Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 29 Mac 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep. 5)

Dahulu,
Ketika mula-mula mengenali sahabat,
Tidak pernah aku hirau siapa mereka,
Namun kini,
Setelah aku kenal erti persahabatan,
Diri ini terasa ingin selalu dekat dengan mereka,
Bersuka ria,
bergelak tawa.

Ahmad Fahmi

Nazirul Hazwan

Mohd Azmi
APA-APA PUN, SEMUA TANGAN  AKU YANG BIKIN!!!

Sabtu, 24 Mac 2012

KPZ vs K14: Bola Tampar Interkolej

Bersedia untuk masuk gelanggang

The man with the plan

Saya pon nak main jugak!!!

Preeeet!!!! 21-21....=)

Naseb baek la bukan kepala aku yang ditamparnya. Kesian gak aku tengok bola tuh, asyik kene tampar jer.

Penyokong2 setia!!



APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Khamis, 15 Mac 2012

SEKITAR KARNIVAL PC DAN BUKU RAKAN MUDA UPM

Tanggal 12 hingga 14 March 2012, SRM UPM menganjurkan karnival PC dan buku yang sudah menjadi perkara sinonim kepada pelajar2 di UPM, mana tidaknya, 1 semester tak sah kalau bukan 2 ataupun 3 kali event seperti ini diadakan. Ianya sangat berfaedah sebenarnya kepada pelajar2, dari segi membantu pelajar untuk mendapatkan barang2 yang berkaitan dengan harga yang dikenali sebagai, student price. Lokasi pada kali ini ialah Kompleks Mahasiswa, iaitu bersebelahan dengan Masjid UPM.
Tapi, yang aku tak berapa nak puas hatinya ialah gerai2 yang dibuka selain daripada gerai buku dan PC. Kalau anda perasan lah, terutamanya lelaki, memang takde langsung gerai2 yang jual men's stuff, bukan nak merungut tapi kenyataan. Kalau tanya pompuan, sah2 diorang akan jawab tak tahu, sebab barang2 diorang dah ada depan mata, apa nak kisah dengan barang2 orang lain...hehehe...gurau jer, jangan amik hati....
Mungkin penganjuran yang akan datang, akan mengambil kira perkara2 seperti yang aku telah suarakan...=)
Apa-apa pun, kat bawah nih, gambar2 yang aku sempat amik ketika hari kejadian, enjoy....=D



Isnin, 12 Mac 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep. 4)

"Persahabatan itu satu anugerah kepada mereka yang menghargai nilai dan erti persahabatan sebenar, dan janganlah sesekali memutuskan hubungan itu dengan asbab yang tidak diterima akal, sesungguhnya Rasulullah tidak suka sesama saudara memutuskan hubungan silaturrahim"









Info gambar: Fasilitator Persatuan Kebajikan Anak negeri Kelantan untuk Lawatan Sambil Belajar SMK Mulong ke UPM.

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!! 

Ahad, 11 Mac 2012

PEMUZIK SEBENAR

Assalamualaikum semua dan selamat berhujung minggu,
Semalam (Sabtu) aku berkesempatan berjalan-jalan di Jalan TAR sambil diiringi bersama kekasihku,
Ada jugaklah shopping sikit-sikit,
Jadi, nak dijadikan cerita,
Semasa aku jalan-jalan sambil mencari-cari,
Aku terserempaklah dengan apa yang orang kebiasaannya mengatakan mereka ini sebagai Pemuzik Jalanan,
Mereka yang aku maksudkan ialah Pemuzik yang memainkan alat muzik di kaki lima,
Seperti Keyboard dan Viola.

Ahad, 4 Mac 2012

Pada Pendapat Aku # 1

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana sudi menjengah blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, hari ni aku mendapat idea baru untuk mebuat entry bersiri yang dipanggil "Pada Pendapat Aku". Jadi aku harap korang semua dapat faham secara jelas dan terang bahawasanya, segala apa yang terpapar disini adalah pendapat aku sendiri. Berpaksikan tema: Semua orang bebas menyuarakan pendapat masing-masing!!!

Untuk entry pertama ini, sebagai seorang rakyat Malaysia aku nak menyatakan pendapat aku mengenai: 

Sikap berat sebelah media utama (mainstream media) di Malaysia.

Semua orang tahu siapa yang memimpin kerajaan Malaysia sekarang. Pada aku itu tidak penting, yang paling penting ialah agenda yang dibawa oleh mereka. Sebagai sebuah negara yang dikatakan demokratik, aku fikir tidak perlu untuk media-media utama di negara ini mempunyai sikap berat sebelah. Ya, kerajaan tersebut yang tanggung media-media tersebut, tetapi harus diingat, sekali lagi aku tegaskan Malaysia adalah negara demokratik. Aku paling suka pepatah "jangan gigit tangan orang yang menyuap". Aku tambah lagi sedikit pepatah tu "Habis tu, kalau yang disuap itu tahi", fikir-fikirkan lah.

Sebagai pemimpin yang mementingkan konsep demokratik, mereka sepatutnya tidak perlu risau mengenai kedudukan mereka, ini kerana, rakyat yang menentukannya. Jadi, adalah hak rakyat untuk mengetahui apa yang berlaku di negara mereka tanpa merisaukan elemen berat sebelah. Media sepatutnya menjadi sumber maklumat kepada rakyat, bukannya penghasut. Rakyat mempunyai kebebasan untuk memilih sumber maklumat mereka sendiri. Tapi, bagaimana pula mereka yang tiada pilihan selain menonton, membaca dan mencerna maklumat melalui media-media utama di Malaysia. Aku tak nak nyatakan siapa, korang tahu-tahu sendirilah. Aku taknak jadi macam 'beliau yang suka berteka-teki'. 

Akhir kata, aku tinggalkan entry "Pada Pendapat Aku # 1" kali ini dengan satu hadis Nabi S.A.W:

“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.

P/S: Makna Zalim, adalah meletakkan sesuatu/ perkara bukan pada tempatnya. 

Sabtu, 3 Mac 2012

RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING, (Ep. 3)

"Makluman kepada pembaca, pelawat, peminat dan pengikut yang selalu singgah ke blog ini, korang semua adalah "RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING" aku, tak kiralah korang tak nak mengaku ataupun korang buat tak kisah, yang penting aku dengan tidak malunya mengakui, korang adalah tergolong dalam "RAKAN, KAWAN, SAHABAT, GU, SAING" aku.
hahaha...=)"

MILKYWAYSIAN

KPZ SENIOR

COURSEMATE

KPZ VOLLEYBALL TEAM

KELANTANESE STUDENTS WELFARE ORGANIZATION DNAIM UPM

UNDERGRAD STUDENTS OF KELANTANESE GATHERING

KELANTANESE STUDENTS WELFARE ORGANIZATION DNAIM UPM


APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Khamis, 1 Mac 2012

FENOMENA FOTOGRAFI

Kita lihat, saban hari, seorang demi seorang jurugambar-jurugambar muncul menunjukkan kebolehan masing-masing mengambil gambar. Tidak kiralah kamera apa yang mereka gunakan yang penting foto yang diambil menarik, dan mampu membuatkan orang yang melihatnya menyebut 'Wow!'.

Jujurnya aku tidak suka kepada ayat-ayat yang sekarang nih biasa disebut oleh umum seperti:

1. Having camera doesn't made somebody a photographer.
Jawapan aku:"memiliki kamera tidak semestinya menjadikan seseorang itu jurugambar" Orang tak beli kamera mahal2 untuk buat perhiasan der, lagipun selain jurugambar ada panggilan lain ke yang aku tak tahu, dan aku nak ganti tagline nih dgn tagline aku, baca ayat last skali dalam artikel nih.

2. (Ini bukan ayat tapi gambar) Seekor monyet sedang memegang kamera dan ditafsirkan sebagai sedang mengambil gambar, dan disertakan dalam gambar tersebut ialah:
"Everybody think they are photographer"
Jawapan aku: Walaupun dia letak seekor kambing sedang mengambil gambar pun, ada aku kisah!!!

Pada aku, keadaan-keadaan diatas lah yang membunuh secara perlahan bakat2 baru dalam industri ini, dan pada pendapat aku, jurugambar itu hanyalah gelaran kepada mereka yang memegang kamera walaupun kamera yang ada pada telefon mereka.
Jadi, kepada mereka yang suka mengambil gambar, jangan peduli dengan kata-kata orang, anda profesional ke, amatur ke, pucuk pangkalnya,
"FOTO YANG MENARIK ADALAH YANG TERBAIK."

Apalah yang aku merepek kat atas nih, =)
Sebenarnya aku nak kongsi blog2 fotografi yang selalu aku lewati,
Mereka nih boleh dikira pakar jugak lah dalam apa yang mereka buat,
Aku tertarik dengan blog mereka sebab dalam blog mereka, 
mereka BERKONGSI bukannya MENUNJUK.