Halaman

GMOYZSTUDIO

Rabu, 11 April 2012

STREET PHOTOGRAPHY: PASIR MAS, RANTAU PANJANG & MASJID BEIJING

Dah lama aku follow blog-blog street photographer. Bila tengok diorang post gambar-gambar yang menarik terasa macam nak buat macam diorang. Jadi Hari ini aku berpeluang untuk mencuba salah satu genre fotografi yang ditafsirkan oleh photographer2 profesional sebagai salah satu genre yang agak abstrak dan susah untuk dikuasai sekiranya tidak kena dengan caranya, iaitu, street photography.
Setelah mencubanya baru aku tahu apa yang dikatakan oleh mereka ada benarnya, perasaan malu dan takut adalah antara benteng yang amat sukar untuk diruntuhkan dalam street photography. Kalau korang nak tahu lebih lanjut apa yang aku maksudkan dengan street photography, korang boleh lawat blog list PROTOGRAPHER kat sidebar blog aku.
Kat bawah ni, gambar2 yang aku ambil semasa mencuba street photography nih, enjoy:

Teliti



Menyusun

Kerja

Mengantuk

Mickey Mouse

Tepung Apam

Warga Tua

Jurujual

Ok, habis bab street fotography.
Seterusnya, aku nak kongsi dengan korang semua sedikit gambar yang aku ambil semasa singgah kat Masjid Beijing. Masjid ni bukan kat Beijing, China ye, tapi kat Rantau Panjang, Kelantan. Ini kali pertama aku sampai kat masjid nih. Senibinanya memang unik, dan kena dengan namanya, ianya bercorakkan seperti bangunan tradisional masyarakat China.
Berikut ialah gambar2 yang sempat aku ambil, enjoy:

Ruang Solat

Pandangan dari Luar

Pintu Gerbang

Nama-nama Allah

Pintu Masuk


APA-APA PUN, SEMUA TANGAN AKU DAN DIA YANG BIKIN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan