ibarat adik beradik,
Sering dijadikan tempat bergantung, ibarat keluarga sendiri.

Sahabat baik susah untuk dilupakan,
Sekilas teringat nama mereka, terus teringat kenangan bersama.

Sahabat baik sentiasa ada,
Seluas dunia tidak kira di mana, di situ kita ada, di situ juga dia ada.



Ahad, 20 Mei 2012

007, PINTAR, KOLEJ PENDETA ZA'BA: BOSAN

Assalamualaikum semua, di bilik yang tak berapa indah ini, bertemankan sinar mentari pagi yang tatkala menyengat mata dek sinarannya yang agak terang, aku sebenarnya bosan. Tak tahu nak buat apa melainkan menulis entri blog yang membosankan ini.

Semua orang akan bosan kalau tak tahu nak buat apa. Bagi sesetengah orang, benda yang paling best kalau nak buat masa bosan ialah tidur. Tapi apa yang lebih best dari yang paling best ialah, bila kita bosan, banyak benda yang akan berlegar dalam fikiran kita, seperti teringat kat seseorang, atau teringat benda-benda yang dah lepas bertahun-tahun dahulu.

Kalau difikirkan balik masa kita bosan adalah masa terbaik untuk memuhasabah diri. Cuba kita duduk rilex, ambil earphone, pasang lagu jiwang, pastuh layan, kalau nak tambah pahala, dengar zikir, al-Quran dan sebagainya, insyaAllah, Allah itu maha Pemurah. Kita imbau balik kenangan-kenagan pahit dan manis yang pernah kita lalui dulu. Kita ambil yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan tauladan.

Sebelum aku tinggalkan entri kali nih, aku selitkan sedikit gambar yang membosankan...=)...Enjoy:

Bol & Nat jendela bilik

Sabtu, 12 Mei 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep. 6): Air Buah Gelas Besar, Terengganu, Ekspedisi Mahasiswa

Assalamualaikum, hujung minggu yang serba tenang ini, sedang aku tengah belek2 gambar2 masa ekspedisi mahasiswa kat terengganu minggu lepas, aku terhenti dekat set gambar semasa singgah kat kedai Air Buah Gelas Besar.

Kali nih, aku bukan nak cerita pasal Air buah gelas besar tuh , tapi nak cerita pasal masa2 yang diluangkan bersama sahabat handai. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dalam konteks sahabat pula, kalau kita tak kenal dia maka kita rasa tidak selesa sekiranya bersama dengan dia. Orang kata janggal atau kekok. Tapi bila kita saling mengenali hati budi masing-masing, maka pada ketika itulah kita dapat menghargai sahabat kita.

Manusia tak lari daripada kesilapan, sama juga dengan sahabat-sahabat kita. Sekiranya sahabat kita bersalah dalam sesuatu hal hendaklah kita menegurnya begitulah juga sebaliknya. Sesetengah orang ada juga berpendapat bahawa, sahabat baik kadang-kadang susah kita nak tegur kalau dia silap, sebab takut hati dia terluka.

"Perghhh...Der, lembut sangat tu der, jangan jadi sayur."

Kena ingat, sahabat kita pun mengharap sebenarnya untuk kita menegur mereka.

Apa-apa pun kat bawah nih, sedikit gambar masa singgah kat kedai air buah gelas besar, enjoy:

Sambil2 tunggu air buah

Takde keje sangat dah

Selasa, 8 Mei 2012

KONTI PUTRA FM, FBMK, UPM: ALIFF AZIZ & KLANGIT

Assalamualaikum semua, petang tadi, Aku & The Zul, berpeluang ke udara bersama artis dari seberang, Aliff Aziz di Putra FM untuk subjek Teknik Penerbitan Radio, semalam pula rakan setugas, Mimi & Azwa, juga telah ke udara bersama kugiran Klangit. Keduanya bernaung dibawah Sony Entertainment. Kalau nak tahu Klangit popular dengan lagu yang aku kira agak meletop sekarang iaitu, Sesal Mendua, kalau korang nak tengok video klip yang official, boleh ke link ini Klangit Sesal Mendua. Manakala Aliff Aziz pula muncul dengan singgle terbarunya iaitu Jangan Ganggu Pacarku, kalau anda nak tengok video klip official, bolehlah ke link ini, Aliff Aziz Jangan Ganggu Pacarku.

Putra FM 90.7

Isnin, 7 Mei 2012

TAMAN TAMADUN ISLAM, TERENGGANU, EKSPEDISI MAHASISWA

Assalamualaikum, pada kali ini aku ingin berkongsi sedikit gambar-gambar yang aku ambil pada ketika aku berpeluang singgah melawat Taman Tamadun Islam. Tarikan utamanya ialah Masjid Kristal serta beberapa replika-replika masjid-masjid yang terkenal di seluruh dunia, semoga terhibur:


Taj Mahal, Agra, India

PASAR PAYANG, TERENGGANU, EKSPEDISI MAHASISWA

Kali ini, aku berpeluang berkunjung ke Pasar payang, sebuah lokasi membeli-belah yang terkenal di Terengganu. Pelancong-pelancong, dari luar Terengganu yang berkunjung mesti akan singgah di pasar ini. Banyak barang-barang yang dijual di sini daripada makanan sehinggalah kepada pakaian-pakain dan pelbagai aneka kraf tangan. Kalau nak tahu, kena datang sendiri lah ye. Sedikit gambar-gambar yang dirakam semasa membeli-belah kat sana, enjoy:

Grafiti!!!