Halaman

GMOYZSTUDIO

Ahad, 11 Mac 2012

PEMUZIK SEBENAR

Assalamualaikum semua dan selamat berhujung minggu,
Semalam (Sabtu) aku berkesempatan berjalan-jalan di Jalan TAR sambil diiringi bersama kekasihku,
Ada jugaklah shopping sikit-sikit,
Jadi, nak dijadikan cerita,
Semasa aku jalan-jalan sambil mencari-cari,
Aku terserempaklah dengan apa yang orang kebiasaannya mengatakan mereka ini sebagai Pemuzik Jalanan,
Mereka yang aku maksudkan ialah Pemuzik yang memainkan alat muzik di kaki lima,
Seperti Keyboard dan Viola.


Kalau dilihat dari segi umur dan fizikal,
Kadang-kadang mereka ini sudah berada dalam usia emas,
Dan, kadang kala juga mereka ini adalah Orang Kelainan Upaya,
Aku sebenarnya kagum dengan keupayaan mereka,
Tambahan pula muzik yang dialunkan oleh mereka bukanlah muzik seperti Do Re Mi Fa So La Ti Do,
Yang itu aku pun boleh main,
Jadi pada pemikiran aku, mereka adalah pemuzik profesional dan terlatih.

Tetapi!!!
Yang aku nak tahu ialah, apakah pandangan orang yang lalu lalang disitu,
Dan, sekali-sekala, ada yang menghulurkan wang kepada Pemuzik tersebut.
Adakah di benak pemikiran orang yang lalu lalang itu, mereka (Pemuzik) adalah pengemis,
Jika ya, aku sekeras-kerasnya mebantah tanggapan itu,
Kerana, kalau nak dibandingkan dengan pemuzik yang dibayar untuk membuat persembahan di majlis,
Aku rasa mereka berdua sama sahaja, 
Jadi kepada mereka yang berfikiran sedemikian, ubahlah,
Walaupun anda mempunyai hak untuk mebuat tanggapan, ubahlah,

Hargailah mereka sepertimana anda menghargai pemuzik-pemuzik yang anda kenal dan kagumi,
Mereka berhak untuk dihargai, 
Bukan melalui wang sahaja, 
Malahan melalui tanggapan juga.

APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

1 ulasan:

  1. semua muzik pun ada do re mi fa so la ti do la.. bongok

    BalasPadam