Walaupun agak sedikti lambat untuk aku buat entry neh, tapi, aku tetap nak buat sebab aku anak jati kelantan. Kelantan telah membuktikan kehadirannya dalam kancah liga super adalah bukan main2, setelah sekian lama menyepi dalam arena bola sepak tanah air, Kelantan telah membuktikan bahawa mereka bukan calang2 lawan untuk dijinakkan.
Setelah berjaya merangkul Piala Malaysia, dan Piala Sumbangsih, Skuad Kijang Emas ataupun lebih dikenali dengan gelaran The Red Worrior telah merangkul satu lagi piala kemenangan iaitu Piala Liga Super. Kemenangan ini telah mengubat duka kekalahan Piala FA kepada Terengganu sebulan yang lepas.
Gelombang yang dibawa Kelantan dalam kancah bola sepak tanah air sejak akhir2 ini diharap akan berterusan untuk jangka masa yang lama. Jikalau sekiranya jatuh, usah gusar kerana penyokong ibarat buih buih merah di lautan akan berada bersama anda The Red Worrior.
Gomo Kelate Gomo!!!
Memaparkan catatan dengan label REVIEW/ ULASAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REVIEW/ ULASAN. Papar semua catatan
Isnin, 11 Julai 2011
Isnin, 20 Jun 2011
MEROKOK
Setelah beberapa tahun membuat pemerhatian terhadap perokok2 tegar, aku telah berjaya membuat kesimpulan bahawasanya MEROKOK MENGUBAH PERSONALITI/ SIFAT/KELAKUAN/PERANGAI/TABIAT SESEORANG. Perubahan apa yang aku maksudkan tuh? Perubahan personaliti daripada positif kepada negtif.
Korang fikir sendirilah perangai2 negatif tuh, sebab aku rasa kalau korang yang tak merokok dan ada kawan yang korang kenal sebelum mereka menjadi perokok, korang boleh meneka sebiji2 perangai negatif diorang yang muncul SEPERTI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN.
Bukan aku ingin mengatakan bahawa aku tidak menyukai perokok, tapi aku tidak menyukai perangai diorang, dan antara perokok2 dibawah pemerhatian aku ialah kawan2 aku sendiri dan juga termasuk ahli keluarga aku sendiri. Ramai kawan2 aku yang dahulunya tidak merokok tidak mempunyai perangai negatif. Namun selepas terjerumus ke dalam kancah PEROKOKAN, perangai negatif mereka tiba2 muncul. Sedar atau tidak sedar tugas kita adalah untuk menyedarkan perokok2 tegar ini.
Stress, boring, adalh alasan semata-mata untuk memulakan kehidupan sebagai perokok. Merokok boleh menghilangkan stress, boring dan lain2???? OMG.
Disini aku ingin menyatakan bahawa aku mengutuk perangai2 negatif perokok2 tegar. Mungkin dengan menyedari bahawa merokok nih hanya membawa kepada KENEGATIFAN semata-mata, perokok2 di luar sana dapat berhenti daripada merokok.
Amaran daripada NON-SMOKERS kepada SMOKERS, MEROKOK membahayakan diri anda dan orang lain.
(p/s: Amaran kerajaan tak leh pakai dah)
Korang fikir sendirilah perangai2 negatif tuh, sebab aku rasa kalau korang yang tak merokok dan ada kawan yang korang kenal sebelum mereka menjadi perokok, korang boleh meneka sebiji2 perangai negatif diorang yang muncul SEPERTI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN.
Bukan aku ingin mengatakan bahawa aku tidak menyukai perokok, tapi aku tidak menyukai perangai diorang, dan antara perokok2 dibawah pemerhatian aku ialah kawan2 aku sendiri dan juga termasuk ahli keluarga aku sendiri. Ramai kawan2 aku yang dahulunya tidak merokok tidak mempunyai perangai negatif. Namun selepas terjerumus ke dalam kancah PEROKOKAN, perangai negatif mereka tiba2 muncul. Sedar atau tidak sedar tugas kita adalah untuk menyedarkan perokok2 tegar ini.
Stress, boring, adalh alasan semata-mata untuk memulakan kehidupan sebagai perokok. Merokok boleh menghilangkan stress, boring dan lain2???? OMG.
Disini aku ingin menyatakan bahawa aku mengutuk perangai2 negatif perokok2 tegar. Mungkin dengan menyedari bahawa merokok nih hanya membawa kepada KENEGATIFAN semata-mata, perokok2 di luar sana dapat berhenti daripada merokok.
Amaran daripada NON-SMOKERS kepada SMOKERS, MEROKOK membahayakan diri anda dan orang lain.
(p/s: Amaran kerajaan tak leh pakai dah)
Mungkin perokok2 tidak akan menyukai untuk membaca entry ini, tapi ADA AKU KESAH.
Khamis, 16 Jun 2011
[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!
[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!
KATEGORI 3: GAMBAR KETIKA MELANCONG
KATEGORI 3: GAMBAR KETIKA MELANCONG
(p/s:Maaf sebab gambar ini membelakangkan pembaca)
Gambar diatas ini diambil ketika melancong di Pulau Redang, pemandangan yang memukau ini diambil dari atas sebuah gunung di resort Mutiara Redang, Pulau Redang yang mengambil masa selama setengah jam untuk didaki sehingga ke tempat di atas.
Gambar ini juga diambil di Pulau Redang, diambil sewaktu matahari terbit kira-kira pukul 7 pagi di hadapan tempat penginapan. Di atas jeti dalam gambar menunjukkan beberapa orang pelancong lain menikmati keindahan waktu terbit matahari.
PENGGODAMAN SEDANG BERJALAN
Semalam kita digemparkan dengan berita mengenai laman web kerajaan dan laman web swasta digodam oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous dan berikut merupakan ciri utama laman web yang telah berjaya digodam.
Mengikut apa yang tertera dekat laman web yang telah digodam, tujuan Anonymous menggodam laman2 web ini adalah kerana kebebasan berinternet telah disekat oleh kerajaan Banyak laman web yang telah di sekat terutamanya laman web File Hosting.
Mengikut khabar angin, kumpulan Anonymous ini akan terus menggodam laman2 web kerajaan sehingga kerajaan mengangkat semula sekatan ke atas sebilangan laman web yang disekat oleh mereka dari diakses oleh rakyat Malaysia.
Mengikut apa yang tertera dekat laman web yang telah digodam, tujuan Anonymous menggodam laman2 web ini adalah kerana kebebasan berinternet telah disekat oleh kerajaan Banyak laman web yang telah di sekat terutamanya laman web File Hosting.
Mengikut khabar angin, kumpulan Anonymous ini akan terus menggodam laman2 web kerajaan sehingga kerajaan mengangkat semula sekatan ke atas sebilangan laman web yang disekat oleh mereka dari diakses oleh rakyat Malaysia.
Rabu, 15 Jun 2011
TODAY IS WORDLESS WEDNESDAY DAY
Aku ada terbaca dalam satu blog pasal wordless day neh, hanya gambar sahaja yang menjadi isi entry anda, gambar tersebut menceritakan segala-galanya tanpa perlu anda menerangkannya menggunakan penulisan.
Ini adalah entry aku untuk wordless day:
Ahad, 12 Jun 2011
TRW NEWS: KELANTAN GAGAL BAWA PULANG PIALA FA
Jika tahun lepas Selangor menjadi penghalang Kelantan unutk membawa pulang Piala FA, tahun ini, Terengganu mengambil alih perananya daripada Selangor. Terengganu menewaskan Kelantan 2-1 dalam perlawanan yang boleh dikatakan amat sengit.Kelantan berhempas pulas mempertahankan gol pertama yang dijaringkan oleh Nurul pada separuh masa kedua, namun kelekaan pertahanan Kelantan di saat2 akhir perlawanan menghukum mereka apabila gol penyamaan singgah di gawang Kelantan hasil gol sendiri daripada Daudsu.
Perlawanan kemudiannya diheret sehingga separuh masa kedua masa tambahan dimana Terengganu menjaringkan gol kemenangan mereka.
Kegagalan kali kedua berturut-turut buat Kelantan adalah suatu pengalaman yang perit, namun mereka tidak harus berduka cita atas kekalahan ini kerana misi besar mereka iaitu untuk menjuari Liga Super masih terbuka. Mereka juga perlu berhati-hati dengan Selangor dan juga Terengganu yang masih berpeluang memintas mereka.
Gomo Kelate Gomo!!!
Sabtu, 4 Jun 2011
PANAS TENGOK BERITA PANAS DI TV 3
Entry kali nih sungguh terkini dan sensasi macam TV3.
Cuaca yang panas kebelakangan ini membuatkan hari aku sedikit teruji, namun begitu, apa yang lebih menguji sifat aku sebagai manusia biasa ialah KEPANASAN BERITA TV 3. Stesen Televisyen TV 3 yang dikatakan stesen tv no 1 di Malaysia telah memaparkan berita yang agak panas selepas berita tersebut sejuk untuk beberapa ketika sejak mula disebarkan beberapa bulan yang lalu.
Apa sebenarnya motif Buletin Utama TV 3 menyiarkan berita panas tersebut.Ataupun diorang mendapat arahan daripada PIHAK ATASAN. Siapa tahu. Aku pun tak tahu.
Seingat aku TV 3 nih kalau masuk bab2 lucah diorang sensor apa yang patut, contohnya masa buat terjahan kat premis2 pelacuran, muka2 pelacur bukan main blur gila sensor dia. Tapi video yang disiarkan kali ini dan yang sebelum ini tidak pula disensor.
Jadi dengan berat hatinya aku mengutuk Stesen TV3 sebab tujuan diorang menyiarkan berita ini adalah semata2 untuk MENGAIBKAN SESEORANG.
Apa nih TV3, menyesal aku tengok siaran2 korang sampai sekarang, hampeh, katanya stesen no.1 Malaysia. Kalau korang benci sangat kat orang tuh tak payahlah nak aibkan dia sampai macam tuh skali. Korang tunggulah balasan Allah S.W.T...Kalau bukan sekarang mungkin kat akhirat nanti.
p/s:Ini sedutan Buletin Utama yang aku maksudkan tuh: Berita Panas
Aku cuba untuk tidak menyebut nama2 yang terlibat, korang yang membaca paham2 lah sendiri ye, dan rasanya klu tak tengok klip video kat link yang aku bagi kat atas tuh korang pun dah dapat tangkap siapa yang terlibat.
Selasa, 31 Mei 2011
CERITA ARTIS: SALIH & YANG KE-4
Ya, yang ke-4. Salih Yaacob dan Samihah Sheikh Ali berjaya diijabkabulkan.
Bukan senang nak jumpa orang yang berpoligami macam Salih nih,
kehidupannya bahagia disamping isteri2 nya yang tercinta,
Moga2 jodohnya bersama isteri ke-4 nya itu berkekalan,
sehingga akhir hayat.
Klik link ini unutk baca berita selanjutnya:
Jom Join Bloglist Jamaluddin.net

Well, it is obvious from header and the entry title.
It is a contest from jamaluddin.net,
you can check out the prizes on jamaluddin.net,
There are pretty interesting prizes.
It means a lot for me to enter this contest as my blog aren't so jam packed with the visitors,
I updated my blog quite often,
And i'm going to update it as often as I can,
I'm hoping to really win this contest,
Well, if I couldn't, at least I try though.
For the bloggers out there,
You can try entering this contest,
Just visit jamaluddin.net,
And you can read about this contest.
HAVE A NICE DAY.
Sabtu, 21 Mei 2011
Review: Maharaja Lawak Minggu 8

TERBAIK, Itu sahaja yg mampu aku katakan untuk Maharaja Lawak minggu ke-8, aku kategorikan sebagai minggu terbaik dari minggu2 yang lain, mungkin sebab Amir dah keluar kot, kih kih kih!!! jahat sungguh aku cakap camtuh, tapi ada betulnya jugak rasanya. Ataupun mungkin disebabkan undi masuk semula yang telah dimenangi oleh R2. Tahniah R2.
Layan ramai2 kat kedai semalam membuatkan keadaan sungguh meriah dengan gelak ketawa. Huih, memang aku tak nafikan lah persembahan2 yang ditunjukkan oleh peserta2 Maharaja Lawak memang 1st class, terutamanya Jambu, Jozan dan Sepah. Ketiga-tiga kumpulan ini mempersembahkan lawak yang terbaik dari kalangan peserta lain.
- Peserta pertama yang membuat persembahan adalah Nabil yang mempersembahkan Stand Up Comedynya yang menjadi trademarknya. Mungkin disebabkan topiknya kurang menyangkut menyebabkan persembahannya mendapat sorakan yang sedang2 sahaja. Kejap ada gelak kejap takde. Tapi all teh best untuk dia sebab bukan senang nak wat cam dia tuh. Daripada 5 bintang aku bagi 3.5 bintang.
Persembahan Nabil. - Jambu pula membuat persembahan mereka dengan membawa topik yang FUTURISTIK skit katakan. Mereka seperti biasa berpakaian merah jambu yang menjadi warna tema mereka sejak minggu pertama lagi. Persembahan mereka mendapat pujian daripada Ahmad Idham sebagai pengkritik. Mereka mengekalkan kesinambungan lawak mereka dari minggu ke minggu, dan Jambu juga adalah salah satu peserta favourite aku untuk memenangi takhta Maharaja Lawak. Untuk persembahan mereka aku bagi 4.5 bintang.
Persembahan Jambu. - Jozan, peserta TERfavourite aku. Setiap minggu mereka cuba membawa satu lawak jenaka yang lain dari yang lain, dan mereka berjaya membawa lawak mereka pada minggu ini dengan jayanya. Dari mula persembahan hingga akhir persembahan, penonton tak henti2 ketawa punchline demi punchline dikeluarkan. Dengan ini aku bagi 4.5 bintang jugak untuk mereka.
Persembahan Jozan. - R2, peserta yang berjaya masuk semula melalui undi masuk. Mereka tidak mengecewakan pengundi2 yang mengundi masuk mereka semula dengan mepersembahkan lawak yang agak menjadi. mereka membawa scene seorang pemuda sedang menuggu bas dan ditegur oleh orang kurang siuman. Punchline yang mereka bawa menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk memenangi takhta Maharaja Lawak walaupun setelah tersingkir dan diundi masuk semula. Untuk persembahan mereka aku beri 4 bintang.
Persembahan R2. - Sepah, apa aku nak kata ek, bagi aku, TERBAIK. Persembahan yang TERBAIK untuk minggu ke-8. Sorry Jozan. Membawa persembahan lawak tradisi orang2 melayu yang aku kira sangat menjadi. Mendapat pujian daripada Apek sebagai juri. Untuk ini, aku bagi 5 bintang.
Persembahan Sepah. - Man, peserta yang tidak kurang hebatnya, namun pada minggu ini Man tersingkir. Lawaknya menjadi, cuma topik yang dibawa agak KLISE, jadi juri Ahmad Idham kurang menyukai persembahannya kerana kurang isi. Walaupun Man tersingkir aku bagi jugak bintang sebanyak 3 bintang..
Persembahan Man - Balas, peserta yang agak panas dengan topik2 yang mereka bawa setiap minggu, begitu juga untuk minggu ini, mereka seakan-akan tidak boleh membuang part2 panas dalam lawak mereka. Walaupun mendapat banyak kritikan daripada juri supaya mengurangkan part2 panas tersebut, namun Balas tetap dengan identiti mereka. Untuk persembahan balas aku bagi 4 bintang.
Persembahan Balas.
Jadi itu sahaja untuk review Maharaja lawak minggu 8. Aku terfikir untuk buat review pada minggu ini kerana minggu ini adalah minggu yang terbaik sejak bermulanya maharaja lawak minggu pertama.
Rabu, 18 Mei 2011
Maharaja Lawak: Penonton Studio Jadi Maharaja

Entry kali nih agak lain sikit dari entry2 yang pernah aku tulis. Aku agak bengang ngan sikap penonton kat studio tuh, takde rasa hormat langsung kat peserta2 sejak kebelakangan ini. Memang betul sesetengah peserta tuh memang lawaknya kurang bagus, dalam erti kata lain tak menjadi, tapi, janganlah anda (penonton kat studio) sesuka hati anda melaungkan ketidakpuasan hati anda masa orang tengah perform, ingat, bukan anda sorang yang tengok kat studio tuh, anda ingat penonton kat sebelah kiri, kanan, hadan dan belakang anda suka dengan kelakuan anda yang tak berapa MATURED tuh.
