Halaman

GMOYZSTUDIO

Ahad, 4 Mac 2012

Pada Pendapat Aku # 1

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana sudi menjengah blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, hari ni aku mendapat idea baru untuk mebuat entry bersiri yang dipanggil "Pada Pendapat Aku". Jadi aku harap korang semua dapat faham secara jelas dan terang bahawasanya, segala apa yang terpapar disini adalah pendapat aku sendiri. Berpaksikan tema: Semua orang bebas menyuarakan pendapat masing-masing!!!

Untuk entry pertama ini, sebagai seorang rakyat Malaysia aku nak menyatakan pendapat aku mengenai: 

Sikap berat sebelah media utama (mainstream media) di Malaysia.

Semua orang tahu siapa yang memimpin kerajaan Malaysia sekarang. Pada aku itu tidak penting, yang paling penting ialah agenda yang dibawa oleh mereka. Sebagai sebuah negara yang dikatakan demokratik, aku fikir tidak perlu untuk media-media utama di negara ini mempunyai sikap berat sebelah. Ya, kerajaan tersebut yang tanggung media-media tersebut, tetapi harus diingat, sekali lagi aku tegaskan Malaysia adalah negara demokratik. Aku paling suka pepatah "jangan gigit tangan orang yang menyuap". Aku tambah lagi sedikit pepatah tu "Habis tu, kalau yang disuap itu tahi", fikir-fikirkan lah.

Sebagai pemimpin yang mementingkan konsep demokratik, mereka sepatutnya tidak perlu risau mengenai kedudukan mereka, ini kerana, rakyat yang menentukannya. Jadi, adalah hak rakyat untuk mengetahui apa yang berlaku di negara mereka tanpa merisaukan elemen berat sebelah. Media sepatutnya menjadi sumber maklumat kepada rakyat, bukannya penghasut. Rakyat mempunyai kebebasan untuk memilih sumber maklumat mereka sendiri. Tapi, bagaimana pula mereka yang tiada pilihan selain menonton, membaca dan mencerna maklumat melalui media-media utama di Malaysia. Aku tak nak nyatakan siapa, korang tahu-tahu sendirilah. Aku taknak jadi macam 'beliau yang suka berteka-teki'. 

Akhir kata, aku tinggalkan entry "Pada Pendapat Aku # 1" kali ini dengan satu hadis Nabi S.A.W:

“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.

P/S: Makna Zalim, adalah meletakkan sesuatu/ perkara bukan pada tempatnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan