Halaman

GMOYZSTUDIO

Jumaat, 15 Ogos 2014

MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN AZMI & NAIMI

Assalamualaikum dan rasanya masih sempat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog tangankubukantanganmu yang serba daif ini. Beribu kemaafan dipohon kiranya ada melakukan kesilapan dan mengguris hati pembaca sekalian.

Hari raya kali ini tidak seperti yang sudah, kali ini mendapat tugas untuk menjadi jurugambar untuk majlis perkahwinan sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi. Jujurnya pada mulanya diminta untuk menjadi jurugambar tersebut ada rasa kurang keyakinan, kerana pengalaman mengambil gambar perkahwinan, spesifiknya, boleh dikatakan sekangkang kera. Namun kerana ada rasa ingin mencuba dan menimba pengalaman maka terimalah jugak permintaan sahabat tersebut.

Bukan senang tapi tak susah. Itulah ayat yang paling sesuai boleh digambarkan sepanjang menjadi jurugambar untuk majlis tersebut. Dengan ilmu yang sekangkang kera tadi, tugas yang diberi, dijalankan dengan sepenuh hati.

Berbekalkan kamera yang tidak se'PRO' yang biasa digunakan jurugambar-jurugambar perkahwinan profesional di luar sana, maka Alhamdulillah, selesailah sudah tugas termasuklah proses suntingan gambar-gambar.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Pengantin Baru, Azmi & Naimi, Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga berkekalan sehingga ke Jannah. Cepat-cepatlah dapat anak ye.