Halaman

GMOYZSTUDIO

Sabtu, 19 Januari 2013

HARI PERTAMA BERUMUR 23 TAHUN: BROGA

Kalau tahun lepas di tasik Shah Alam, tahun nih pulak pegi Broga. Dah lama mengidam nak naik broga, 4 tahun dok UPM baru hari ni dapat peluang naik Broga, Umur dah meningkat naik, Broga yang rendah tu pon boleh semput, aishh!

Bertemankan 2 member (Faizuddin & Firdaus) yang setia sampai ke akhirnya (nah kau ayat emo tiba-tiba), lebih kurang 30 hingga 40 minit mendaki sebab ramai nak mampus orang mendaki, nak wat camner, dah pegi pon masa hujung minggu, mana tak ramainya.

Terima kasih kepada member-member yang ingat tarikh lahir aku (padahal sebab aku letak jer kat Facebook tu, kalau tak letak memang sampai sudah takde orang ucap selamat hari lahir kat aku...LOL). Hahaha, apa-apa pun terima kasih sekali lagi kat semua kawan-kawan aku kat Facebook yang sudi menekan keyboard mereka untuk mengucapkan selamat hari lahir.

Kat bawah ni ada sedikit gambar masa mendaki.




Ahad, 13 Januari 2013

HARI KEBANGKITAN RAKYAT #KL112

KUALA LUMPUR MILIK RAKYAT!

Itulah yang mampu diluahkan melihat ratusan ribu gelombang manusia berarakan menuju ke Stadium Merdeka.
Bagi aku pula, mengikuti perarakan bermula daripada stesen LRT Universiti, sehingga ke Stadium Merdeka. Perjalanan sejauh 7Km itu tidak terasa keletihan keranan bersama ribuan mahasisiwa yang lain.
Keringat membasahi baju sepanjang perarakan yang disertai dengan pelbagai laungan dan sorakan menyatakan ktidakpuasan hati terhadap pemerintah sekarang.

YB AHMAD SABU BERSAMA MAHASISWA

10 RIBU MAHASISWA