Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 29 Disember 2011

Entry # 99

Wah, tak sangka dah 99 entry aku dah buat kat blog aku nih. Tahniah kepada aku (sambil menepuk bahu sendiri).

Sebenarnya aku saja jer nak post entry kali nih sebab nak suruh cepat sikit sampai ke post yang ke 100.
Wah (kali ke-2), da banyak jugak masa yang aku luangkan kat blog aku nih. Entah berapa kali aku tukar appearance blog aku neh. dan yang terbaru aku baru jer tukar header banner aku. Yang baru nih nampak lebih cool skit.

Kepada pemollow-pemollow yang sudi memollow blog aku nih, terima kasih banyak-banyak, dan kepada yang tak memollowkan diri tapi sekadar menjengah sahaja pun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Nantikan entry yang ke 100. Aku pun tak tahu lah nak buat entry pasal apa, tapi yang pasti akan ada gambar. Gambar apa, kita sama-sama nantikan.

Kalau yang tertanya-tanya, kenapa aku lebih suka letak gambar kat blog berbanding facebook, sebab, tangan aku yang bikin, ikut suka aku la..hahaha..gurau je.. Mungkin takde sebab kot kenapa aku berbuat demikian.

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU YANG BIKIN!!!

My Whishlist #2- PenOgraphy


Rabu, 28 Disember 2011

PAKAT MAI SINI

Ini adalah kesinambungan daripada lawatan ke Kedah aku hujung minggu lepas.
Mak sdara aku yang ajak aku pi jalan-jalan kat Pinang.
(cover, padahal aku yang nak jalan-jalan)
Yela, hujung tahun kan biasa Pinang ada Pesta,
Jadi, nak try pi la sana,
cari pa da kat situ.
mana la tau jumpa calon menantu ka,
sapa tau.
kan ramai pengunjung kt situ.
Ada la sikit sesi joli menjoli, tak banyak.
Ini sedikit gambar-gambar ketika pesta,
dan
gambar-gambar pusing Pinang.
Selamat meng-enjoy-kan diri dengan gambar-gambar kat bawah ek..=)

Ahad, 25 Disember 2011

Pi Kedah

Semalam aku pi Kedah negeri jelapang padi, pi sana sebab sepupu aku kahwin.
Orang Kelantan kahwin ngan orang Kedah.
Loghat Kelantan + Loghat Kedah.
Bobolit la lidoh eko jang oi.
haaa,
tubik doh keh tuh loghat nogoghi.
Cakap pasal loghat nih,
selepas abis main kat kenduri kahwin sepupu aku
My FaMo(disebut FaMa, singkatan Father Mother),
mengajak kami-kami (kesalahan tatabahasa),
pi ke Megat Dewa, Jitra, rumah pak sedara datuk belah mak aku.
ha, dah bau-bau bacan dah tu,
aku pun tak pernah sampai kat sana lagi.
Ni sedikit sedutan gambar-gambar perkahwinan
dan lawatan sampingan ke rumah pak sedara datuk belah mak aku.
ENJOY!!!

Khamis, 8 Disember 2011

ALLAYARHAM TOK WAN


3 Disember 2011,
Tok Wan dah tiada,
Bila aku dengar berita mengenainya, aku terus terdiam sejenak,
Aku terimbas kembali ketika aku masih kecil,
seingat aku ketika itu umur aku hanya 6 tahun.
Ayahku sengaja meninggalkan aku dengan arwah Tok Wan di Kg. Ketil Pgkln Kubor.
Kenangan bersama arwah menimbulkan rasa sebak didada.
Namun yang pergi tak kan kembali.

Al-Fatihah buat arwah Tok Wan...