Halaman

GMOYZSTUDIO

Khamis, 1 Mac 2012

FENOMENA FOTOGRAFI

Kita lihat, saban hari, seorang demi seorang jurugambar-jurugambar muncul menunjukkan kebolehan masing-masing mengambil gambar. Tidak kiralah kamera apa yang mereka gunakan yang penting foto yang diambil menarik, dan mampu membuatkan orang yang melihatnya menyebut 'Wow!'.

Jujurnya aku tidak suka kepada ayat-ayat yang sekarang nih biasa disebut oleh umum seperti:

1. Having camera doesn't made somebody a photographer.
Jawapan aku:"memiliki kamera tidak semestinya menjadikan seseorang itu jurugambar" Orang tak beli kamera mahal2 untuk buat perhiasan der, lagipun selain jurugambar ada panggilan lain ke yang aku tak tahu, dan aku nak ganti tagline nih dgn tagline aku, baca ayat last skali dalam artikel nih.

2. (Ini bukan ayat tapi gambar) Seekor monyet sedang memegang kamera dan ditafsirkan sebagai sedang mengambil gambar, dan disertakan dalam gambar tersebut ialah:
"Everybody think they are photographer"
Jawapan aku: Walaupun dia letak seekor kambing sedang mengambil gambar pun, ada aku kisah!!!

Pada aku, keadaan-keadaan diatas lah yang membunuh secara perlahan bakat2 baru dalam industri ini, dan pada pendapat aku, jurugambar itu hanyalah gelaran kepada mereka yang memegang kamera walaupun kamera yang ada pada telefon mereka.
Jadi, kepada mereka yang suka mengambil gambar, jangan peduli dengan kata-kata orang, anda profesional ke, amatur ke, pucuk pangkalnya,
"FOTO YANG MENARIK ADALAH YANG TERBAIK."

Apalah yang aku merepek kat atas nih, =)
Sebenarnya aku nak kongsi blog2 fotografi yang selalu aku lewati,
Mereka nih boleh dikira pakar jugak lah dalam apa yang mereka buat,
Aku tertarik dengan blog mereka sebab dalam blog mereka, 
mereka BERKONGSI bukannya MENUNJUK.






Jadi, blog2 kat atas nih aku bookmark kat dalam web browser aku,
Boleh katakan tiap2 hari jugaklah aku jalan2 kat blog diorang.
Akhir kata,

APA-APA PUN SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan