Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 1 Jun 2013

MACRO: FOCUS STACKING

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca, dalam entry kali nih nak kongsi sikit mengenai satu teknik post-rocessing gambar macro yang dikenali sebagai 'focus stacking'.

Hasil satu gambar macro yang biasanya mempunyai bahagian kawasan fokus yang kecil kerana subjek terlalu dekat dengan kamera kadang-kadang kurang memuaskan hati jurugambar, jadi teknik focus stacking bolehlah digunakan dengan menyusun beberapa keping gambar sama yang mempunyai kawasan fokus yang berbeza (yang anda mahukan) untuk mendapatkan hasil gambar dimana subjek di dalam gambar dalam keadaan yang lebih sharp dan fokus.

Software yang digunakan biasanya Adobe Photoshop, namun ada juga software-software lain yang mampu membuat teknik focus stacking ini. Selain itu penggunaan tripod adalah sangat-sangat digalakkan kerana untuk memastikan komposisi gambar konsisten dan untuk memudahkan lagi software memproses gambar.

Kepada yang hendak mencuba, kat bawah ni ada sebuah video tutorial FOCUS STACKING


Dan Ini pula adalah cubaan kali pertama saya mengguna pakai teknik ini, enjoy:

Hasil Focus Stacking
Kat bawah ni pula adalah susunan gambar yang mempunyai kawasan fokus yang berbeza: