Raya tahun ni tak macam raya yang tahun-tahun sudah, pemergian Tok Wan ke rahmatullah merubah sedikit rutin tiap kali Hari Raya aidilfitri menjelang tiba. Biasanya selepas sembahyang hari raya, Pengkalan Kubor merupakan destinasi utama, iaitu untuk menziarahi Tok Wan. Semoga roh Tok Wan tergolong dalam kalangan orang yang beriman kepada-Nya. Al-Fatihah.
Berbalik kepada sambutan raya tahun nih, banyak jugak rumah terbuka member-member yang buat, tapi tak semua yang dapat hadir disebabkan kekangan waktu dan semestinya faktor utama iaitu tidak mahu terperangkap dalam kesesakan tafik yang teruk di musim raya nih.
Duit raya masih lagi diberi memandangkan diri ini belum berpendapatan sendiri. Kalau zaman kanak-kanak dahulu, duit raya setiap kali dapat mesti kira, mana tau takut-takut tercicir. Tapi yang beza bila dah dewasa nih, amaun yang pak dan mak sedara bagi lain sikit berbanding dengan masa kecik-kecik dulu. Apa pun raya nih bukan pasal duit raya, tapi pasal ziarah-menziarahi, bersua muka dan saling bermaaf-maafan dengan sedara-mara, rakan-taulan, dan jiran tetangga. kat bawah ada sedikit gambar sekadar penghias entri kali ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Malam sebelum hari raya, teman adik main mercun |