Halaman

GMOYZSTUDIO

Isnin, 30 April 2012

KUALA LUMPUR, DATARAN MERDEKA,BERSIH 3.0

Sedikit gambar Bersih 3.0 yang sempat dirakam ketika aku bersama beberapa orang lagi kawan menyertainya kerana menyokong misi yang dibawa iaitu PILIHAN RAYA YANG ADIL dan banyak lagi tuntutan yang memang masuk akal dengan keadaan politik Malaysia sekarang. Kepada pembenci Bersih anda hiduplah dalam kekotoran.

Bermula perjalan di hadapan bangunan Maybank ke Dataran Merdeka

"I want fair election"

Ahad, 22 April 2012

SUKZA 12, KOLEJ PENDETA ZAABA, UPM

Sukan Zaaba 2012 (2012)
Juara: Puma
N.Juara: Nike (Team aku)
ke-3: Adidas
ke-4: Diadora
(P/s:Nama-nama diatas adalah nama rumah sukan semata-mata, tiada kena mengena dengan Brand NIKE, ADIDAS, DIADORA, PUMA di luar sana)
Takde gambar masa maen, sebab aku pon turuT maen sekali, best wooooo. SUKZA 12 Terbaik!!!!

Kamal Nor Hafinas

Jumaat, 20 April 2012

PADA PENDAPAT AKU # 2: PTPTN & PENDIDIKAN PERCUMA

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera (not a fan of "salam 1 Malaysia" but i'm a fan of PEACE). Ok, berkenaan isu PTPTN yang semakin hangat di pasaran pendidikan Malaysia sekarang, mahasiswa memberontak meminta supaya kerajaan menghapuskan PTPTN. Wajar atau tidak wajar? Mengapa mesti mansuhkan PTPTN? Adakah dengan memansuhkan PTPTN isu Pendidikan Percuma dapat dicapai?

OK, aku buat satu perkiraan, kita pinjam PTPTN sebab nak bayar yuran pendidikan yang mahal, nak tanggung kos sara hidup sebagai pelajar universiti yang sudah matang dan nak bayar itu, beli ini dan macam-macam lagi. Sekarang, nih kita letak Pendidikan Percuma pulak, kita pinjam PTPTN sebab nak tanggung kos sara hidup dan bla, bla, bla (seperti ayat sebeum ini).

Jadi disini, aku nak tanya, nak mansuhkan PTPTN ke, nak Pendidikan Percuma? Pada pendapat aku, kita boleh dapat Pendidikan Percuma (aku tak kesah kalau percuma ke tak percuma), tapi mansuhkan PTPTN aku tak boleh terima, maaf. Sebab PTPTN tuh bukan buat bayar yuran sahaja. Tak kisahlah siapa buat, siapa yang luluskan cadangan PTPTN, itu serita lain, yang penting kalau benda itu beri faedah kepada pelajar apa salahnya diteruskan, meskipun kerajaan akan bertukar pimpinannya.

Sekarang aku nak perhalusi sikit mengenai PTPTN, sekali lagi aku suarakan pendirian aku, aku tak sokong pemansuhan PTPTN, tetapi Pendidikan Percuma boleh dipertimbangkan. Cumanya, yang sepatutnya disuarakan oleh mahasiswa ialah PEMANSUHAN RIBA PTPTN ataupun pihak PTPTN suka memanggilnya caj perkhidmatan, caj pengurusan atau caj pentadbiran. Mansuhkan yang itu baru betul, berapa anda pinjam, banyak itulah anda bayar. Jangan jadi macam Along pulak, pijam sepuluh sen nak kena pulang balik seringgit, apa kes, tak belajar Pendidikan Islam ke wahai pengurusan PTPTN dan yang seangkatan dengannya.

Satu lagi perkara yang aku nak perjelaskan, PTPTN itu pinjaman...

PINJAMAN...

BUKAN BIASISWA...

JADI, BILA PINJAM KENA BAYAR...

KALAU ANDA TAK NAK BAYAR RIBA, ITU HAK ANDA...

SEBAB AKU PUN TAK NAK BAYAR RIBA TERSEBUT...

AKU NAK BAYAR YANG AKU PINJAM SAHAJA...

Bila sebut pasal pinjaman, sudah mestilah kita mempunyai pilihan untuk memilihnya ataupun tidak. Anda mahu anda pinjam, anda tak mahu tak pyahlah susah-susah nak isi borang perjanjian pijaman tersebut. Senang cerita PTPTN nih pun ibarat Along/Bank jugaklah.

Itu sahajalah pendapat aku mengenai isu nih, apa-apa pun, kepada mahasiswa di luar sana, fikir, fikir dan fikir, anda ada akal dan tafsirkannya dengan hati.

Jumaat, 13 April 2012

STREET PHOTOGRAPHY: MARKAS PAS, BANDAR KOTA BHARU, CERAMAH AGAMA

(P/S: Entry ini tiada kena mengena dengan isu kepolitikan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ya, sepertimana tajuk di atas, sekali lagi aku keluar pergi street shooting kat ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Niat sebenar nak dengar ceramah yang disampaikan oleh guru-guru agama. Sebab pada mulanya, mak sedara aku ajak, katanya Tok Guru Nik Abdul Aziz nak bagi ceramah agama. Jadi aku ikutlah. Disebabkan tangan aku nih masih gatal nak amik gambar, jadi aku pun terbawaklah sekali kamera aku.
Berbalik kepada ceramah tadi, rupa-rupanya Tok Guru tak beri ceramah, yang beri ceramah antaranya ialah Ustaz Nasrudin. Kalau tak kenal buat2 kenal yop.
Gambar2 kat bawah nih aje yang sempat aku amik, sebab khusyuk dengar ceramah. Best!!!...enjoy:

Ramainya orang

Rabu, 11 April 2012

STREET PHOTOGRAPHY: PASIR MAS, RANTAU PANJANG & MASJID BEIJING

Dah lama aku follow blog-blog street photographer. Bila tengok diorang post gambar-gambar yang menarik terasa macam nak buat macam diorang. Jadi Hari ini aku berpeluang untuk mencuba salah satu genre fotografi yang ditafsirkan oleh photographer2 profesional sebagai salah satu genre yang agak abstrak dan susah untuk dikuasai sekiranya tidak kena dengan caranya, iaitu, street photography.
Setelah mencubanya baru aku tahu apa yang dikatakan oleh mereka ada benarnya, perasaan malu dan takut adalah antara benteng yang amat sukar untuk diruntuhkan dalam street photography. Kalau korang nak tahu lebih lanjut apa yang aku maksudkan dengan street photography, korang boleh lawat blog list PROTOGRAPHER kat sidebar blog aku.
Kat bawah ni, gambar2 yang aku ambil semasa mencuba street photography nih, enjoy:

Teliti