Bukan nak menghalang anda dari menunjukkan rasa tidak puas hati, tetapi, cuba fikir2kan lah orang lain yang menonton rancangan ini, termasuk aku sendiri, cuba kalau anda yang berada kat atas pentas dan penonton2 bersikap macam anda, mesti anda rasa TERUJA untuk melempar sesuatu kat penonton kan.
Anda mungkin kata:
"Aku bayar tiket kot nak masuk tengok persembahan lawak dan nak gelak sampai pecah perot"
Aku kata:
Ya, anda memang bayar tiket nak tengok dan gelak , tapi apa yang anda buat tuh "TENGOK" dan "GELAK" ker. Aku dan seluruh rakyat malaysia pun bayar gak nak tengok siaran TV Astro tuh, tapi AKU RASA yang tengok depan TV nih lebih BEHAVE lagi daripada penonton studio.
Apa2 pun anda pikir lah sendiri ek, jangan sampai penerbit rancangan Maharaja Lawak tuh panggil GUARD usung anda keluar dari studio tuh. Kelakuan anda hanya merosakkan kualiti rancangan Maharaja Lawak. Aku pun tak berapa suka kat peserta2 yang tidak berjaya menghasilkan lawak2 yang bagus, tapi aku takde lah nak melaungkan ungkapan2 yang mengganggu konsentrasi peserta dan penonton lain, yelah kalau aku laungkan pun, orang kat dalam TV tuh bukannya dengar pun...
(P/S: kepada penonton studio yang BEHAVE tuh Alhamdulillah jangan jadi macam orang sebelah-sebelah anda)
Isnin, 2 Mei 2011
Panas: Artis Malaysia Panas dan Memanaskan
Hmmm...
Macam2 lah sekarang nih, isu video seks tak habis2 lagi...
Timbul pulak satu perosak bangsa yang lain...
Sape yang dimaksudkan tu?
Kalau kat Korea dipanggil K-Pop, kumpulan2 wanita SEKSA menyanyi dan berjoget
sambil menunjukkan bahagian yang tak perlu ditunjuk...



Sekarang kat Malaysia pun dah ada macam tuh, kalau tak percaya tengok lah gambar-gambar nih...



SEKSA gila pakai, pose2 pon agak MENYEKSAKAN mata memandang..
Aku rasalah orang2 yang uruskan industri hiburan tanah air nih kena sedar tatasusila
berpakaian bagi artis...
Kalau sebelum nih boleh je melarang artis2 dari HOLLYWOOD atau WOOD2 yang lain berpakaian sopan semasa buat persembahan kat Malaysia nih, tapi bila artis Malaysia pakai entah apa2, takde pulak sound diorang...
Takkan nak tunggu TSUNAMI landa Malaysia dulu baru nak buat hukum Allah macam kat Acheh tuh...
Aik!!!
Rasenyer dah landa beberapa tahun lepas...
Mungkin nak kene tunggu yang kuat lagi, sampai separuh Malaysia jer yang tinggal, 1 Malaysia jd 1/2Malaysia...
Aku taknak lah komen panjang2 pasal nih, kita ada otak kita pikir, yang mana baik, yang mana buruk!!!
Inikah idola2 anak2 muda?
Inikah kemajuan yang ingin dicapai?
Inikah 1 Malaysia?
Inilah Dunia Akhir Zaman!!!
(P/S:Kalau nak buat dosa jangan ajak orang, kalau nak buat pahala ajak2 lah orang)
Selasa, 25 Januari 2011
SILATURRAHIM
Pergaduhan,
Fitnah -menfitnah,
Menipu,
Memulau,
Dengki (jahat),
Prasangka buruk,
Dan banyak lagi...
Perlakuan-perlakuan di atas sebenarnya telah banyak merosakkan hubungan silaturrahim antara kita sesama Islam. Sesungguhnya silaturrahim yang utuh adalh salah satu perkara yang MENGAGAHKAN perjuangan umat Islam di muka bumi Allah S.W.T.
Sedar tidak sedar, kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan. Tetapi kita sebagai umat-Nya, adakah kita sanggup merancang untuk memutuskan tali silaturrahim, MASYAALLAH, moga-moga dijauhkan dari perancangan itu.
Banyak hadis2 Rasulullah S.A.W melarang kita daripada memutuskan tali silaturrahim antara saudara seagama dengan kita, antaranya ialah:
Hadis 1:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata: "Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama Baginda s.a.w. tiba-tiba Baginda s.a.w.bersabda: "Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w.sendiri, tetapi tidak lama ia kembali maka ditanya oleh Baginda s.a.w.: "Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun kecuali engkau?" Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil sekali kedatangan mu ini?" Maka saya beritahukan apa yang saya dengar daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga membaca istighfar untuknya." Baginda s.a.w. bersabda: "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."
Hadis 2:
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Adhdhahaak bin Muzakim ketika menafsirkan ayat yang berbunyi: "Yamhu Allahu maa yasya'u wayuts bitu." (Tafsirannya) "Sesungguhnya seorang itu adakalanya menyambung kekeluargaannya padahal umurnya sudah tinggal tiga hari, tiba-tiba Allah s.w.t. menambah umurnya hingga tiga puluh tahun, dan adakalanya ia memutuskan hubungan kekeluargaan sedang umurnya masih sisa tiga puluh tahun, maka dipotong oleh Allah s.w.t. menjadi hanya tiga hari."
Allah S.W.T juga telah banyak berfirman berkenaan ikatan silaturrahim dalam al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W untuk kita semua membaca dan menghayatinya, antaranya ialah:
Firman Allah S.W.T, maksudnya "Apakah ada kemungkinan jika kamu telah menjadi wali (pemimpin) diatas bumi ini lalu kamu merosak dan memutuskan hubungan kerabat. Mereka yang berbuat demikian itu, orang-orang yang dikutuk oleh Allah sehingga dipekakkan telinga mereka dan dibutakan mata mereka." (Surah Muhammad ayat 22-23)
Sesungguhnya, marilah kita sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. InsyaAllah hidup kita akan mendapat berkat-Nya.
Isnin, 17 Januari 2011
SANGGUPKAH KITA?
Sanggupkah kita berkorban untuk orang yang langsung tidak ada kena mengena dengan kita, tidak mempunyai pertalian darah dengankita, dan tidak pula mengenali antara satu sama lain?
ya,
tidak sama sekali,
atau ragu-ragu.
Setelah mendengar ceramah yang agak menyentuh hati dan perasaan, persoalan ini timbul dalam kotak pemikiran aku. Beliau, Ahmad Khairiri Md. Yusop, penceramah, adalah seorang penderma hati kepada seorang kanak-kanak, Mohd Yohitt Mohd Farhan Kutty Krishnan, yang langsung tiada pertalian darah dengannya. Kanak-kanak tersebut telah disahkan menghidap penyakit yang memerlukannya membuat pemindahan hati dengan segera.
Ahmad Khairiri mendapat panggilan daripada ayah kanak-kanak tersebut yang memintanya untuk menjadi penderma hati kepada Mohd Yohitt. Selepas membuat beberapa pertemuan dengan keluarga Mohd Yohitt, Ahmad Khairiri bersetuju menderma hatinya kepada kanak-kanak tersebut.
Beliau sebenarnya telah bernekad untuk menjadi penderma hati selepas satu kejadian yang telah menimpa anaknya, dimana anaknya perlu membuat pembedahan untuk memasukkan balik usus besar yang terkeluar, dan pembedahan tersebut memerlukan sejumlah wang yang besar. Setelah belaiu secara tidak sengaja menceritakan masalahnya itu kepada bosnya, bosnya dengan ringan tangan menghulurkan sejumlah wang berbentuk cek untuk menanggung kos pembedahan anaknya itu.
Dari situlah timbul satu perasaan dalam diri Ahmad Khairiri untuk membantu orang lain, dan insan yang bertuah yang mendapat batuan daripada beliau ialah adik Mohd Yohitt. Walaupun setelah berjaya membuat pemindahan hati, adik Yohitt mengalami beberapa komplikasi dan dia pergi menyahut seruan Ilahi setelah tiga minggu membuat pemindahn hati.
Itu adalah cerita seorang rakyat biasa yang perihatin akan kesusahan yang dialami orang lain. Mampukah kita menjadi sepertinya? Mampukah kita menjadi perihatin sepertinya? Sebenarnya, kebanyakkan kita mampu untuk menjadi perihatin, tapi persoalannya "SANGGUPKAH KITA?"
Langgan:
Catatan (Atom)


